Tuesday, March 28, 2006

Lawatan IOA dan GPTD ke MFD



28 Mac 2006 - Puchong - GPTD telah menyertai Islamic Outreach ABIM (IOA) melawat Pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD). Setibanya di sana rombongan IOA dan GPTD disambut dan dilayan oleh Setiausaha Eksekutif MFD iaitu Puan Sariah Ibrahim (Gambar di atas).

MFD ialah sebuah organisasi bantu diri yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. MFD telah diberi mandat untuk mewakili komuniti orang Pekak di Malaysia, serta pemeliharaan hak orang Pekak agar setara dengan anggota masyarakat yang lain dan berusaha meneroka seluas-luas peluang demi kemajuan sosioekonomi dan pembangunan diri orang Pekak di Malaysia.

IOA berhasrat menghantar para sukarelawannya untuk belajar bahasa isyarat bagi membantu MDF menjadi penterjemah bahasa isyarat dan mengajar orang Pekak mendalami Agama mereka. GPTD dipelawa untuk mempelajari bahasa isyarat sebagai salah satu skil tambahan yang perlu ada pada ahli-ahli GPTD. Biro Bahasa dan Linguistik GPTD mungkin boleh memanfaatkan pelawaan ini.

MFD boleh dikenali dengan lebih dekat di : http://www.epekak.net.my/