Tuesday, November 17, 2015

Kempen Wakaf Penapis Air

8 Oktober 2015, Lantai Tiga - Pada bulan oktober yang lalu, GPTD telah melancarkan tabung Wakaf Penapis Air. Hasil dari sumbangan orang ramai, kempen ini telah berjaya mengutip jumlah sasaran sebanyak RM500 dalam masa 3 hari.

Penapis air hasil sumbangan orang ramai

Pemasangan penapis air oleh wakil Delcol
Terima kasih kami ucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi memudahkan para petugas, relawan dan tetamu yang hadir ke GPTD memperoleh sumber air yang bersih. Semoga Allah memberkati anda semua.

Bagi mereka yang ingin menyertai wakaf yang lain, klik WAKAF GPTD

Monday, November 09, 2015

KULIAH INSPIRASI TOKOH (KIT) Siri 6








24 Oktober 2015 -  Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) siri ke-6 bersama dengan Prof. Madya Dr Mat Rofa membincangkan tajuk "Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi; Pemikiran Matematik Alam Melayu"

Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri.
  
* Nama penuh : Syeikh Ahmad bin Abdul Latif bin Abdullah bin Abdul Aziz al-Khatib al-Minangkabawi al-Fadani al-Jawi al-Makki.
* Dilantik oleh Syarif Hussain sebagai imam dan khatib di Masjidil Haram. 
* Seorang ahli agama dan ahli matematik terulung.
* Zaman beliau, kota Mekah dijadikan pusat ilmu yang pesat.
* Budaya Melayu khususnya Pattani sudah diketahui oleh orang Arab. 
* Kini, Mekah dijadikan milik keluarga Saud tidak seperti pada zaman Uthmaniyyah.
* Dilahirkan di Kota Tua, Padang.
* Menuntut ilmu di kota Mekah pada usia 11 tahun pada tahun 1287. 
* Bapanya, Syeikh Abdul Latif merupakan seorang bangsawan di Kota Tua. 
* Zaman beliau, kota mekah dijadikan pusat keilmuan oleh para ulama yang datang ke sana. 
* Antara guru Syeikh Ahmad al-Khatib : 
  - Sayyid Umar Syata.
  - Sayyid Uthman Syata. 
  - Sayyid Bakri Syata. 

* Ilmu2 yang dikuasai : 
  - Matematik ( Ar-Riyadhiyat : Latihan akal ).
  - Faraid. - Kejuruteraan ( geometri ). 
  - Ilmu falak dan kosmologi. 

* Beliau tidak balik ke Minangkabau disebabkan masyarakat Minang ketika itu masih kekal dgn pembahagian pusaka mengikut adat Minang. 
* Beliau mengajar di Masjidil Haram di satu sudut yang bernama Bab az-Ziyadah. 
* Beliau beraqidah salaf as-Soleh. 

* Antara muridnya : 
  - Dr. Abdul Karim Amrullah.
  - Haji Ahmad Dahlan.
  - Syeikh Tahir Jalaluddin. 
  - Tok Kenali. 

* Tidak ramai ulama Nusantara yang menulis kitab dalam bahasa Arab. Syeikh Ahmad al-Khatib menulis kitabnya dalam bahasa Arab. 
* Kitab beliau : 
  - An-Nafahat Hasyiah al-Waraqat.
  - Al-Jawahir an-Naqiyah fi A'mal al-Hisabiyah.
  - Raudhah al-Hisab fi Ilmi al-Hisab. 
  - Ma'alim al-Hisab fi Ilmi al-Hisab. 
  - Ar-Riyadh al-Waridah fi al-Fiqh asy-Syafi'e. 
  - Al-Manhaj al-Masyru' fi al-Mawarith. Dan banyak lagi... 

* " Tuan Ahmad itu gagah perkasa, mukanya jernih, di keningnya terdapat kesan sujud, janggutnya lancip. Beliau didengki oleh ulama Arab kerana lidahnya lebih fasih dan karangannya lebih balaghah dari kalangan mereka. Beliau menantu orang kaya dan berkenalan dengan syarif Hussein. Tetapi sungguh didengki, beliau terpaksa disegani. Beliau lebih arif dalam segala hal. Meskipun beliau hidup cara bangsawan Arab, namun cintanya akan Tanah Minangkabau tidak pernah putus. Beliau suka sekali jika dikirim rendang dan lebih suka kalau dikirim belut kering. Tetapi kalau diajak pulang ke Minang, beliau menggeleng kepala. Nampak mukanya muram ! Beliau cinta ke Minangkabau tetapi beliau tidak suka akan adatnya yang berpusaka kepada kemenakan. " Biar saya meninggal di Tanah Suci ini."

