Monday, February 08, 2016

KONVENSYEN KETAMADUNAN DUNIA 2.0


GPTD sekali lagi membawakan Konvensyen Ketamadunan Dunia 2.0 yang akan memperbincangkan tajuk Menyingkap Hubungan Melayu dalam Tamadun China. 5 orang pembentang akan membentangkan kajian mereka pada konvensyen kali ini. Pembentang-pembentangnya adalah:
















Promosi pendaftaran awal masih dibuka sehingga 21 Februari 2016. Daftar segera di www.konvensyentamadun.com dan dapatkan harga penjimatan sehingga RM20.

Tuesday, January 05, 2016

TAQWIM GPTD 2016


Taqwim Tahunan GPTD 2016 sudah boleh dimuat turun! Untuk memuat turun, layari bit.ly/taqwimgptd2016 sekarang.

Untuk makluman, taqwim ini memaparkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh GPTD. Anda digalakkan untuk melayari laman facebook rasmi GPTD untuk mendapatkan info-info aktiviti secara lebih jelas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/cadangan, sila whatsapp kami di 017-896 6649.

Monday, January 04, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016


1 Januari 2016, Lantai Tiga GPTD - GPTD dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. InsyaAllah pada tahun ini, kami menyediakan pelbagai program-program menarik untuk anda semua. Nantikan taqwim tahunan GPTD yang akan terbit tidak lama lagi.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua dalam memberikan sokongan kepada program-program dan pembangunan GPTD. Kami doakan anda semua sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Tuesday, November 17, 2015

Kempen Wakaf Penapis Air

8 Oktober 2015, Lantai Tiga - Pada bulan oktober yang lalu, GPTD telah melancarkan tabung Wakaf Penapis Air. Hasil dari sumbangan orang ramai, kempen ini telah berjaya mengutip jumlah sasaran sebanyak RM500 dalam masa 3 hari.

Penapis air hasil sumbangan orang ramai

Pemasangan penapis air oleh wakil Delcol
Terima kasih kami ucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi memudahkan para petugas, relawan dan tetamu yang hadir ke GPTD memperoleh sumber air yang bersih. Semoga Allah memberkati anda semua.

Bagi mereka yang ingin menyertai wakaf yang lain, klik WAKAF GPTD

Monday, November 09, 2015

KULIAH INSPIRASI TOKOH (KIT) Siri 6








24 Oktober 2015 -  Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) siri ke-6 bersama dengan Prof. Madya Dr Mat Rofa membincangkan tajuk "Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi; Pemikiran Matematik Alam Melayu"

Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri.
  
* Nama penuh : Syeikh Ahmad bin Abdul Latif bin Abdullah bin Abdul Aziz al-Khatib al-Minangkabawi al-Fadani al-Jawi al-Makki.
* Dilantik oleh Syarif Hussain sebagai imam dan khatib di Masjidil Haram. 
* Seorang ahli agama dan ahli matematik terulung.
* Zaman beliau, kota Mekah dijadikan pusat ilmu yang pesat.
* Budaya Melayu khususnya Pattani sudah diketahui oleh orang Arab. 
* Kini, Mekah dijadikan milik keluarga Saud tidak seperti pada zaman Uthmaniyyah.
* Dilahirkan di Kota Tua, Padang.
* Menuntut ilmu di kota Mekah pada usia 11 tahun pada tahun 1287. 
* Bapanya, Syeikh Abdul Latif merupakan seorang bangsawan di Kota Tua. 
* Zaman beliau, kota mekah dijadikan pusat keilmuan oleh para ulama yang datang ke sana. 
* Antara guru Syeikh Ahmad al-Khatib : 
  - Sayyid Umar Syata.
  - Sayyid Uthman Syata. 
  - Sayyid Bakri Syata. 

* Ilmu2 yang dikuasai : 
  - Matematik ( Ar-Riyadhiyat : Latihan akal ).
  - Faraid. - Kejuruteraan ( geometri ). 
  - Ilmu falak dan kosmologi. 

* Beliau tidak balik ke Minangkabau disebabkan masyarakat Minang ketika itu masih kekal dgn pembahagian pusaka mengikut adat Minang. 
* Beliau mengajar di Masjidil Haram di satu sudut yang bernama Bab az-Ziyadah. 
* Beliau beraqidah salaf as-Soleh. 

* Antara muridnya : 
  - Dr. Abdul Karim Amrullah.
  - Haji Ahmad Dahlan.
  - Syeikh Tahir Jalaluddin. 
  - Tok Kenali. 

