Sunday, July 16, 2017

JOM BARAAN-8 BERSAMA GPTD

Keistimewaan program  "Jom Baraan" kali ini bukan hanya disertai oleh ahli GPTD sendiri namun, terdapat juga penyertaan daripada dua orang pelajar luar negara iaitu dari negara Indonesia dan Peru.  

Dengan itu, pada 15 Julai 2017 yang lalu, GPTD telah menganjurkan program "Jom Baraan" kali ke lapan sebagai menghidupkan kembali budaya masyarakat Melayu Johor untuk menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah yang lain sambil berselawat, berzanji dan marhaban.

Oleh itu, program ini dimulakan dengan kehadiran ahli GPTD dan para peserta di pejabat GPTD, Gombak. Sebelum bermulanya konvoi Jom Baraan para peserta dihidangkan sarapan pagi terlebih dahulu dengan pelbagai hidangan. Antara hidangan yang disediakan oleh pihak GPTD adalah seperti soto, speggeti dan bihun sup.  Setelah selesai bersarapan pagi, Saudara Hanif telah mengetuai latihan berselawat secara beramai-ramai sebelum bertolak ke rumah pertama.



Sadara Hanif menerangkan tata cara selawat 

Sebelum memulakan perjalanan program Presiden GPTD iaitu Saudara Najmuddin telah memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan program pada hari tersebut. Selesai taklimat ringkas tersebut, perjalanan diteruskan ke rumah yang pertama iaitu di Sekinchan, Selangor dan merupakan  rumah mertua Presiden GPTD, Saudara Najmuddin itu sendiri. Setibanya kami di sini, kami memulakan majlis dengan berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Hanif.  Kemudiannya, kami disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti nasi impit, rendang ayam dan mi goreng.



GPTD di rumah pertama di sekinchan


Setelah itu, kami bertolak ke rumah mbah iaitu rumah datuk dan nenek kepada saudara Luqman iaitu salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi di GPTD yang memegang jawatan sebagai bendahari GPTD. Perjalanan  mengambil masa lebih kurang lima belas minit dari rumah yang pertama. Di sini kami disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa masyarakat Jawa seperti masak lemak kerang, lontong serta menu nasi sebagai makan tengah hari. 




Berdasarkan pandangan peribadi Rocio Ortiz (tengah) yang merupakan pelajar UIAM dari negara Peru sangat menggemari makanan dan kuih tradisional masyarakat Melayu terutamanya kuih bangkit. Tambahan beliau lagi, kuih tradisional tersebut "melting in the mouth, it's really tasty, never tasted biscuit like this before and I want to bake it myself". 

GPTD di rumah Mbah saudara Luqman di Sungai Besar


Setelah itu, kami bertolak ke rumah kedua di Klang, rumah salah seorang penasihat GPTD yang mengambil masa lebih kurang satu jam 20 minit. Di sini kami disajikan dengan menu istimewa makanan Jawa iaitu rocoh. Rocoh ialah sejenis pencuci mulut yang dimakan bersama biskut kering dan susu. Antara menu lain yang disajikan oleh tuan rumah ialah mi bandung dan spaggeti. Menu-menu ringan seperti kuih raya tradisonal juga turut disajikan kepada kami di setiap rumah yang kami kunjungi. 

GPTD di rumah salah seorang relawan GPTD, Saudari Najihan

Demikianlah perjalanan Jom Baraan-8 pada tahun ini. Sesungguhnya konvoi kali ini banyak memberi erti kepada kami terutamanya ahli GPTD keseluruhannya. Diharapkan semoga perjalanan konvoi baraan yang akan berlangsung pada tahun hadapan akan lebih bermakna lagi.






