  - HAMKA menukilkan kisah ini daripada bapanya yang merupakan anak murid Syeikh Ahmad al-Khatib dalam buku Ayahku - 

* Majalah Pengasuh dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan yang diasaskan oleh Tok Kenali yang merupakan anak murid Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minangkabawi. 
* Syeikh Ahmad al-Khatib menentang kesesatan yang dilakukan oleh penganut Tariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah di Minangkabau ketika itu dan berpolemik dengan Syeikh Muhammad Sa'id Mungka yang merupakan tokoh Naqsyabandiyah al-Khalidiyah ketika itu. 
* Kaum Muda : Golongan yang ingin kembali kepada Quran dan Sunnah. 
* Kaum Tua : Golongan yang memasukkan unsur2 khasyaf dan mimpi dalam amalan agama. 
* Bagi Syeikh Ahmad al-Khatib apa2 amalan agama yang tidak drp Nas..terbatal. 
* Antara buku beliau yang terkenal Hasyiah an-Nafahat ala Syarh al-Waraqat tentang Usul Fiqh.

* Antara kandungan Kitab Raudhah al-Hisab karangan Syeikh Ahmad al-Khatib : 

Bab 1 : Interger, operasi asas aritmetik, modulo, punca kuasa dua, punca kuasa tiga, punca kuasa empat dan punca kuasa lima. 
Bab 2 : Pecahan, operasi asas pecahan. 
Bab 3 : Pecahan perpuluhan, operasi asas.. 
 Bab 4 : Masalah harian yang menyentuh agama, pertukaran, urusniaga.... 
Bab 5 : Tentang muamalat yang berkaitan kewangan... 

Dan sebagainya....

 * Sejarah Matematik bermula sejak zaman Nabi Idris a.s. ( dikenali dalam Yunani sebagai Hermis ) dan ilmu itu disalin oleh orang Yunani iaitu Appolinius. Appolonius hanya mengambil unsur geometri dan meninggalkan hidayah yang di bawa oleh Nabi Idris ( Hermis ). 

* Para ulama yang ikhlas menuntut ilmu kerana cintakan ilmu, antaranya :
 - Al-Biruni setelah menghadiahkan kitabnya yang berjudul Qanun al-Mas'udi kepada Sultan Mas'ud bin Mahmud al-Ghaznawi. Apabila beliau diberilan ganjaran berupa unta...beliau menolak dan berkata : "Saya menulis kerana cintakan ilmu." 

* Istilah Matematik dan Arab : 
 مال = x2 
كعب = x3
 مال مال = x4
 كعب كعب = x6 
الجذور أموال = ax2 + bx 

* Kenapa ulama Islam membincangkan algebra ? ( Surah an-Nisa' : 11 ) 
* Algorithm = Alkhawarizmiyun ( kaedah penyelesaian oleh al-Khawarizmi ) 
* Kurun ke 19, pelajar Barat belajar ilmu Matematik mesti pakai jubah > Islam. 
* Universiti Oxford dibuka oleh anak murid Ibn Rushd. 
* Trigonometri diasaskan oleh umat Islam. 


 

Buku Hasil Kolaborasi Tim Penyelidik GPTD dan Penulis Novel Al-Ghazali




3 November 2015 - Alhamdulillah. Buku hasil kolabrasi Tim Penyelidik GPTD dan penulis novel Al-Ghazali telah berada di pasaran. Buku ini merupakan buku biografi tokoh Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Abdul Rahman.

Buku ini menceritakan secara dasar siapa itu Muawiyah. Walaupun cuma secara asas tetapi ia sangat penting kepada pencinta ilmu bagi membetulkan salah faham sejarah yang besar sehingga wujudnya banyak puak pada ketika itu.

(Semoga buku ini memberikan semangat kepada ahli-ahli yang telah menjalankan misi ke luar negara untuk menghasilkan penulisan seperti ini. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.)

