Friday, March 31, 2006

GPTD Kemboja Berlepas ke Phnom Penh



31 Mac 2006 - KLIA - GPTD Kemboja telah berlepas sebentar tadi ke Phnom Penh, ibu kota negara Kemboja menaiki pesawat Air Asia. Misi yang masuk ke fasa kedua ini, diketuai oleh saudara Mohd Hassan Abdullah dan tutur disertai oleh 2 orang sukarelawan lagi iaitu saudari Kuza dan saudara Idris. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Kajang.

Misi kedua ini bertujuan menyambung kerja-kerja yang telah dijalankan pada tahun lepas iaitu fokus kepada projek ekonomi dan kem bahasa Melayu. Mereka juga dijangka berinteraksi dengan masyarakat Melayu Islam Champa dan Persatuan Pelajar Islam Kemboja (CAMSA) yang juga merupakan rakan perlaksana di sana. Di samping kerja-kerja khidmat sosial, mereka juga tidak lupa untuk melawat dan mengkaji kesan-kesan ketamadunan yang masih tinggal di wujud di Kemboja serta kesan-kesan peninggalan zaman perang ketika Pol Pot iaitu seorang pemimpin yang kejam memerintah Kemboja pada akhir tahun 70 an.

Grup Kemboja Fasa Kedua ini mendapat bimbingan langsung dari saudara Anas Jaafar (Ketua GPTD Kemboja Fasa Pertama), saudara Mohd Khairudin (Penyelaras GPTD) dan saudara Noryzal Zainal Abidin (Bekas Aktivis GPTD di Tasmania).