Friday, August 28, 2015

Wacana Tariq Bin Ziyad, Pembukaan dan Ketamadunan Andalusia



22 Ogos 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka - Diskusi Grup (DG) Ipoh dengan kerjasama GPTD dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu siri wacana bertajuk TARIQ BIN ZIYAD, PEMBUKAAN DAN KETAMADUNAN ANDALUSIA.



Wacana yang dianjurkan oleh DG Ipoh ini merupakan salah satu gerak kerja dalam melengkapkan misi mereka ke Sepanyol pada bulan Jun 2016. Wacana ini menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Panel pertama, Ustaz Rosli Mokhtar merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyampaikan topik bertajuk Keperibadian dan Ketokohan Tariq Bin Ziyad. Ustaz Mohd Fikri Bin Che Hussain pula yang banyak menulis buku berkaitan bab hadis, fiqh dan sejarah Islam menyampaikan topik bertajuk Polemik dan Pembukaan Andalusia. Dari Tebing Gibraltar ke Puncak Keemasan Kordoba pula merupakan tajuk En. Aidil Adha Bin Sulaiman yang sedang dalam proses menulis buku bertajuk “Dari Andalusia ke Amerika – Menjejaki Penerokaan Umat Islam ke Benua Amerika Sebelum Christopher Columbus”.


Wacana ini dihadiri oleh ahli-ahli GPTD dan orang awam dari pelbagai latar belakang. Seramai lebih 50 orang yang hadir bagi mendengar, memahami dan bertanyakan soalan kepada panel-panel yang berkongsi pelbagai maklumat menarik berkenaan Tariq Bin Ziyad.



Selepas wacana berakhir, DG Ipoh turut mengambil peluang melancarkan misi mereka ke Sepanyol; EKSPLORASI MENJEJAK TARIQ BIN ZIYAD, MEMBANGUN PERADABAN YANG HILANG. Pelancaran misi mereka telah disempurkan oleh Pengerusi GPTD, RC Muhammad Suhail Ahmad diiringi Presiden GPTD, RT Abdul Hakim Shahbuddin dan wakil DG Ipoh. Didoakan semoga misi mereka ini dipermudahkan & mendapat hasil yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat.



Tahniah diucapkan!
Untuk muat turun kertas kerja wacana, KLIK SINI


MNA

Tuesday, August 18, 2015

Jemputan ke Wacana Tariq Bin Ziyad


Berita baik! Diskusi Grup (DG) Ipoh bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan satu wacana yang akan membincangkan kehebatan tokoh Tariq bin Ziyad dalam sumbangannya kepada kegemilangan Andalusia suatu ketika dahulu dan peranan yang boleh di ambil oleh generasi muda untuk meneladani perjuangan Tariq bin Ziyad. Justeru pihak kami ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari menyertai program ini

TARIKH : 22 OGOS 2015
TEMPAT :BILIK MESYUARAT TUN PERAK,
                  TINGKAT 29,
                  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
                  KUALA LUMPUR
MASA     : 9.00 pg - 1.00 ptg
YURAN  : PERCUMA!!!!
PANEL   : 1) Ustaz Rosli bin Mokhtar
                 2) Ustaz Mohd Fikri bin Che Hussain
                 3) En. Aidil Adha bin Sulaiman
                                             
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke wacana ini.
Peserta terhad 50 orang sahaja. Daftar segera!
Untuk mendaftar sila SMS [TARIQ] [NAMA PENUH] [AHLI/UMUM] melalui 01.789.666.49.

Monday, August 03, 2015

Jamuan Hari Raya GPTD

8 Ogos 2015, Gombak- Telah diadakan satu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak GPTD yang bertempat di Lantai Tiga. Majlis yang bertemakan Melayu ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti nasi ambeng, La mian,kuih-muih tradisional,buah buahan, ketupat dan banyak lagi.

Terima kasih di ucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir ke majlis kami.Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan.


Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Tetamu dari PTS Publication

Antara tetamu yang hadir

Saturday, August 01, 2015

Jom Baraan 6

1 Ogos 2015, Johor- Pada sabtu lalu,telah berlangsungnya program yang menjadi tradisi GPTD iaitu Jom Baraan untuk kali ke-6. Program yang berjalan selama satu hari ini membawa peserta kepada budaya masyarakat Johor yang menjadi budaya mereka untuk berkunjung ke rumah-rumah ketika hari raya untuk menziarahi dan juga marhaban.

Seramai 35 orang peserta telah mendaftarkan diri dan sebanyak enam buah rumah yang telah dikunjungi oleh peserta-peserta Jom Baraan. Terdapat pelbagai juadah yang telah di sediakan oleh tuan rumah bagi menjamu tetamu yang hadir.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara tuan rumah dan juga peserta. Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke syurga.
peserta-peserta jom baraan bergambar di hadapan rumh yang dikunjungi