Wednesday, October 28, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 5

19 September 2015, DBP - Pada 19 September yang lalu, GPTD dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka kuala Lumpur telah mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh bagi siri ke-5 dengan tajuk "Falsafah Yunani Dalam Sains Orang Melayu dengan Merujuk kepada Kitab Bustan as-Salatin" yang disampaikan oleh Dr. Pisol bin Maidin.


Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri.

Muqaddimah
1. Apakah falsafah ?
~ Kecintaan kepada hikmah. ( philo + sofia )
~ Ada banyak kategori falsafah.
~ Pertanyaan2 ttg alam, etika, astrologi dll menjadikan ilmu falsafah disusun.
~ Wujud dikotomi antara falsafah Barat dan Islam.
~ Falsafah dalam islam = tasawwuf ( falsafah etika ).
~ Fedrich Nietzche ( 1844-1900 ) berpegang dgn prinsip "Gott ist tot" = Tuhan itu mati.
~ Penglibatan Nazi Jerman ( Hitler ) dlm PD2 dipengaruhi oleh falsafah Nietzche.
~ Perkataan 'Superman' berasal dari konsep yg dibawa Nietzche.

2. Kepentingan falsafah.
~ Tahafut al-Falasifah vs Tahafut at-Tahafut.
~ Imam al-Ghazali hanya kritik konsep ketuhanan dalam falsafah shj bukan tolak falsafah secara penuh. Sbb dalam ketuhanan sudah ada dalil naqli dan aqli. Jadi xperlu falsafah utk faham konsep ketuhanan.

3. TESIS : Sains orang Melayu atau sains Melayonesia ini berkembang dari satu landasan falsafah tradisional tertentu dan mempunyai kaitan dalam jaringan keilmuan dunia.
Maknanya : Tamadun Melayu adalah sebahagian daripada tamadun dunia.

4. Ciri2 Sains Melayonesia :
- Dalam bahasa Melayu.
- Berlandaskan falsafah Melayu.

5. Kitab Bustan as-Salatin ditulis oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri pada abad ke-17 M.

6. Wujudkah falsafah Yunani dalam Sains Melayunesia ?
~ Kosmologi Aristotle bahawa alam terdiri daripada unsur api, angin, air dan tanah.
~ Idea ini bertapak dlm teks2 bertulis awal seperti kitab Taj as-Salatin.

7. Daripada falsafah Spekulatif menjadi Sains yang Emperis.
~ Kosmologi Aristotle menjadi asas taakulan bahawa semua jasad akan mempunyai sifat alami yg khusus iaitu sifat hangat, basah, kering atau sejuk dalam perkadaran tertentu.
~ Unsur alam ini diwakili oleh humor/cairan tertentu dlm badan sesuai dgn idea bahawa manusia adalah mikrokosmos manakala alam adalah makrokosmos.
~ Keseimbangan tabiat alam dalam humor menentukan sama ada seseorg itu sihat atau sakit.

8. Patologi Humoral dalam Bustan as-Salatin.
~ Keseimbangan humor dalam badan menentukan kesihatan badan.

9. Tapisan dan Ubahsuai Falsafah Luar.
~ Galenisme diterima dlm doktorin perubatan Melayu telah mengalami ubahsuai.
~ Galenisme Melayu menekankan kepentingan diet. Galenisme Yunani menekankan pengambilan ubat.
~ Susur galur ilmu perubatan Melayu :
~ Hippocrates > Galen > Gelenisme + Tibb Nabawi = Ilmu Perubatan Melayu.

10. Bustan as-Salatin: Sains yang Rasional dan Saintifik.
~ Ilmu perubatan Melayu mengandungi huraian rasional.

Kesimpulan
* Manuskrip Melayu menyimpan khazanah sains Malayonesia yg sangat bernilai dan memerlukan penerokaan dan kajian lanjut.
* Sains Malayonesia kini di ambang kepupusan atau dilupakan.

Tuesday, September 22, 2015

GPTD @ BENGKEL PENULISAN.

12 September 2015, Shah Alam - GPTD dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf telah mengadakan Bengkel Penulisan yang telah dihadiri oleh 20 peserta awam dan ahli GPTD. Bengkel Penulisan pada kali ini menampilkan dua tokoh di dalam bidang penulisan iaitu Datuk Abd Jalil Bin Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, dan En. Norden Mohamed, Ketua Pengarang Sinar Harian.



