Thursday, December 31, 2009

Jom Gegar!!!

Di jemput kepada semua ahli dan bukan ahli GPTD untuk memeriahkan lagi hari keluarga GPTD. Sarapan disediakan. Ajak kawan-kawan gegar hari keluarga.

Kosova: Permata Islam di bumi Eropah

PENULIS berasa gembira dan bersemangat apabila pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Eropah Timur iaitu Kosova. Namun tiba sahaja di Lapangan Terbang Pristina, hati menjadi risau kerana khuatir payah untuk memasuki sebuah negara bekas komunis walaupun mempunyai surat jemputan rasmi dari pihak penganjur mesyuarat iaitu Persatuan Budaya dan Pendidikan (AKEA) Kosova...

Bacaan seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive

Wednesday, December 30, 2009

GPTD UNISEL berlepas ke Padang

Sepang - Selasa, 29 Disember 2009/ 12 Muharam 1431 H - Seramai 12 orang telah selamat berlepas dari LCCT ke Padang, Sumatera Barat untuk Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Sumatera Barat dari 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang.

Program di terajui oleh GPTD UNISEL dengan kerjasama WADAH, ABIM, PKPIM dan GPM serta Pesantren Buya Hamka dan DDII di Indonesia.

Rombongan 12 orang diketuai oleh Izwan Suhadak Ishak, Pembantu Pensyarah di UNISEL yang juga Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL). Turut serta ialah 7 orang pelajar UNISEL, 2 pelajar dari Sunway University College dan 2 orang aktivis PKPIM. Sebelum pergi mereka telah mengadakan induksi 7 hari bagi membina kumpulan dan memperincikan persiapan untuk ke sana. 4 hari berkampung di Sekretariat PKPIM di Gombak dan 4 hari lagi di Kompleks Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam.

Mereka selamat tiba di Padang jam 8 pagi waktu tempatan Selasa 29 Disember 2009 dan disambut oleh wakil DDII. Rombongan meneruskan perjalanan ke Sg Limau, Pariaman untuk melihat kesan dan akibat gempa yang berlaku pada 30 September lalu. Di sana mereka bertemu dengan aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII). Sebelah petang kembali ke Padang dan malamnya mengadakan dialog dengan aktivis pelajar di Islamic Centre dan Yayasan Amal Saleh, Padang.

Tuesday, December 29, 2009

Atlas Corps

Atlas Corps is a designated J-1 program that brings nonprofit leaders from around the world to the U.S. for a year of nonprofit training and development. After one year of volunteering in the U.S., the Fellows return to their home countries. Atlas Corps has been declared a "best practice" in international exchange by the Brookings Institution and is honored to have on its Senior Advisory Board distinguished individuals such as three-time U.S. Ambassador William Brownfield and former U.S. Senator Harris Wofford. It places nonprofit leaders at many of the best nonprofits in the world, such as Ashoka, Grameen Foundation, Oxfam and TechnoServe. Former Assistant Secretary for Consular Affairs, Maura Harty, who is now with the International Center for Missing and Exploited Children, has two of our Fellows placed at her organization and is looking for more to start in March. It has had 31 Fellows from 8 countries participate in our program, and we have a 100% approval rating on visas and 100% of our Fellows have returned to their home countries.

We are seeking nominations for rising leaders with 3-10 years of nonprofit experience, a college degree, and English proficiency. These individuals are a lot like the Department of State International Visitor Leadership Program (IVLP) candidates, but are often a little younger, and former travel to the U.S. is accepted. Atlas Corps is a fully funded fellowship; there is no cost to apply or participate. The fellowship is 12 months long and includes a rigorous training program and an on-the-job training placement. Any nonprofit leader may apply at atlascorps (dot) org. Last year it had 550 candidates from 67 countries apply for 13 positions.

The deadline for the next group is April. ABIM wish to nominate candidate.

http://www.atlascorps.org/

Monday, December 28, 2009

Pengerusi GPTD Mengunjungi Geneva

Geneva - 26 Disember 2009/9 Muharram 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengunjungi Geneva dalam kerangka mendapatkan gambaran isu menara, membina jaringan dan menziarahi Pusat Islam Geneva di bawah kendalian Dr. Hani Ramadan iaitu cucu kepada Imam Hasan al Banna. Saudara Jufitri telah berada di sana tiga hari dan berkesempatan juga bertemu Puan Hiswani Harun, Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization (WTO) yang berpengkalan di Geneva. Ikuti tulisan dan catatan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com/.

Tuesday, December 22, 2009

GPTD Eropah

Glasgow - 21 Disember 2009/4 Muharram 1430 - Saudara Abdul Hadi Rahman Kuraish (Dublin) dan saudara Muhamed Ikram Tuan Mustapha (Sheffield) masing-masing telah dipilih sebagai Pengerusi dan Setiausaha GPTD Eropah dalam bengkel GPTD Eropah yang diadakan di Scotland baru-baru ini bersempena Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MISG ABIK UK (http://misgabim.blogspot.com/). Beberapa program telah dirangka dan taklimat pertama bakal diadakan di Sheffield untuk memperkenalkan GPTD kepada para pelajar Malaysia di United Kingdom. GPTD Eropah juga bakal mempunyai blog yang tersendiri.

Jawatankuasa GPTD Eropah turut dikuatkan beberapa rakan lain seperti saudara Safwan (Newcastle), saudari Ain (Cook), saudari Fatimah (Czech), saudara Ashraf (Perancis) dan Izuddin (Glasgow).

Dalam perhimpunan tersebut, saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD turut membentangkan tajuk Young Generation and the Challenge of Modernity and Islamophobia bersama Mr. Javed, Pengarah Andalus Centre Glasgow (http://www.andalus.co.uk/). Ikuti isi pembentangan tajuk di atas oleh saudara Jufitri di http://gptd-spain.blogspot.com/

Monday, December 21, 2009

Presiden GPTD selamat diijabkabulkan


Gombak, 20hb Disember 2009 - Presiden GPTD Saudara Suhail telah diijabkabulkan dengan pasangannya Nur Nadzifa anak kepada pengasas GPTD iaitu Ahmad Azam. Majlis yang dimulakan dengan akad nikah dan diikuti majlis kenduri meraikan saudara mara dan sahabat-sahabat. Ramai tetamu yang hadir dari GPTD sendiri, ABIM, PKPIM dan sebagainya.

Kami semua di GPTD mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan menjadikan perkahwinan ini juga sebagai pemangkin untuk terus bekerja menyumbang kepada umat di seluruh alam.

Misi Rahmatan Lil 'Alamin..

Sunday, December 13, 2009

Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference

Leeds - 14 Disember 2009/27 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference bertempat di Leeds Metropolitan University. Saudara Jufitri sempat bertemu dengan beberapa 'key figure' dan beberapa pimpinan pelajar Islamic Society mewakili kampus-kampus universiti seluruh UK. Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com/

Saturday, December 12, 2009

RAYUAN DANA: XPDC HAMKA




RAYUAN DANA: MISI XPDC HAMKA KE MANINJAU, PADANG INDONESIA

Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL) akan menjalankan Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Padang Indonesia pada 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Seramai 8 orang aktivis GPTD UNISEL yang melibatkan diri dalam ekspedisi ini. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pengajaran bahasa Inggeris, matematik, komputer, dan juga khidmat kaunseling bagi membantu meningkatkan motivasi kepada mangsa gempa berikutan kejadian gempa bumi tempoh hari. Pemilihan kesemua aktivis ini berdasarkan beberapa fasa yang mengambil kira dari sudut kemantapan fizikal, emosi dan rohani. Persediaan untuk ke Maninjau, Padang Indonesia telah dilakukan dengan rapi yang mana semua aktivis diajar beberapa kemahiran dari segi bahasa, menjalankan kajian dan lawatan tokoh sebagai persediaan di Indonesia. Kesemua perbelanjaan XPDC HAMKA memerlukan jumlah sebanyak RM 5000.00 termasuk menyalurkan bantuan makanan, membuat kerja-kerja kajian dan menjalankan aktiviti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau material bolehlah menyalurkan sumbangan anda kepada :


1) Sumbangan wang tunai/cek:

GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL

Akaun Bank Ambank : 124-202-200155-5


2) Sumbangan material:

Alat tulis (pen, pensil, kertas, buku nota dll)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


En. Izwan Suhadak Bin Ishak

Penasihat GPTD UNISEL

017-656 0102


Wan Ritini Bt Wan Ismail

Setiausaha

017-985 0942


Junaidah Bte Ismail

Pengarah Projek XPDC HAMKA

019-372 1338


GPTD UNISEL
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
UNISEL Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

· http://gptdunisel.blogspot.com/

· gptdunisel@gmail.com

· 010-246 0435

Lawatan ke North Benwell Youth Project

Newcastle - 12 Disember 2009/25 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah melawat North Benwell Youth Project selama dua jam dan disambut oleh Pengurus Projek, Mr. John Derisi. Dalam lawatan tersebut, saudara Jufitri telah menyatakan hasrat untuk mempelajari dua projek antarabangsa mereka di Poland dan Bulgaria sekaligus membina jaringan untuk GPTD di sana. Keterangan lanjut berkenaan North Benwell Youth Project boleh dilayari di http://www.cuf.org.uk/north_benwell.aspx

Friday, December 11, 2009

Poster 2 Kempen 1 Bulan 1 Adab

Poster kedua Kempen 1 Bulan 1 Adab (1B1A) telah dilancarkan pada hari ini. Sila dapatkan poster ini dengan klik pada poster di bawah.

Sama-sama kita hentikan tabiat MEMBUANG SAMPAH DARI KENDERAAN.

Selamat berkempen!


Sunday, December 06, 2009

International Volunteer Day

Durham-5 Disember 2009/18 Zulhijjah 1430 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan 5 Disember setiap tahun sabagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Pada tahun ini tema sambutan adalah 'Volunteering for our Planet'. Ini berikutan UN memandang serius perubahan iklim global yang menuju ke arah pemanasan.

Bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa ini, saya mengambil kesempatan menyeru agar para aktivis GPTD sekalian terus komited dengan kerja-kerja kesukarelaan dan jadikan tema menyelamatkan bumi sebagai tema dan agenda utama dalam setiap program dan misi GPTD ke luar negara.

Pihak GPTD juga berusaha memanjangkan jaringannya dan berhasrat untuk membina jaringan dengan Agensi UN Volunteers berpusat di Bonn, Jerman dan berusaha mengaturkan pertemuan dan lawatan di sana InsyaAllah.

JUFITRI JOHA
Pengerusi GPTD

Wednesday, December 02, 2009

Ibadah Qurban 1430 H di Maninjau, Sumatera Barat

Maninjau- 30 November 2009 / 14 Zulhijjah 1430 - Di sebalik kedamaian dan ketenangan Danau Maninjau yang menyimpan seribu satu kenangan dan sejarah yang tidak terungkap, suatu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter telah berlaku pada 30 September yang lalu. Gegaran yang dirasai oleh kira-kira 4000 ribu orang penduduk di empat kampung di Maninjau pada awal pagi itu telah diikuti dengan tanah gelongsor di 25 tempat apabila hujan turun dengan lebat pada sebelah petang. Jalan masuk untuk ke Pesantren Buya Hamka tidak dapat digunakan. Ada juga rumah-rumah yang dibawa arus tanah hingga ke dalam tasik dan tenggelam sepenuhnya.

Para pelajar Pesantren Buya Hamka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri di masjid berdekatan. Daripada 45 rumah yang tidak lagi layak dihuni dan lebih 200 buah yang rosak, tidak ada satupun korban nyawa berlaku di Maninjau. Di kawasan bukit bukau di sekeliling tasik kelihatan bekas gelongsoran tanah yang agak ketara. Selain itu, telah berlaku runtuhan di sebuah bukit sepanjang satu kilometer mengakibatkan kemusnahan rumah dan jalanraya. Arus air yang di bawa oleh batu-batu dari atas bukit kini mengalir merentangi beberapa jalan menuju pesantren. Para pelajar Pesantren Buya Hamka kini berjumlah seramai 64 orang terpaksa tinggal di sebuah bangunan dua tingkat separa siap bersebelahan masjid. Pelajar lelaki seramai 30 orang ditempatkan di di bahagian bawah rumah berkeluasan 20 kaki persegi. Pada hari raya kedua, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada masyarakat. Salah satunya dibuat di Masjid Raya dalam daerah Kukuban dan satu ekor lagi di berdekatan penempatan sementara Pesantren.

Selepas selesai acara Qurban, kami dibawa melihat tapak baru pesantren yang telah diwakafkan oleh masyarakat terletak kira-kira 15 kilometer dari tempat lama. Terletak di Desa Kubugadang, kawasan ini merupakan sebuah perkampungan pada asalnya. Disebabkan kedudukan yang agak jauh di atas bukit serta prasarana yang kurang baik, penduduknya telah berpindah ke kawasan yang lain. Terdapat beberapa buah rumah dan sebuah masjid yang tidak lagi digunakan. Lokasi ini mempunyai pemandangan yang cantik kerana kedudukannya yang menghadap danau. Apa yang diperlukan sekarang adalah akses jalanraya untuk sampai ke kawasan tersebut. Terdapat juga satu lagi kawasan alternatif bagi membangunkan pesantren sementara di daerah lain. Saudara Azhar, wakil dari Surau/Masjid Bukit Jelutong tiba pada tengahari 28 November 2009. Beliau telah mengambil masa hampir dua hari menggunakan jalan darat dan air untuk sampai ke Padang. Beliau akan melaksanakan kerja-kerja dokumentasi untuk baki dua ekor lembu pada hari Ahad.

Pesantren Buya Hamka telah menerima bantuan dari beberapa NGO tempatan. Antaranya Dompet Dhuafa’ Indonesia telah bermurah hati menyumbang 20 lokal darurat untuk dijadikan kelas sementara. Selain itu, Lembaga Manajemen Infaq (LMI) berpusat di Surabaya telah menghulurkan Rp50 juta selain bantuan untuk penternakan ikan yang akan menyusul.

Secara keseluruhan, gempa bumi yang berlaku di Maninjau telah memberi kesan yang mendalam kepada penduduk setempat. Kaum wanita dan kanak-kanak masih lagi tidur di dalam khemah kerana bimbang kejadian yang sama bakal berulang. Jalan-jalan yang terkambus dek runtuhan sudah dibersihkan dan yang terbelah dua disambung menggunakan batang kelapa. Peristiwa mengendong anak dengan berjalan kaki ke tengah danau di malam hari dalam keadaan hujan, perempuan tua yang keseorangan di rumah di samping suaminya yang cedera yang ditemui dua hari sesudah gempa merupakan sekelumit daripada ribuan kisah saksi-saksi musibah yang menggoncang bumi Maninjau dua bulan yang lalu.

MOHD SHAKIR FAHMI BIN FAKHRULRAZI
Sukarelawan GPM / Ahli Majlis Tertinggi GPTD


#GPTD UNISEL akan menghantar misi rasmi ke Maninjau sidikit masa lagi bagi meneruskan misi khidmat sosial sebelum ini dan membantu mangsa gempa bumi.

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat UNIW di Pristina, Kosova

Pristina- 23 November 2009 / 7 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Khairul Arifin Mohd Munir, Penasihat GPTD Eropah telah menghadiri mesyuarat Union of Ngos in the Islamic World (UNIW) serta pertemuan dengan Belia Kosova dan Mufti Kosova, Sheikh Naim Ternava.

Kosova merupakan negara umat Islam yang tidak diiktiraf oleh Serbia. Kosova juga merupakan bekas jajahan Serbia yang dinafikan hak mereka untuk merdeka. Umat Islam Kosova hidup dalam penindasan dan ketakutan. Namun Malaysia antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Kosova.

Saudara Jufitri dan saudara Khairul mengambil kesempatan berbincang tentang peluang dan ruang GPTD untuk bekerjasama dengan belia di Kosova khususnya menghantar aktivis GPTD ke Kosova. Ikutan catatan awal saudara Jufitri di http://gptd-spain.blogspot.com/

AsKa United

Setapak- 22 November 2009 / 6 Zulhijjah 1430 - Satu perlawanan persahabatan diadakan diantara Grup Ashabul Kahfi dan grup pemain Cina Setapak(Non-Muslim). Sepakmula di lakukan pada jam 12 tengah hari dan selesai sejam selepas itu. Permainan seimbang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan ini , diselang-selikan dengan rehat sebanyak 2 kali selama 2 minit. Komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan merancakkan lagi perlawanan. Sikap saling tidak mengalah mencatatkan pertambahan jaringan walaupun diakhir-akhir perlawanan . Satu perlawanan yang menarik dan Alhamdulillah memuaskan hati semua pihak. Disamping adab ukhuwwah yang ditampil beserta peraturan permainan yang dilaksanakan sebaiknya, menjadikan keseluruhan perjalan perlawanan persahabatan ini berjalan lancar.

Team Futsal Ashabul Kahfi (AsKa) ini disertai oleh saudara Saiful Islam selaku ketua dan dibantu oleh saudara Hamzah serta saudara Azamuddin yang bertindak selaku pengurus pasukan. Beberapa ahli AsKa yang lain tidak dapat turut serta memandangkan komitmen masing-masing di Universiti. Pasukan ini diperkuatkan lagi dengan penyertaaan saudara Abdur Rahman dan saudara Taqiyuddin yang mana kedua-duanya adalah bekas pelajar Darul Quran bahagian Persijilan. Turut menguatkan pasukan AsKa adalah Saudara Zakaria merupakan Lepasan Diploma Darul Quran dan pemain yang paling muda dalam pasukan adalah Saudara Jalaluddin berumur 16 tahun yang kini menuntut di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kita bagaimana untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan saudara bukan Islam. Menonjolkan akhlaq dan semangat berpasukan dalam bentuk yang positif. Dan ia adalah salah satu bentuk dakwah bilhal yang lebih efektif dalam memberikan kesan kepada masyarakat terutamanya golongan bukan Islam. Bukan hanya menanti program berbentuk formal untuk kita sampaikan mesej 'Rahmatan Lil Alamin' ini kepada masyarakat kita. Semoga usaha dakwah yang sedikit ini memberikan inspirasi kepada saudara-saudara seislam kita di luar sana untuk turut memberikan komitmen dan sumbangan dalam memartabatkan semula Islam pada tempat asalnya. Semoga selepas ini, pelbagai lagi pogram yang berbentuk formal mahupun informal dapat kita sama-sama jayakan InsyaAllah

Friday, November 20, 2009

Simposium Laluan Haji Rantau Asia

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Islamic Educational Scientific Cultural Organisation (ISESCO) akan menganjurkan:

SIMPOSIM LALUAN HAJI RANTAU ASIA

bertempat di AUDITORIUM MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, JALAN DATO' ONN, KUALA LUMPUR pada 15-16 DISEMBER 2009.

Terdapat 25 pembentang kertas kerja dari rantau Arab dan Asia termasuk Malaysia. Program berkaitan haji dibincangkan dengan terjemahan serentak dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Simposium ini adalah PERCUMA.

Sesiapa yang berminat, sila isi borang tersedia untuk kami hubungi anda atau anda hubungi kami terus di talian 017-6144026 / 017-66658958.

Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Penulisan Berita Harian

Kursus BH


Bengkel tertutup ini terbuka kepada ahli GPTD sahaja. Isi borang online jika anda masih belum menjadi ahli.

Tempat terhad!
Sila hubungi segera!
017-6144026 / 012-2841505

Tuesday, November 17, 2009

Kunjungan ke London dan Oxford

Oxford, UK- 13 November 2009 / 25 Zulkaedah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Ahmad Yunus Mohd Noor, ahli GPTD telah mengungjungi saudara Hamidi Abdul Rahman di kediaman beliau di Bicester, Oxford. Saudara Hamidi merupakan belas Presiden Melayu United Kingdom di mana GPTD mempunyai hubungan kerjasama sebelum ini. Terbaru, saudara Hamidi menjadi Presiden Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)- http://www.pisang.org.uk/.

PISANG amat aktif dengan pelabagi aktiviti keIslaman termasuk mempopularkan perubatan Islam di UK, Malaysia, Australia dan Mesir. Timbalan Pengerusi PISANG merupakan saudara Trimizi Zainal yang pernah bersama program GPTD di Melbourne dan UK. Walaupun beliau tidak lagi aktif dengan GPTD, namun peranan beliau dalam PISANG amat membanggakan. GPTD mendoakan semoga beliau terus maju jaya dalam bidang yang beliau ceburi.

PISANG juga berperanan dalam usaha menyelamatkan Sufiah Yusuf dari terus terjebak dalam kancah maksiat. Kami bersempat bertanya perkembangan Sufiah dari saudara Hamidi dan beliau menyatakan Sufiah Yusuf sudah mula meninggalkan pekerjaan terkutuk tersebut. Perkembangan cerita keluarga Sufiah Yusuf boleh diperolehi dari http://hyusof.com/

Selain itu saudara Jufitri Joha dan saudara Ahmad Yunus sempat mengunjungi Puan Suzana Mohd Ali dan Ustaz Erfino Johari iaitu pegawai di Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia London untuk membina hubungan baik di samping berbincang berkenaan program berkaitan ABIM UK dan GPTD.

Monday, November 16, 2009

Jom Main Futsal


Dijemput kepada semua ahli GPTD bersama-sama beriadah bermain futsal seperti maklumat yang tentera gambar di atas. Program riadah ini hasil kerjasama Grup Ashabul Kahfi dan GPTD. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Saiful Islam di talian 0133706442.

Dilampirkan peta lokasi untuk rujukan semua.

Klik untuk saiz besar

Friday, November 13, 2009

Promosi khas beg laptop


GPTD sedar akan kepentingan laptop dalam kehidupan seharian para pelajar masa kini. Kadangkala kita rasa leceh dan rimas dengan beg laptop yang besar dan tak selesa sedangkan kita perlukannya untuk ke mana-mana.

Jadi, GPTD dengan ini menawarkan harga promosi khas untuk ahli GPTD seperti dalam iklan di atas.

Gambar Hiasan
  • Jika berminat, emelkan ke gptdhq@gmail.com atau sms ke 017-6144026 / 017-6665958
  • Tawaran terbuka kepada ahli dan bukan ahli dengan harga yang tertera
  • Harga termasuk kos penghantaran ke rumah anda
  • Selagi stok masih ada (jumlah stok tersedia akan dikemaskini)

STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT

STOK : 1 UNIT

STOK : 5 UNIT
(4 booked)

Thursday, November 12, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Kami warga GPTD Pusat ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-27 kepada Sdr Izwan Suhadak Ishak, Penasihat GPTD UNISEL yang menyambut hari lahirnya hari ini.

Didoakan semoga pertambahan umur ini membawa berkat dalam perjuangan yang setia demi menyebarkan rahmat Ilahi ke serata alam dan generasi pelapis yang bawah didikannya di UNISEL menjadi kebanggaan Nabi bersama-sama dengan keluarga yang bahagia hingga ke syurga.


Juga kepada Sdr Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-22, GPTD Pusat mendoakan agar nikmat usia ini dapat dicurahkan sebanyak-banyaknya untuk umat seperti para sahabat yang dididik Nabi agar kita sama-sama dapat menyebarkan rahmat kepada alam dan didoakan agar kejayaan adalah milik anda setelah mengharungi ujian akhir semester nanti.

[GPTD kini akan memantau perkembangan diri ahli termasuk ulangtahun kelahiran melalui aplikasi Facebook. Bagi sesiapa yang masih belum menjadi rakan Facebook GPTD, diharapkan dapat berbuat demikian agar kami dapat sentiasa bersama anda]

Viva Palastina dan Yvonne Ridley




Saya bertuah dapat bersama dalam 'talk' yang telah disampaikan Yvonne Ridley bertajuk 'People, Power and Palestine'. Ini kali pertama saya bersemuka dengan beliau dan saya sempat menyerahkan kad nama (ABIM) sebagai tanda persahabatan dan jalinan kerjasama.



Di Durham ini memang subur dengan diskusi berkaitan Palestin dan Israel termasuk yang terbaru dari Prof. Bill Williamson...bacaan seterusnya di http://gptd-spain.blogspot.com

Guatemala - Nasib Bekas Koloni Sepanyol

Durham, UK- 9 November 2009 / 21 Zulkaedah 1430 - Selepas berjaya menjejakkan kaki ke Sepanyol dua kali, saya harus menyambung projek GPTD saya fasa ke-3 iaitu dengan mengenal pasti langkah seterusnya ke Amerika Latin. Amerika Latin merupakan benua yang menggunakan bahasa Sepanyol iaitu bahasa bekas penjajahnya kecuali Brazil yang menggunakan bahasa Portugis kerana penjajahnya adalah Portugis

Usaha telah digerakkan semenjak beberapa tahun lepas mengenal pasti negara Amerika Latin yang sesuai dijadikan 'entry point' GPTD termasuklah Cuba, Mexico dan Surinam.

Justeru, baru-baru ini saya menghadiri 'talk' tentang Rekod Hak Asasi di Guatemala, sebuah negara Amerika Latin di bahagian tengah benua. Seperti yang Dr. Farish A. Noor sebut selalu benua Amerika Latin amat jarang-jarang diketahui tentang keadaan sebenar mereka. Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com

Wednesday, November 11, 2009

Gombak- 5 November 2009 / 17 Zulkaedah 1430 - Grup Tahfiz Ashabul Kahfi telah mengadakan pertemuan dengan wakil GPTD yang diwakili oleh saudari Jihan yang merupakan salah seorang Exco GPTD . Pertemuan ini diselitkan dengan sesi pengenalan yang lebih terperinci berkenaan Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia ini kepada ahli baru Ashabul Kahfi , saudara Azamuddin Al-Hafiz . Saudara Azamuddin yang kini menetap di Semenyih dan memilih profesion guru sebagai kerjaya disalah sebuah sekolah Sri Abim di Semenyih, betul-betul menunjukkan komitmen dan minat untuk menyertai Grup Ashabul Kahfi yang bernaung di bawah GPTD.

Pertemuan yang dihadiri oleh saudara Saiful sebagai Pengerusi Ashabul Kahfi dan saudara Hamzah ( sukarelawan AsKa untuk Projek Melbourne pada 2007 ) dan saudara Azamuddin diadakan secara santai dan terbuka di cafe bersebelahan Masjid UIA . Bermula dalam sekitar jam 9 malam dan berakhir sejam selepas itu , perbincangan diadakan secara dua hala dan memberikan ruang kepada saudara Azamuddin untuk bertanya secara langsung kepada wakil GPTD ( saudari Jihan yang ditemani seorang rakan ) dan reaksi serta hasil positif dari pertemuan dan perbincangan itu benar-benar memberikan maklumat yang tepat dan memuaskan berkenaan GPTD ini , hasil maklum balas dari saudara Azamuddin . Kredit buat saudari Jihan ( walaupun boleh diistilahkan sebagai bidan terjun menggantikan saudara Syazni yang kebetulan mempunyai komitmen lain pada malam itu ).

Ashabul Kahfi kini dalam usaha untuk memperkembangkan gelombang dakwah dipersada arus perdana dikala masyarakat yang amat dahagakan dakwah dan tarbiyyah .Seraya itu Grup Ashabul Kahfi yang ingin memperkukuhkan jentera penggerak wadah ini , memerlukan seramai mungkin Ahlul Al-quran untuk bersama memikul amanah dakwah terhadap ummat tika ini . Atas dasar tersebut , Pengerusi AsKa , saudara Saiful Islam mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan beberapa Ex-DQ yang kini menyambung pengajian mereka di USIM pada 6 sehingga 7 Oktober bertempat di Nilai . Mewar-warkan misi dan visi serta pentaarufan ringkas berkenaan Grup Ashabul Kahfi dan GPTD umumnya sebagai langkah pertama memberi pengenalan . Diperkenalkan juga blog khas AsKa dan beberapa program yang pernah disertai oleh ahli AsKa semenjak 2006 sehingga sekarang . Maklum balas yang positif diterima dari kawan-kawan dan harapan agar bertambah seramai mungkin golongan huffaz yang bersedia menginfaqkan diri di dalam perjuangan dan persada dakwah ini . Menggunakan potensi dan kelebihan yang Allah letakkan secara pinjaman pada diri masing-masing.

Semoga Ashabul Kahfi ini akan bangkit dari tidur mereka yang lama dan lena....dan memperjuangkan Agama demiNya .

Monday, November 09, 2009

Kempen 1 Bulan 1 Adab dilancarkan



Kempen 1 Bulan 1 Adab dengan ini dilancarkan oleh GPTD buat semua pemblog pada 11.11.2009. Anda akan dibekalkan dengan poster Adab setiap 11 hari bulan.

Sila kunjungi laman KEMPEN segera. Mari kita berkempen!

Kuasa penentu di tangan anda!


Dapatkan kod ikon KEMPEN ini dan letakkan di blog anda.

Saturday, November 07, 2009

GPTD @ Newcastle

Newcastle- 6 November 2009 / 18 Zulkaedah 1430 - Saudara Jufitri Joha Pengerusi GPTD telah mengunjungi Newcastle untuk membuat perbincangan tidak rasmi dengan wakil GPTD di sana. Proses perbincangan berjalan lancar bagi memastikan GPTD boleh bertapak dan bergerak di UK dan Eropah bagi mengajak lebih ramai para pelajar di sini membuat kerja-kerja kesukarelaan di pentas antarabangsa.

Wednesday, November 04, 2009

Semoga Kamil Berjaya



GPTD dari peringkat kepemimpinan tinggi ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr Mohd Kamil Bin Ab Halim, koresponden GPTD di Korea yang dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) 2009/2010.

Pencalonan ini juga adalah satu kejayaan yang harus dipuji kerana bukan mudah untuk dicalonkan dalam PPMK yang merupakan satu persatuan besar yang mewakili semua pelajar Malaysia di Korea yang berjumlah lebih 400 ahli.

Kami mendoakan agar kejayaan seterusnya dalam memenangi kerusi Presiden PPMK menjadi milik Sdr Kamil memandangkan komitmennya yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dapat dilihat dari prestasinya dalam Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) dan GPTD Kelantan.

Sdr Kamil dalam siri kempennya telah menubuhkan satu laman blog untuk tatapan umum bawah gagasannya 'Penerus Tradisi, Menyempurna Misi'. Dia juga terkenal dengan laman blog peribadinya 'Voice of Jundumay' yang mendapat hit lawatan harian melebihi 1000 orang.

Friday, October 30, 2009

Korban dari Pulau Kokos, Australia

Assalamualaikum.

Saya telah menerima hajat dari penduduk Melayu Islam Pulau Kokos untuk mengadakan ibadah korban di sini pada tahun ini. Mereka telah setuju untuk menyediakan pembayaran bagi pembelian seekor lembu untuk dilaksanakan ibadah korban bagi pihak mereka.

Memandangkan jaringan dan persaudaraan yang telah dijalin lama antara kita dan mereka, maka mereka mempercayai kita bahkan berhajat untuk kita (ABIM/GPTD/GPM) mengendalikan ibadah korban tersebut bagi pihak mereka.

Oleh yang demikian, sekiranya penggerak-penggerak GPTD berkemampuan dari segi masa dan tenaga serta mempunyai pengalaman untuk mengendalikan ibadah korban tersebut, saya tiada apa-apa halangan untuk menyerahkan wang tersebut kepada saudara/i dan seterusnya menguruskan pembelian lembu, menguruskan penyembelihan serta mengagihkan daging-daging korban tersebut kepada mereka yang berhak.

Saya merasakan perlunya aktivis-aktivis GPTD kita mengambil kesempatan ini untuk lebih terjun ke dalam masyarakat setempat dalam menyampaikan bantuan makanan kepada insan yang memerlukan dan sebagai salah satu medium latihan sebelum ke luar negara bagi menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.

Sekian.

Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa
Ahli Majlis Tertinggi GPTD

Nota GPTD : Korban ini akan dikendalikan oleh GPTD Unisel

Wednesday, October 28, 2009

Tahniah kepada Pengerusi


Negeri Sembilan, 28 Okt 2009 - Ucapan tahniah daripada kami seluruh jawatankuasa kepemimpinan GPTD dan ahli-ahli kepada Sdr Jufitri Joha, Pengerusi GPTD atas kelahiran anak keduanya pada awal pagi tadi.

Didoakan agar anak perempuan yang dilahirkan itu bakal menjadi srikandi harapan negara dan umat yang dibanggakan kelak atas jasanya terhadap agama dan masyarakat mengikut jejak langkah ayahnya.

Tuesday, October 27, 2009

Berita Daripada Grup Ashabul Kahfi Kemboja (2)

Phnom Penh - Alhamdulillah....satu perkembangan yang amat bagus...ni baru kali kedua saya datang ke interne cafe di sini.....ada ruang kosong sementara menunggu kedatangan sahabat setempat di sini , Soleh bin Zakaria untuk menziarahi keluarganya yang menetap di Phnom Penh. Semalam digunakan masa dengan urusan menziarah serta melawat penduduk di wilayah Chenang dibawa oleh Ahli Jawatankuasa CMIA . Mengikut Ustaz Farid ada sebuah sekolah kerajaan di wilayah ini yang berpotensi untuk diadakan kelas agama pada sebelah petangnya . Sama seperti di Malaysia yang kita panggil sekolah agama (KAFA). Mungkin ini yang pertama di Kemboja ini , mengikut Ustaz Farid. Cuma memerlukan sedikit dana bagi menggaji tenaga pengajar dan untuk merealisasikan rancangan tersebut. Insyaallah kita akan cuba usahakan .

Untuk Grup Ashabul Kahfi ini , saya ada merangcang untuk membawa mereka ke sini sebagai asas dan pengalaman awal dalam bersukarela di lapangan . Mungkin jika semua berjalan lancar dan dengan izin Nya , bulan 12 ini kami akan kembali dengan pengisiaaan yang lebih mantap dan lebih lama.

Saiful Islam
Ketua Grup Ashabul Kahfi
Phnom Penh

Friday, October 23, 2009

PROGRAM BELIA MABIMS TAHUN 2009

Jawa Barat, Indonesia- 19 - 24 Oktober 2009 / 30 Syawal - 5 Zulkaedah 1430 - Satu program Leadership Training Belia MABIMS telah diadakan bertempat di Ciater Subang, Provinsi Jawa Barat Indonesia. Program yang bertemakan Meningkatkan Kompetensi Kepimpinan dan Daya Saing Belia Dalam Menghadapi Persaingan Global ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung pembangunan belia di kalangan negara-negara anggota, membincangkan isu-isu penyelesaian dalam menangani gejala sosial, memberi informasi mengenai aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuhan belia serantau, di samping mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat di kalangan NGO belia yang mewakili negara-negara anggota MABIMS.


Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Mohd Ajib bin Ismail(Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam), Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah JAKIM, telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Pengalaman Pengembangan Organisasi Belia Berdasarkan Pengalaman di Negara Malaysia”. Turut serta ke program tersebut ialah Saudara Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ustaz Ahmad Shahrom Zamri dari Bahagian Hadhari JAKIM, Ustaz Nasrul Hadi Rohani dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan saudara Noryzal Abidin yang mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga merupakan Timbalan Pengerusi GPTD.

Sepanjang 6 hari berada di sana, seramai 100 orang para peserta Program Belia MABIMS telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan seperti slot ''Outbound Leadership”, outdoor game, pembentangan kertas kerja, aktiviti dalam kumpulan, diskusi, ceramah umum dan pembentangan resolusi. Amat membanggakan, pertemuan Belia MABIMS pada kali ini turut dimeriahkan oleh penyertaan peserta di kalangan delegasi dari Afrika Selatan dan Thailand selain negara-negara anggota tetap MABIMS seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

GPTD China membantu muallaf




Kuala Lumpur, 30 September 2009 - Muallaf yang mendapat bimbingan Muhammad Suhail Ahmad, sukarelawan GPTD di Guangzhou, China telah bercuti ke Malaysia untuk beberapa urusan penting.

Dia telah direkodkan pengislamannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan nama Islamnya Ainul Mardhiyyah Mein Thien. Pujian dan penghargaan tinggi layak diberikan kepada JAWI yang memudahkan segala urusan.



Kad akuan memeluk Islam disiapkan JAWI tak sampai sejam selepas urusan dokumentasi disiapkan. Layanan dan kemesraan yang ditunjukkan para pegawai membuatkan Ainul terasa cukup gembira. Ainul juga telah dihadiahkan telekung, buku agama dan sejadah oleh JAWI.



Dalam kesempatan ini, Ainul juga dibawa berjumpa dengan Cik Normah, sukarelawan Islamic Outreach ABIM, yang mempelopori projek Mosque Tour di Masjid Negara. Pesanan dan semangat diberikan sebagai penjana semangat buat Ainul terus mengharungi cabaran dan dugaan menjadi seorang muslimah.

Selain itu, Ainul juga berkesempatan menerima rawatan pakar di Hospital Al-Islam Kg Baru dan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dan Melaka.

Thursday, October 22, 2009

Terbuka kepada ahli GPTD

Tawaran menyertai program anjuran International Movement for a Just World (JUST) kepada mana-mana ahli GPTD yang berminat.

Berikut adalah butiran program:


3rd Inter-civilizational Youth Engagement Program (IYEP3)
Ethics and the Global Economic Crisis: Pointers for the Future 22- 26 November 2009
Kuala Lumpur , MALAYSIA

Program akan disertai oleh belia-belia seluruh dunia. Ahli GPTD yang ingin menyertai program ini mestilah:

- Berumur antara 21 hingga 25 tahun
- Fasih berbahasa Inggeris (semua aktiviti dan perbincangan adalah dalam Bahasa Inggeris)

Kepada yang berminat, sila muat turun borang ini dan isikan butiran diri anda, dan emelkan kepada gptdhq@gmail.com sebelum 30 Oktober 2009.

[ Sila abaikan peraturan yang dipaparkan dalam muka surat 1 kerana GPTD dijemput khas untuk menghantar 2 orang wakil ]

Wednesday, October 21, 2009

Kuliah Umum dan Perbicangan Berkenaan GPTD Di Sheffield, UK

Rakaman Kuliah Umum Jufitri Joha berkaitan Isu Semasa, Aktivis Belia dan Idea Penubuhan GPTD di Sheffield, UK Sempena Pertemuan Eidulfitri MISG ABIM UK pada 27 Syawal 1430 H / 17 Oktober 2009 seperti di 'link' berikut :

http://www.ustream.tv/recorded/2371260