* Tidak ramai ulama Nusantara yang menulis kitab dalam bahasa Arab. Syeikh Ahmad al-Khatib menulis kitabnya dalam bahasa Arab. 
* Kitab beliau : 
  - An-Nafahat Hasyiah al-Waraqat.
  - Al-Jawahir an-Naqiyah fi A'mal al-Hisabiyah.
  - Raudhah al-Hisab fi Ilmi al-Hisab. 
  - Ma'alim al-Hisab fi Ilmi al-Hisab. 
  - Ar-Riyadh al-Waridah fi al-Fiqh asy-Syafi'e. 
  - Al-Manhaj al-Masyru' fi al-Mawarith. Dan banyak lagi... 

* " Tuan Ahmad itu gagah perkasa, mukanya jernih, di keningnya terdapat kesan sujud, janggutnya lancip. Beliau didengki oleh ulama Arab kerana lidahnya lebih fasih dan karangannya lebih balaghah dari kalangan mereka. Beliau menantu orang kaya dan berkenalan dengan syarif Hussein. Tetapi sungguh didengki, beliau terpaksa disegani. Beliau lebih arif dalam segala hal. Meskipun beliau hidup cara bangsawan Arab, namun cintanya akan Tanah Minangkabau tidak pernah putus. Beliau suka sekali jika dikirim rendang dan lebih suka kalau dikirim belut kering. Tetapi kalau diajak pulang ke Minang, beliau menggeleng kepala. Nampak mukanya muram ! Beliau cinta ke Minangkabau tetapi beliau tidak suka akan adatnya yang berpusaka kepada kemenakan. " Biar saya meninggal di Tanah Suci ini."

  - HAMKA menukilkan kisah ini daripada bapanya yang merupakan anak murid Syeikh Ahmad al-Khatib dalam buku Ayahku - 

* Majalah Pengasuh dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan yang diasaskan oleh Tok Kenali yang merupakan anak murid Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minangkabawi. 
* Syeikh Ahmad al-Khatib menentang kesesatan yang dilakukan oleh penganut Tariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah di Minangkabau ketika itu dan berpolemik dengan Syeikh Muhammad Sa'id Mungka yang merupakan tokoh Naqsyabandiyah al-Khalidiyah ketika itu. 
* Kaum Muda : Golongan yang ingin kembali kepada Quran dan Sunnah. 
* Kaum Tua : Golongan yang memasukkan unsur2 khasyaf dan mimpi dalam amalan agama. 
* Bagi Syeikh Ahmad al-Khatib apa2 amalan agama yang tidak drp Nas..terbatal. 
* Antara buku beliau yang terkenal Hasyiah an-Nafahat ala Syarh al-Waraqat tentang Usul Fiqh.

* Antara kandungan Kitab Raudhah al-Hisab karangan Syeikh Ahmad al-Khatib : 

Bab 1 : Interger, operasi asas aritmetik, modulo, punca kuasa dua, punca kuasa tiga, punca kuasa empat dan punca kuasa lima. 
Bab 2 : Pecahan, operasi asas pecahan. 
Bab 3 : Pecahan perpuluhan, operasi asas.. 
 Bab 4 : Masalah harian yang menyentuh agama, pertukaran, urusniaga.... 
Bab 5 : Tentang muamalat yang berkaitan kewangan... 

Dan sebagainya....

 * Sejarah Matematik bermula sejak zaman Nabi Idris a.s. ( dikenali dalam Yunani sebagai Hermis ) dan ilmu itu disalin oleh orang Yunani iaitu Appolinius. Appolonius hanya mengambil unsur geometri dan meninggalkan hidayah yang di bawa oleh Nabi Idris ( Hermis ). 

* Para ulama yang ikhlas menuntut ilmu kerana cintakan ilmu, antaranya :
 - Al-Biruni setelah menghadiahkan kitabnya yang berjudul Qanun al-Mas'udi kepada Sultan Mas'ud bin Mahmud al-Ghaznawi. Apabila beliau diberilan ganjaran berupa unta...beliau menolak dan berkata : "Saya menulis kerana cintakan ilmu." 

* Istilah Matematik dan Arab : 
 مال = x2 
كعب = x3
 مال مال = x4
 كعب كعب = x6 
الجذور أموال = ax2 + bx 

* Kenapa ulama Islam membincangkan algebra ? ( Surah an-Nisa' : 11 ) 
* Algorithm = Alkhawarizmiyun ( kaedah penyelesaian oleh al-Khawarizmi ) 
* Kurun ke 19, pelajar Barat belajar ilmu Matematik mesti pakai jubah > Islam. 
* Universiti Oxford dibuka oleh anak murid Ibn Rushd. 
* Trigonometri diasaskan oleh umat Islam. 


 

Buku Hasil Kolaborasi Tim Penyelidik GPTD dan Penulis Novel Al-Ghazali




3 November 2015 - Alhamdulillah. Buku hasil kolabrasi Tim Penyelidik GPTD dan penulis novel Al-Ghazali telah berada di pasaran. Buku ini merupakan buku biografi tokoh Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Abdul Rahman.

