Wednesday, March 08, 2006

Dilema Budaya Tanpa Akar


5 Mac 2006 - Titiwangsa, Kuala Lumpur - "Perasaan takut dan ingin tahu bercampur baur sewaktu memerhatikan kelompok- kelompok pemuda yang mengelaskan diri mereka dengan corak-corak yang tersendiri pada baju yang mereka pakai. Mereka ini datang dari segenap pelusuk kota mahu mengalihkan tekanan kerja sehari-hari kepada berlibur sambil mendengar persembahan seni sempena program Persembahan Seni dan Silaturrahim Masyarakat Indonesia bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia yang diadakan baru-baru ini. Ternyata majlis seumpama ini mampu menjadi suatu daya penggerak yang bisa dialurkan untuk kebaikan mahupun sebaliknya.

Secara keseluruhannya program tersebut berhawa Islami yang banyak dipengaruhi oleh pihak penganjur dan pengacara majlis. Kumpulan-kumpulan yang mengadakan persembahan menonjolkan citra kesenian Islam persis zaman awal budaya tempatan mula diasimilasikan dengan Islam seperti yang telah dibawa oleh santri-santri atau lebih dikenali dengan Wali Songo suatu ketika dahulu. Yang bersilat diiringi dengan alunan selawat; begitu juga kumpulan nasyid yang menampilkan gerak tari yang cukup harmoni".
Bacaan lanjut sila buka : http://groups.yahoo.com/group/gptd/files/

Hasil Nukilan: Shakir Fahmi - Exco Biro Ekonomi dan Keusahawanan GPTD yang dihantar ke Konsert Kiyai Kanjeng baru-baru ini di Titiwangsa. Kiyai Kanjeng merupakan kumpulan mirip Wali Songo yang berdakwah melalui musik. Ketuanya Cak Nun sempat menemui Penasihat GPTD, Encik Ahmad Azam Abdul Rahman baru-baru ini di Gombak. Untuk mengenali Kiyai kanjeng dengan lebih dekat sila buka: http://www.padhangmbulan.com/