Berikut merupakan ringkasan isi bengkel berkenaan yang dikongsikan oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri


Slot 1 : KAEDAH PENULISAN LAKU KERAS.

Oleh : Datuk Abdul Jalil Bin Ali.

Datuk Abdul Jalil Bin Ali
* Nak jadi penulis, kena bersungguh-sungguh dan serius.

* Penulisan > peniagaan perkataan.

* Bukan senang nak bagi orang seronok membaca tulisan kita.

* Nak jadi penulis kena ada keyakinan diri.

* Peranan kita sebagai penulis sangat besar. " Mata pena lebih tajam daripada mata pedang."

* Apa yang kita tulis, kita kena bertanggungjawab.

* Menulis mesti berdasarkan fakta.

* Kena semak selepas menulis. Paling kurang 3 kali.

* Peranan penulis :
   1. Memberitahu.
   2. Mendidik.
   3. Menghibur.
   [ Ketiga-tiga ni kena ada dalam penulisan ]

* Pendekatan penulisan dahulu berbeza dgn kini.

* Apa yang kita nk tulis ?
   - Sesuatu yang menarik.
   - Sesuatu yang luar biasa.
   - Ada unsur human interest.
   - Sesuatu yang dekat dengan kita. ( proximity )

* Kena tahu undang-undang :
   - Akta Fitnah ( libel ). > Menimbulkan aib pihak lain. Nak elakkan kena dptkan fakta dari semua pihak yg terlibat.

* Proses penulisan :
   1. Ayat yang pendek. 1 ayat -+ 15 patah perkataan.
   2. Mudah difahami.
   3. Fakta yang tepat. ( rencana )
   4. Penggunaan istilah yang betul.

Peserta bengkel bersama Datuk Abd Jalil

Slot 2 : BUKU APA PENERBIT MAHU ?

Oleh : En Norden Mohamed.

En. Norden Mohamed
* Dalam menulis kena ada pengalaman.

* Bentuk penerbit :
   1. Penerbit sahaja.
   2. Penerbit dan pengedar.
   3. Penerbit, pengedar dan pemasar.
   4. Penerbit, pengedar, pemasar dan pencetak.

* Selidik dahulu penerbit yang kita nak bekerjasama.

* Buku sebagai saham pahala jika perkara yang baik ditulis.

* Penulis > Makin banyak duit yang dpt, makin banyak kajian yang dibuat utk menulis.

* Penerbit lihat sudut pandang kita dalam menulis.

* Buku penerbit mahu :
   1. Cerita.
   2. Fakta.

* Dalam menulis, kita mahu wujudkan apa yang memberi kesan kepada emosi.

* Cara penulisan :
   - Rangkakan apa yang nak tulis sebelum menulis.
   - Menggabungkan elemen fakta ( berat ) dengan cerita ( ringan ).

* Kalau hantar buku kat editor, kena selalu tanya perkembangan manuskrip kita.

* Dalam menulis benda yang baru, kena bina peminat. Itu boleh dilakukan dengan kosisten.

* Jarak buku paling baik : 1 tahun 1 buku.

* Kalau nak hantar ke penerbit mesti siap dulu manuskrip penuh buku.

* Lagi baik kalau penulis sediakan layout untuk manuskrip buku.

* Penulisan memerlukan grafik yang menarik minat. ( cover )

* Lebih baik tulisan lebih banyak daripada gambar dalam satu buku. Gambar sebagai penghias.

* Pembinaan tajuk lebih baik yang membentuk gambaran. Elakkan tajuk yang terlalu keras atau statik.

* Tajuk perlu ringkas dan memberi kesan.

* Menulis boleh jadi satu terapi kepada diri penulis dan juga muhasabah.

* Jadikan buku yang kita tulis sebagai warisan kepada anak cucu kita.

* " Sejarah yang membina masa kini."

* Mahu bersaing dengan penulis popular ?
   > Perlu konsisten dalam menulis untuk dapatkan pembaca.

* Boleh adaptasi apa yang kita tonton @ lihat @ alami dalam penulisan kita.

* Tahap kemampuan menulis kita bergantung kepada kajian @ sikap ingin tahu kita dalam satu-satu karya kita.