Buku ini menceritakan secara dasar siapa itu Muawiyah. Walaupun cuma secara asas tetapi ia sangat penting kepada pencinta ilmu bagi membetulkan salah faham sejarah yang besar sehingga wujudnya banyak puak pada ketika itu.

(Semoga buku ini memberikan semangat kepada ahli-ahli yang telah menjalankan misi ke luar negara untuk menghasilkan penulisan seperti ini. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.)

Wednesday, October 28, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 5

19 September 2015, DBP - Pada 19 September yang lalu, GPTD dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka kuala Lumpur telah mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh bagi siri ke-5 dengan tajuk "Falsafah Yunani Dalam Sains Orang Melayu dengan Merujuk kepada Kitab Bustan as-Salatin" yang disampaikan oleh Dr. Pisol bin Maidin.


Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri.

Muqaddimah
1. Apakah falsafah ?
~ Kecintaan kepada hikmah. ( philo + sofia )
~ Ada banyak kategori falsafah.
~ Pertanyaan2 ttg alam, etika, astrologi dll menjadikan ilmu falsafah disusun.
~ Wujud dikotomi antara falsafah Barat dan Islam.
~ Falsafah dalam islam = tasawwuf ( falsafah etika ).
~ Fedrich Nietzche ( 1844-1900 ) berpegang dgn prinsip "Gott ist tot" = Tuhan itu mati.
~ Penglibatan Nazi Jerman ( Hitler ) dlm PD2 dipengaruhi oleh falsafah Nietzche.
~ Perkataan 'Superman' berasal dari konsep yg dibawa Nietzche.

2. Kepentingan falsafah.
~ Tahafut al-Falasifah vs Tahafut at-Tahafut.
~ Imam al-Ghazali hanya kritik konsep ketuhanan dalam falsafah shj bukan tolak falsafah secara penuh. Sbb dalam ketuhanan sudah ada dalil naqli dan aqli. Jadi xperlu falsafah utk faham konsep ketuhanan.

3. TESIS : Sains orang Melayu atau sains Melayonesia ini berkembang dari satu landasan falsafah tradisional tertentu dan mempunyai kaitan dalam jaringan keilmuan dunia.
Maknanya : Tamadun Melayu adalah sebahagian daripada tamadun dunia.

4. Ciri2 Sains Melayonesia :
- Dalam bahasa Melayu.
- Berlandaskan falsafah Melayu.

5. Kitab Bustan as-Salatin ditulis oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri pada abad ke-17 M.

6. Wujudkah falsafah Yunani dalam Sains Melayunesia ?
~ Kosmologi Aristotle bahawa alam terdiri daripada unsur api, angin, air dan tanah.
~ Idea ini bertapak dlm teks2 bertulis awal seperti kitab Taj as-Salatin.

7. Daripada falsafah Spekulatif menjadi Sains yang Emperis.
~ Kosmologi Aristotle menjadi asas taakulan bahawa semua jasad akan mempunyai sifat alami yg khusus iaitu sifat hangat, basah, kering atau sejuk dalam perkadaran tertentu.
~ Unsur alam ini diwakili oleh humor/cairan tertentu dlm badan sesuai dgn idea bahawa manusia adalah mikrokosmos manakala alam adalah makrokosmos.
~ Keseimbangan tabiat alam dalam humor menentukan sama ada seseorg itu sihat atau sakit.

8. Patologi Humoral dalam Bustan as-Salatin.
~ Keseimbangan humor dalam badan menentukan kesihatan badan.

9. Tapisan dan Ubahsuai Falsafah Luar.
~ Galenisme diterima dlm doktorin perubatan Melayu telah mengalami ubahsuai.
~ Galenisme Melayu menekankan kepentingan diet. Galenisme Yunani menekankan pengambilan ubat.
~ Susur galur ilmu perubatan Melayu :
~ Hippocrates > Galen > Gelenisme + Tibb Nabawi = Ilmu Perubatan Melayu.

10. Bustan as-Salatin: Sains yang Rasional dan Saintifik.
~ Ilmu perubatan Melayu mengandungi huraian rasional.

Kesimpulan
* Manuskrip Melayu menyimpan khazanah sains Malayonesia yg sangat bernilai dan memerlukan penerokaan dan kajian lanjut.
* Sains Malayonesia kini di ambang kepupusan atau dilupakan.

Tuesday, September 22, 2015

GPTD @ BENGKEL PENULISAN.

12 September 2015, Shah Alam - GPTD dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf telah mengadakan Bengkel Penulisan yang telah dihadiri oleh 20 peserta awam dan ahli GPTD. Bengkel Penulisan pada kali ini menampilkan dua tokoh di dalam bidang penulisan iaitu Datuk Abd Jalil Bin Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, dan En. Norden Mohamed, Ketua Pengarang Sinar Harian.



Berikut merupakan ringkasan isi bengkel berkenaan yang dikongsikan oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri


Slot 1 : KAEDAH PENULISAN LAKU KERAS.

Oleh : Datuk Abdul Jalil Bin Ali.

Datuk Abdul Jalil Bin Ali
* Nak jadi penulis, kena bersungguh-sungguh dan serius.

* Penulisan > peniagaan perkataan.

* Bukan senang nak bagi orang seronok membaca tulisan kita.

* Nak jadi penulis kena ada keyakinan diri.

* Peranan kita sebagai penulis sangat besar. " Mata pena lebih tajam daripada mata pedang."

* Apa yang kita tulis, kita kena bertanggungjawab.

* Menulis mesti berdasarkan fakta.

* Kena semak selepas menulis. Paling kurang 3 kali.

* Peranan penulis :
   1. Memberitahu.
   2. Mendidik.
   3. Menghibur.
   [ Ketiga-tiga ni kena ada dalam penulisan ]

* Pendekatan penulisan dahulu berbeza dgn kini.

* Apa yang kita nk tulis ?
   - Sesuatu yang menarik.
   - Sesuatu yang luar biasa.
   - Ada unsur human interest.
   - Sesuatu yang dekat dengan kita. ( proximity )

* Kena tahu undang-undang :
   - Akta Fitnah ( libel ). > Menimbulkan aib pihak lain. Nak elakkan kena dptkan fakta dari semua pihak yg terlibat.

* Proses penulisan :
   1. Ayat yang pendek. 1 ayat -+ 15 patah perkataan.
   2. Mudah difahami.
   3. Fakta yang tepat. ( rencana )
   4. Penggunaan istilah yang betul.

Peserta bengkel bersama Datuk Abd Jalil

Slot 2 : BUKU APA PENERBIT MAHU ?

Oleh : En Norden Mohamed.

En. Norden Mohamed
* Dalam menulis kena ada pengalaman.

* Bentuk penerbit :
   1. Penerbit sahaja.
   2. Penerbit dan pengedar.
   3. Penerbit, pengedar dan pemasar.
   4. Penerbit, pengedar, pemasar dan pencetak.

* Selidik dahulu penerbit yang kita nak bekerjasama.

* Buku sebagai saham pahala jika perkara yang baik ditulis.

* Penulis > Makin banyak duit yang dpt, makin banyak kajian yang dibuat utk menulis.

* Penerbit lihat sudut pandang kita dalam menulis.

* Buku penerbit mahu :
   1. Cerita.
   2. Fakta.

* Dalam menulis, kita mahu wujudkan apa yang memberi kesan kepada emosi.

* Cara penulisan :
   - Rangkakan apa yang nak tulis sebelum menulis.
   - Menggabungkan elemen fakta ( berat ) dengan cerita ( ringan ).

* Kalau hantar buku kat editor, kena selalu tanya perkembangan manuskrip kita.

* Dalam menulis benda yang baru, kena bina peminat. Itu boleh dilakukan dengan kosisten.

* Jarak buku paling baik : 1 tahun 1 buku.

* Kalau nak hantar ke penerbit mesti siap dulu manuskrip penuh buku.

* Lagi baik kalau penulis sediakan layout untuk manuskrip buku.

* Penulisan memerlukan grafik yang menarik minat. ( cover )

* Lebih baik tulisan lebih banyak daripada gambar dalam satu buku. Gambar sebagai penghias.

* Pembinaan tajuk lebih baik yang membentuk gambaran. Elakkan tajuk yang terlalu keras atau statik.

* Tajuk perlu ringkas dan memberi kesan.

* Menulis boleh jadi satu terapi kepada diri penulis dan juga muhasabah.

* Jadikan buku yang kita tulis sebagai warisan kepada anak cucu kita.

* " Sejarah yang membina masa kini."

* Mahu bersaing dengan penulis popular ?
   > Perlu konsisten dalam menulis untuk dapatkan pembaca.

* Boleh adaptasi apa yang kita tonton @ lihat @ alami dalam penulisan kita.

* Tahap kemampuan menulis kita bergantung kepada kajian @ sikap ingin tahu kita dalam satu-satu karya kita.

* Promosi penting untuk memperkenalkan karya kita.

* Menulis buku ialah soal rezeki. Pasti akan ada orang yang akan beli buku kita.

Peserta bengkel bersama En. Norden Mohamed
Semoga setiap peserta mendapat manfaat daripada bengkel ini. Jumpa lagi di bengkel akan datang.

MNA