Wednesday, August 16, 2017

LAWATAN PENSYARAH PENYELIA PELAJAR LI DARI UNIMAS


Pelajar LI di GPTD bersama penyelia dan pensyarah mereka






Tanggal 15 Ogos 2017 yang lalu, Puan Wan Robiah Meor Osman; pensyarah para pelajar Latihan Industri (LI) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah hadir melawat GPTD. 

Tujuan lawatan adalah untuk memantau dan menyelia serta membincangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang dipelajari di GPTD.






Sesi perbincangan bersama pelajar LI, penyelia di GPTD serta pensyarah mereka dari UNIMAS 



Banyak perkara dibincangkan sepanjang kehadiran beliau di sini selama lebih kurang 2 jam. 

Anda berminat untuk menjalankan Latihan Industri di GPTD? Emelkan butiran peribadi anda dan tempoh Latihan Industri ke gptdhq@gmail.com.

Wednesday, August 02, 2017

MoU DI ANTARA GPTDMS DAN COCOS ISLAND COOPERATIVE SOCIETY LTD.




Pada 1 Ogos yang lalu, termeterailah memorandum persefahaman (MoU) antara GPTD dan Cocos Island Cooperative Society Ltd (Cocos-Coop). 

Sesi yang berlangsung selama kurang lebih dua jam ini dihadiri oleh 5 orang ahli majlis tertinggi Cocos-Coop dari Pulau Kokos, Australia dan 5 orang perwakilan tertinggi dari GPTD.



Ahli majlis tertinggi Cocos-Coop dari Pulau Kokos menandatangani perjanjian MoU




Kami di GPTD berharap agar kerjasama yang terjalin ini menjadi asbab yang lebih kukuh dalam menggerakkan misi Rahmatan lil 'Alamin (menyebar rahmat Allah ke seluruh alam).