* Promosi penting untuk memperkenalkan karya kita.

* Menulis buku ialah soal rezeki. Pasti akan ada orang yang akan beli buku kita.

Peserta bengkel bersama En. Norden Mohamed
Semoga setiap peserta mendapat manfaat daripada bengkel ini. Jumpa lagi di bengkel akan datang.

MNA

Sunday, September 13, 2015

GPTD @ Kolej UNITI, Port Dickson


9 September 2015, Port Dickson - Pada hari Rabu yang lalu, GPTD telah menerima jemputan dari pihak Kolej UNITI, Port Dickson untuk bekerjasama dalam menjayakan satu forum bertajuk Menyorot Kemerdekaan Bangsa. Forum yang berlangsung pada sebelah petang itu telah dihadiri oleh 50 orang pelajar.

Forum yang sedang berlangsung

Sepanjang forum berlangsung, pameran GPTD juga turut diadakan. Pameran berlangsung meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh GPTD. Disamping itu, terdapat lebih 30 orang pelajar yang telah melakukan pra-daftar keahlian GPTD. (Jika anda ingin mendaftar sebagai ahli, klik di sini)

Pameran GPTD

Terima kasih kepada Kolej UNITI diatas jemputan untuk bekerjasama menjayakan forum ini. Terima kasih juga kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai GPTD. Sebarang info lanjut, akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

Relawan GPTD bersama ahli panel forum & pensyarah Kolej UNITI.

Monday, September 07, 2015

BENGKEL PENULISAN (12 September 2015)


GPTD dengan kerjasama Grup Buku Karangkaraf membawakan Bengkel Penulisan pada 12 September 2015 bersama penulis-penulis hebat.

Peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah menarik untuk menghasilkan penulisan yang menarik sepanjang program berlangsung.

Terhad kepada 30 ORANG SAHAJA. Daftar sebelum 11 September 2015.

Untuk mendaftar sila SMS/Whatsapp [BENGKEL] [NAMA] [AHLI/UMUM] ke 01.789.666.49

Friday, September 04, 2015

Program Cuti Sekolah 2015 kembali lagi !


Sempena cuti sekolah yang bakal tiba kami bawakan pengisian menarik untuk adik-adik. Dengan tema 'Keluar Pagi Balik Petang' peserta akan merasai sendiri pengalaman menyelusuri kota raya dan mempelajari aktiviti lasak sambil menikmati keindahan hutan kita. Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Daftar segera. Maklumat lanjut dan pendaftaran di http://bit.ly/cutisekolahgptd

Wednesday, September 02, 2015

Bengkel Asas Berkuda (6 September 2015)


Antara aktiviti yang diwajibkan setiap ahli GPTD antaranya adalah sukan berkuda. Kali ini kami buka kepada semua untuk mengenali dunia sukan berkuda. Terbuka kepada semua peringkat umur. Tempat terhad. Daftar segera.

Untuk mendaftar sila SMS/WHATSAPP [KUDA] [NAMA] [AHLI/UMUM] ke 01.789.666.49

Friday, August 28, 2015

Wacana Tariq Bin Ziyad, Pembukaan dan Ketamadunan Andalusia



22 Ogos 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka - Diskusi Grup (DG) Ipoh dengan kerjasama GPTD dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu siri wacana bertajuk TARIQ BIN ZIYAD, PEMBUKAAN DAN KETAMADUNAN ANDALUSIA.



Wacana yang dianjurkan oleh DG Ipoh ini merupakan salah satu gerak kerja dalam melengkapkan misi mereka ke Sepanyol pada bulan Jun 2016. Wacana ini menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Panel pertama, Ustaz Rosli Mokhtar merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyampaikan topik bertajuk Keperibadian dan Ketokohan Tariq Bin Ziyad. Ustaz Mohd Fikri Bin Che Hussain pula yang banyak menulis buku berkaitan bab hadis, fiqh dan sejarah Islam menyampaikan topik bertajuk Polemik dan Pembukaan Andalusia. Dari Tebing Gibraltar ke Puncak Keemasan Kordoba pula merupakan tajuk En. Aidil Adha Bin Sulaiman yang sedang dalam proses menulis buku bertajuk “Dari Andalusia ke Amerika – Menjejaki Penerokaan Umat Islam ke Benua Amerika Sebelum Christopher Columbus”.


Wacana ini dihadiri oleh ahli-ahli GPTD dan orang awam dari pelbagai latar belakang. Seramai lebih 50 orang yang hadir bagi mendengar, memahami dan bertanyakan soalan kepada panel-panel yang berkongsi pelbagai maklumat menarik berkenaan Tariq Bin Ziyad.



Selepas wacana berakhir, DG Ipoh turut mengambil peluang melancarkan misi mereka ke Sepanyol; EKSPLORASI MENJEJAK TARIQ BIN ZIYAD, MEMBANGUN PERADABAN YANG HILANG. Pelancaran misi mereka telah disempurkan oleh Pengerusi GPTD, RC Muhammad Suhail Ahmad diiringi Presiden GPTD, RT Abdul Hakim Shahbuddin dan wakil DG Ipoh. Didoakan semoga misi mereka ini dipermudahkan & mendapat hasil yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat.



Tahniah diucapkan!
Untuk muat turun kertas kerja wacana, KLIK SINI


MNA

Tuesday, August 18, 2015

Jemputan ke Wacana Tariq Bin Ziyad


Berita baik! Diskusi Grup (DG) Ipoh bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan satu wacana yang akan membincangkan kehebatan tokoh Tariq bin Ziyad dalam sumbangannya kepada kegemilangan Andalusia suatu ketika dahulu dan peranan yang boleh di ambil oleh generasi muda untuk meneladani perjuangan Tariq bin Ziyad. Justeru pihak kami ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari menyertai program ini

TARIKH : 22 OGOS 2015
TEMPAT :BILIK MESYUARAT TUN PERAK,
                  TINGKAT 29,
                  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
                  KUALA LUMPUR
MASA     : 9.00 pg - 1.00 ptg
YURAN  : PERCUMA!!!!
PANEL   : 1) Ustaz Rosli bin Mokhtar
                 2) Ustaz Mohd Fikri bin Che Hussain
                 3) En. Aidil Adha bin Sulaiman
                                             
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke wacana ini.
Peserta terhad 50 orang sahaja. Daftar segera!
Untuk mendaftar sila SMS [TARIQ] [NAMA PENUH] [AHLI/UMUM] melalui 01.789.666.49.

Monday, August 03, 2015

Jamuan Hari Raya GPTD

8 Ogos 2015, Gombak- Telah diadakan satu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak GPTD yang bertempat di Lantai Tiga. Majlis yang bertemakan Melayu ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti nasi ambeng, La mian,kuih-muih tradisional,buah buahan, ketupat dan banyak lagi.

Terima kasih di ucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir ke majlis kami.Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan.


Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Tetamu dari PTS Publication

Antara tetamu yang hadir

Saturday, August 01, 2015

Jom Baraan 6

1 Ogos 2015, Johor- Pada sabtu lalu,telah berlangsungnya program yang menjadi tradisi GPTD iaitu Jom Baraan untuk kali ke-6. Program yang berjalan selama satu hari ini membawa peserta kepada budaya masyarakat Johor yang menjadi budaya mereka untuk berkunjung ke rumah-rumah ketika hari raya untuk menziarahi dan juga marhaban.

Seramai 35 orang peserta telah mendaftarkan diri dan sebanyak enam buah rumah yang telah dikunjungi oleh peserta-peserta Jom Baraan. Terdapat pelbagai juadah yang telah di sediakan oleh tuan rumah bagi menjamu tetamu yang hadir.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara tuan rumah dan juga peserta. Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke syurga.
peserta-peserta jom baraan bergambar di hadapan rumh yang dikunjungi

Saturday, July 11, 2015

Iftar Perdana GPTD





10 Julai 2015, Gombak - GPTD telah menganjurkan program iftar perdana yang bertempat di Lantai Tiga,Gombak.Terdapat juga satu diskusi dinamika sejarah yang bertajuk Ibrah Badar yang di sampaikan oleh saudara Mohd Shazni Abdullah.

Terdapat pelbagai hidangan makanan yang disediakan bagi tetamu yang hadir seperti nasi arab kuih muih dan banyak lagi. Di samping itu juga diadakan penyampaian sijil bagi pelajar-pelajar Kelas Bahasa Arab lanjutan. Tahniah kami ucapkan.

