Wednesday, March 15, 2006

Seminar DMDI dan Lawatan ke Rakan Muda


13 Mac 2006 - Seremban - GPTD telah menyertai Seminar Dunia Melayu Dunia Islam anjuran Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (SDMDI). Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Seminar ini menbariskan tokoh-tokoh Melayu Nusantara seperti Pak Tenas; tokoh pemimpin adat Melayu daripada Pelalawan, H.M. Rusli Zainal;Gabenor Propinsi Riau, Datu Pax S.Mangudadatu; Gabenor Propinsi Sultan Kudarat Mindanao, M.Usoof J.Cuttilan daripada United Kingdom dan lain-lain.

Seminar ini memfokuskan kerjasama yang dapat dijalinkan sesama dunia Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara Melayu Islam dilihat sebagai sebuah negara yang menjadi harapan umat untuk membantu negara-negara Melayu Islam yang lain. SDMDI boleh dikenali lebih dekat melalui laman sawangnya di http://www.melayuislam.org


14 Mac 2006 - Putrajaya - GPTD telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia Dan Sukan di Putrajaya dan bertemu Cik Azura Hj Sarbin dan Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli, kedua-duanya merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Lawatan pertama ini telah diaturkan oleh Puan Siti Ilham Bt. Sheikh Hussein, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang yang bertujuan untuk memperkenalkan GPTD dan merangka kerjasama antara dua pihak dalam program-program kemasyarakatan dan kesukarelawanan di peringkat antarabangsa.

Lawatan ini telah membuka ruang untuk GPTD terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti Rakan Muda yang merangkumi 9 Gaya Hidup dan sekaligus terlibat dalam program Anugerah Remaja Perdana (ARP). GPTD juga telah memperoleh nasihat dan tunjuk ajar yang amat berguna untuk memperkemaskan lagi corak pengurusan dan gerak kerja yang lebih komersial. Lebih banyak ruang aktiviti terutamanya aktiviti rekreasi dan kemasyarakatan akan dapat diadakan di masa hadapan. Diharap agar ahli-ahli GPTD dan PKPIM dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Gambar: Saudara Khairudin, Penyelaras GPTD menyerahkan tanda kenang-kenangan kepada Cik Azura, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda.