Wednesday, August 30, 2006

Deir Yassin Remembered



30 Ogos, 2006 - Muzium Negara, Kuala Lumpur - Baru-baru ini, GPTD Palestin, ABIM, GEPIMA, MPF dan GPM telah bersama-sama Malaysian Social Research Institute (MSRI)meneruskan tradisi program Deir Yassin Remembered (DYR) bertemakan "Stop The War, Save The Palestinian Children". Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat awam terutamanya masyarakat bukan Islam tentang penderitaan rakyat Palestin dan Lubnan terutamanya kanak-kanak di samping mengutip dana untuk membantu kanak-kanak Palestin. Antara panelis yang hadir ialah Duta Palestin, Dr. Chandra Muzaffar (JUST), Puan Bhupalan dan Puan Aliyah Fong Abdullah.

Untuk mengetahui apa itu DYR, sila layari http://www.deiryassin.org/

Selain itu, GPTD masih meneruskan program-program lain seperti terlibat dalam Program Persediaan Pelajar Ke Luar Negara (Rusia,Uk,US & Mesir), Program Persediaan Pasukan Imam-Imam Tahfiz GPTD ke Ausrtalia sempena Ramadhan, Program Persediaan Pertukaran Melayu UK-Malaysia, Hari Al-Quds Sedunia, Mesyuarat GPTD Eropah,Kempen Palestin dan Sri Lanka, dan Persidangan Isu Palestin Peringkat Asia.

Monday, August 07, 2006

Peristiwa Menarik Bulan Julai dan Ogos



7 Ogos, 2006 - Anjung Rahmat - Baru-baru ini, GPTD membuat kunjungan hormat kepada Puan Ainon, penasihat GPTD (gambar di atas). Beliau telah memberikan beberapa nasihat penting kepada pimpinan GPTD. Beliau juga bersetuju ubtuk membantu menjayakan Akademi Relawan Muda (Arena) GPTD sebagai pengetua pertama bagi melahirkan lebih ramai aktivis dan sukarelawan GPTD yang lebih berwibawa. Beliau juga bersetuju menjadi tuan rumah untuk Kem Latihan GPTD dan Program Penghayatan Ramadhan ABIM di rumah beliau di Janda Baik sempena kehadiran Ramadhan al-Mubarak.

MISG ABIM UK berhasrat menjadikan GPTD sebagai salah satu produk utama kaderisasi dan dakwah mereka. Satu perbincangan telah diadakan di Ulu Yam baru-baru ini yang dihadiri oleh Presiden MISG ABIM UK, saudara Akhmal serta timbalannya saudari Ain. Turut hadir saudara Wan Faizal (GPTD Moscow), Jazlan (GPTD Amerika Latin), Najmuddin (Ketua Europe Desk), Mali (Penolong Penyelaras 2 GPTD)dan Abang Suffian (Ex-MISG ABIM UK).