Monday, July 10, 2017

INFO & TIPS (INTIP) – TARIKH KITA





SAIDINA UMAR AL-KHATTAB MEMELUK ISLAM

Nama sebenar Saidina Umar Al-Khattab adalah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdilla bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Beliau berketurunan Arab Quraisy dari kabilah Bani Adi. Umar Al-Khattab terkenal dengan sikap bengisnya. Beliau terkenal sebagai seorang yang kejam dan dilantik sebagai duta kaumnya untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Pengikut dari kabilah lain juga amat takut pada beliau. Malah, sebelum memeluk Islam, Umar pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup. Ini adalah pengakuan beliau sendiri kepada para sahabat setelah beliau memeluk Islam.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam kenabian rasulullah s.a.w. Pada waktu itu beliau berumur 27 tahun. Telah diriwayatkan hati Umar bergoncang untuk menerima Islam setelah mendengar adiknya yang bernama Fatimah membaca Al-Quran surat Thaha ayat satu hingga ayat enam. Tindakan beliau memeluk Islam benar-benar menggemparkan masyarakat Quraisy. Ini disebabkan Umar adalah orang yang paling membenci dan menentang Islam namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Selain itu, dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabrani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab". Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar".

Setelah memeluk Islam, Rasulullah s.a.w menggelarnya sebagai al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang hak dan batil. Dengan Islamnya Saidina Umar Al-Khattab, mereka sebelum ini solat dalam ketakutan telah berani untuk solat secara terang-terangan di Baitullah. Kaum Musyrikin Mekah tidak lagi berani untuk mengganggu mereka beribadah kerana Umar berada di situ.

Thursday, July 06, 2017

JOM BARAAN kembali lagi dengan edisi ke-8!






JOM BARAAN UNTUK KALI KE-8!

Selamat Hari Raya kepada semua😁. Sempena sebulan merayakan Syawal yang mulia ini, GPTD bakal mengadakan sebuah program yang dikenali sebagai Jom Baraan. Alhamdulillah, program Jom Baraan GPTD kali ini telah masuk tahun ke-8. Program ini hanya dijalankan setahun sekali pada bulan Syawal sahaja.

Pada 15 Julai 2017 ini, kita akan berkumpul di pejabat GPTD di Jalan Gombak & menaiki bas khas beramai-ramai bermula jam 8.00 pagi. Sasaran Baraan kita pada tahun ini adalah 5 buah rumah di sekitar Kuala Lumpur/Selangor. 


Tarikh : 15 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi sehingga selesai
Lokasi Berkumpul : Masjid Al-Syakirin, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Gombak

Busana : Baju Kurung / Baju Melayu
(Yuran penyertaan hanya RM25 untuk ahli GPTD dan RM30 untuk orang awam)

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut atau berminat untuk sertai? Hubungi kami segera di talian 017-896 6649 atau 


p/s: Program ini terbuka untuk semua. Dialu-alukan utuk membawa rakan-rakan, adik abang kakak, keluarga & sanak saudara untuk turut serta. 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi hotline kami di talian 017-896 6649 atau klik link http://GPTD.wasap.my .


Sekian, terima kasih.

Monday, July 03, 2017

KEMASUKAN BARU PELAJAR LATIHAN INDUSTRI KE GPTD










Minggu ini (3 Julai 2017), GPTD menerima dua orang pelajar Latihan Industri (LI). Masing-masing pelajar jurusan Sastera (LInguistik). 


Selamat datang diucapkan kepada dua orang lagi pelajar Latihan Industri (LI) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Sdr. Zaid dan Shahrul.
Rezeki mereka melapor diri hari ini kerana dapat bertemu dengan Pengerusi GPTD iaitu Saudara Muhammad Suhail yang baru pulang dari Somaliland.

Berikut adalah rutin minggu pertama menjalani LI di GPTD. 


Saudara Zaid dan Saudara Shahrul mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi GPTD


Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di GPTD wajib melakukan pembentangan berkaitan subjek yang dipelajari di institusi masing-masing.


Pembentangan dimulai dengan 'Pengenalan Linguistik' oleh Saudara Shahrul


Kupasan perkataan 'Giler' atau 'Gile' oleh Saudara  Zaid



Saudara Zaid menunjukkan cara menggunakan IPA (International Phonetic Alphabet) dalam pelbagai bahasa