                                 
  diskusi dinamika sejarah

pelajar-pelajar kelas bahasa arab menerima sijil


Wednesday, July 08, 2015

Pertemuan GPTD bersama wakil Fundacion Mezquita De Sevilla (Yayasan Masjid Sevilla), Sepanyol.


7 Julai 2015, Kuala Lumpur-Telah berlangsungnya pertemuan yang diketuai oleh Relawan Cekap (RC) Jufitri Joha merangkap ketua GPTD SEPANYOL bertemu dengan wakil Fundacion Mezquita De Sevilla (Yayasan Masjid Sevilla), Sepanyol.

Pertemuan ini adalah bagi menjalin kerjasama strategik antara GPTD (DG Ipoh) dan Fundacion Mezquita De Sevilla dalam menjejak kegemilangan Islam di Andalusia.

p/s: Kehadiran mereka ke Malaysia adalah untuk mengumpul dana pembinaan masjid di Sevilla. Sekiranya ada yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi hotline 017-89 666 49.

Tuesday, June 30, 2015

PROMOSI BUKU AMMAR KEMBALI LAGI!!!!

Kini promosi Buku Ammar kembali lagi!.
Bukan satu,tapi kami bagi dua sekali!
Dapatkan Buku Ammar secara kombo dengan harga yang begitu istimewa, iaitu RM50 SAHAJA!
Setiap pembelian akan diberikan penanda buku dan badge edisi terhad secara PERCUMA!

Bagi sesiapa yang berminat untuk medapatkan Buku Ammar ini boleh menghubungi secara whatsapp atau sms di talian 01.789.666.49.

Dapatkan segera!


Jemputan ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS)


Pihak GPTD berbesar hati ingin menjemput semua hadir ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS) yang akan disampaikan oleh pengasas GPTD, Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman pada 10 Julai 2015 (Jumaat) di Lantai Tiga, Gombak, Kuala Lumpur bermula jam 5.30 petang.

Pihak GPTD juga mengalu-alukan sumbangan untuk menjayakan iftar ini. Bagi yang ingin
menyumbang boleh terus hubungi sekretariat melalui 01.789.666.49

Monday, June 29, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) 2015 Siri 4


27 Jun 2015, Kuala Lumpur- Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh yang dianjurkn oleh GPTD pada 27 Jun 2015 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Kuliah ini disampaikan oleh Tokoh Belia Perdana Negara 2014 iaitu En. Jufitri Joha. Perkongsian ini disampaikan dengan begitu ringkas dan jelas. Daripada perkongsian ini dapatlah kita tahu siapa dan apa itu Moriscos di Sepanyol.El-Moriscos ialah umat  Islam Sepanyol pasca Reconquista yg dipaksa memeluk Kristian.

Semoga Kuliah Inspirasi Tokoh ini memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada hadirin yang hadir dalam mencari ilmu dengan menjejaki tamadun-tamadun Islam di seluruh dunia.

Untuk melihat rakaman penuh, KLIK DI SINI

Wednesday, June 24, 2015

Ziarah NGO (ZiGO) ke Khalifah Model School


23 Jun 2015, Selangor- Pihak GPTD telah menziarahi Sekolah (Menengah) Model Khalifah yang terletak di Sepang. Kami sempat bertemu dengan Timbalan Pengetua, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mendapatkan sedikit informasi sistem pembelajaran yang dijalankan.
Sekolah ini sangat unik kerana menggunakan sistem pembelajaran bersemester. Para pelajar bukan sahaja diajar bidang akademik sahaja malah didedahkan dengan pelbagai skil dan praktikal yang menarik.

GPTD juga diberi peluang untuk mengadakan aktiviti berkaitan sejarah dengan tema "History is Fun" kepada para pelajar di sini

Ziarah Tokoh (ZiTo) ke ByRoadtoMalaysia


23 Jun 2015,Selangor- Pihak GPTD telah berkunjung ke kediaman Tuan Jamalullail yang terkenal dengan pengembaraan beliau  melalui jalan darat dari UK ke Malaysia menggunakan caravan.
Bermula dari jemputan perkongsian pengalaman pada Konvensyen Ketamadunan Dunia di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini sekali lagi beliau menyatakan hasrat untuk manjalinkan kerjasama dalam pengembaraan beliau sekerluarga.

Kami juga dibawa melawat seluruh caravan dengan penerangan secara terperinci. Beliau menyarankan supaya GPTD memiliki sebuah caravan untuk memudahkan pergerakan ke sesuatu tempat dengan pelbagai kemudahan di dalamnya.

Pihak GPTD sedang berusaha untuk ke arah yang disarankan. Jika ada yang sudi menaja atau mendanai bolehlah menghubungi pihak GPTD.



Tuan Jamalullail membawa exco GPTD melihat didalam caravan

Jemputan ke Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) "EL MORISCO DI SEPANYOL"

JOM DAFTAR!
GPTD akan mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri Ke 4 yang bertajuk "El Morisco di Sepanyol".
Sepanyol sebuah negara yang mempunyai sejarah dan tamadun Islam Andalusia yang kita banggakan sehingga hari ini. Tamadun ini juga antara penyebab tertubuhnya GPTD setelah pengasasnya, Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman pulang dari Sepanyol pada tahun 2001.
Disebalik itu juga tersimpan sebuah sejarah tentang Morisco. Siapakah mereka yang bergelar Morisco? Apa kisah yang terjadi kepada mereka?
Semua ini akan dikupas oleh En. Jufitri Joha seorang tokoh belia Negara & Asean 2014. Beliau juga pernah mengetuai misi Eksplorasi menjejak sejarah di Sepanyol pada tahun 2004.
Terbuka kepada umum. Semua dijemput hadir.
Sila daftar dengan SMS KIT2015 [NAMA] [AHLI/UMUM] melalui 01.789.666.49

Monday, June 22, 2015

Relawan ke Banda Acheh



21 Jun 2015,Kuala Lumpur-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Tembila ke Banda Acheh dalam misi menjejak tokoh sejarah Islam seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Sultan Iskandar Muda. Mereka juga akan ke pusat manuskrip yang terletak di Dayah Tanoh Abee.

Menjadi cabaran bagi mereka kerana bergerak pada bulan Ramadhan. Semoga usaha mereka dipermudahkan

Monday, June 15, 2015

Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7


14 Jun 2015,Selangor- Telah Berakhirnya Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7 yang diadakan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam.

Kem yang berjalan selama tiga hari dua malam ini bermula pada 12 Jun 2015 dan berakhir pada 14 Jun 2015 telah berjalan dengan baik dan lancar. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang kem ini di laksanakan.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
                       1) Sesi bersama Pengasas GPTD
                       2) Sesi bersama Tokoh Anugerah Belia Perdana Negara 2014
                       3) Sesi bersama Relawan Cekap GPTD
                       4) Bengkel Asas Persediaan ke Luar Negara
                       5) Aktiviti lasak
                       6) Latihan dalam kumpulan

Pelbagai pengisian yang menarik sepanjang kem ini untuk memberikan kefahaman tentang misi-misi yang akan dijalankan selepas ini. Diharapkan para relawan dapat mempraktikkan segala perkongsian yang diberikan untuk misi akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tokoh-tokoh jemputan yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kem ini. Terima kasih juga kepada relawan yang cukup bersemangat dalam menyertai semua aktiviti yang dijalankan.Tidak dilupakan kepada urusetia yang meluangkan masa menjayakan kem ini.Jumpa lagi InshaAllah di kem yang akan datang.

Semoga Allah merahmati kalian semua.
                                                               
Wajah-wajah ceria relawan yang telah menyertai Kem Sakti 7 di akhir program
                 





                           

                           

Tuesday, June 09, 2015

Relawan GPTD Ke Banda Acheh


9 Jun 2015,Gombak-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Gong Badak 2 ke Banda Aceh dalam misi Menjejak Perkembangan Islam di Banda Aceh fokus kepada Masjid Raya Baiturrahman.

Selamat menjalankan misi dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Thursday, June 04, 2015

Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana Global Peace Mission (GPM) Malaysia


3 Jun 2015, Selangor- Beberapa ahli Exco GPTD telah hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana yang dianjurkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada sukarelawan yang dianugerahkan pada malam tadi. GPM adalah rakan strategik GPTD dalam menjalankan misi kemanusian di seluruh dunia.

Antara Exco yang hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawan