Wednesday, December 29, 2010

Projek Perpustakaan GPTD di Cirebon


KUALA LUMPUR, 29 Disember 2010 - Projek Perpustakaan GPTD di Cirebon telah dilancarkan pada 25 Disember lalu sempena program Perkongsian Pengalaman XPDC Wali Songo, Cheng Ho dan Kembara Mesir. Berita ini telah dimuatkan dalam KOSMO! bertarikh 28 Disember.

Projek ini adalah susulan kepada XPDC Wali Songo yang telah mengunjungi Maahad Ihya al-Muballighin Dakwah Bil Hal di Cirebon yang memerlukan sebuah perpustakaan bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan para pelajarnya yang tiada aktiviti pada waktu-waktu lapang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma buku atau sumbangan wang, sila hubungi Sdri Dalila (0193653019) selaku pengarah projek ini.

Adalah digalakkan menyumbang dalam bentuk wang kerana pembelian buku-buku di Indonesia lebih murah dan mudah.

Jom Jejak Belia Metropolitan!!!

Sukarelawan diperlukan seramai yang mungkin..
Berminat?
Hubungi nombor tertera di poster..
Jom Jejak!!!

Monday, December 20, 2010

KEMBARA AMAL 2010



Kota Marudu, 19 Disember 2010 – ABIM Sabah dengan jayanya meneruskan program tahunan yang cukup berkesan dan menarik iaitu diberi nama Kembara Amal. Pada tahun ini adalah kali yang ke 6 program itu dijalankan di Negeri Sabah.

Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD, telah dipilih untuk menyertai program anjuran ABIM Negeri Sabah tersebut. Kembara 6 hari 5 malam ini bermula di Kota Kinabalu menuju ke daerah Kota Marudu dan berkampung di empat buah kampung tertentu di daerah tersebut.

Hampir 40 orang peserta dari ABIM Kota Kinabalu, ABIM Ranau, ABIM Kota Marudu dan wakil dari Majlis Belia Brunei telah menyertai kembara amal ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menziarahi penduduk kampung, forum dialog yang membincangkan keindahan Islam, forum kekeluargaan, gotong royong kubur dan masjid, sukaneka dan banyak lagi. Aktiviti kemanusiaan sebegini mampu menjadikan peserta dan penduduk kampung begitu mesra.

Program yang berkonsepkan dakwah dan penghayatan nilai Islam ini berjaya bukan sahaja menarik minat penduduk kampung, tetapi ia juga merapatkan ukhwah yang begitu erat antara peserta.

Semoga keindahan ukhwah ini sentiasa dipelihara olehNya dan usaha dakwah dan misi Rahmatan lil Alamin di Sabah ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.


Perkongsian Pengalaman : 3 XPDC

Tarikh: 25 Disember 2010
Tempat: Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari


Mari sama-sama memeriahkan lagi program ini.
Masuk Percuma!!!
Terbuka kepada semua.

Bagaimana untuk ke tempat ini?

1. Kenderaan sendiri, sila lihat pada peta di bawah.


View Pusat Pembangunan Belia Islam in a larger map


2. Pengangkutan Awam :
- Sila naik LRT ke stesen Taman Melati atau Terminal Putra Gombak- naik teksi ke Taman Cemerlang (jarak sekitar 1 km - RM 3)

Saturday, December 18, 2010

KURSUS PENULISAN KREATIF FIKSYEN & NON-FIKSYEN

16 Disember 2010, Kuala Lumpur - Aktivis GPTD, Wan Ritini Binti Wan Ismail telah mewakili GPTD & ABIM menyertai "Kursus Penulisan Kreatif Fiksyen & Non Fiksyen" yang diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya dari 14-16 Disember 2010.

Kursus tersebut mendedahkan peserta untuk berkarya dan memantapkan lagi bakat dalam menghasilkan karya yang mampu mendidik masyarakat.

Antara panelis yang mengisi pada kursus tersebut ialah Prof Dr. Mohd Sidin Ahmad Ishak, Universiti Malaya, Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS, Dato’ A.Samad Said, Sasterawan Negara, Prof Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara, Tuan Haji Malim Ghozali PK, Tuan Haji Hasanuddin Mat Isa, Tuan Haji Hasanuddin Mat Isa dan Tuan Mohd Yusry Mohd Yusopp, Editor Perolehan PTS.

Semoga kursus dapat dikongsi bersama ahli-ahli dan terus konsisten dalam bidang penulisan demi memartabatkan bidang ini setaraf dengan bidang lain di mata dunia.

Thursday, December 16, 2010

Malam Taaruf GPTD Unisel

Bestari Jaya, 15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432H - Malam Taaruf GPTD Unisel telah berlangsung dengan jaya di Dewan Senat dengan kehadiran daripada kepemimpinan GPTD Pusat, Pelajar Indonesia (Program pertukaran pelajar IKMI), sukarelawan baru & lama. Acara bermula dengan ucapan Presiden GPTD Unisel, Sdr Muhammad Izzat Chiairil Anuar."Terima kasih kepada sukarelawan baru yang telah memilih organisasi yang betul untuk melakukan transformasi diri & sosial", kata Izzat dengan penuh semangat. Kemudian penasihat, En Izwan Suhadak telah menyampaikan syarahan tentang konsep GPTD=(AIS=AIR)+3M sebagai sebuah gagasan untuk sukarelawan hayati.

Sdri Hdariyani Kampun, selaku Setiausaha merangkap Pengarah program telah berkongsi pengalaman dalam 3 XPDC yang pernah diikutinya iaitu XPDC HAMKA, XPDC WALI SONGO & XPDC CHENG HO. Pada malam tersebut dilancarkan Grup Ibn Battutah yang akan melaksanakan XPDC IBN BATTUTAH pada pertengahan tahun 2011. Pada akhir acara sukarelawan bersetuju untuk melaksanakan Misi Bantuan Kebakaran di Kg Rantau Panjang yang akan diketuai oleh Sdr Mohd Helmy.

Tuesday, December 07, 2010

Salam 1432H

Sunday, November 07, 2010

XPDC Wali Songo Bantu Mangsa Merapi


KLATEN, 1 November / 24 Dzul Qa'idah - Aktivis GPTD seramai tujuh orang yang sedang mengikuti XPDC Wali Songo telah berpeluang menghulurkan tangan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana letusan Gunung Merapi.



Bantuan tenaga relawan telah diberikan melalui Global Peace Mission Malaysia (GPM) dengan kerjasama Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) yang telah membuka Posko Peduli Merapi di Ngrancah Bumiharjo Kemalang Klaten.

Pengagihan selimut, bantal, tuala, tikar dan alas tidur kepada mangsa bagi keselesaan mereka di kawasan pengungsian adalah antara bantuan tenaga yang telah diberikan.

Kesempatan yang tidak diduga ini pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kesemua aktivis GPTD yang terlibat dapat merasakan sendiri kepayahan hidup masyarakat di negara jiran yang tinggal berdekatan garisan gunung berapi.


Antara masalah yang dihadapi para mangsa bencana ialah anak-anak mereka tidak bersekolah disebabkan sekolah-sekolah berdekatan telah dijadikan pusat pengungsian. Hanya terdapat sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Darurat.

Di sini aktivis GPTD akan mengadakan aktiviti menarik bagi pengisian minda dan rohani anak-anak yang berusia sekitar enam hingga 12 tahun.

Thursday, November 04, 2010

XPDC WALI SONGO PULAU JAWA


1 November 2010 / 24 Zulkaeda 1431 H -GPTD UNISEL telah berlepas ke Pulau Jawa Indonesia bagi merialisasikan program yang dirancang iaitu XPDC Wali Songo. Mereka yang dijangka berada di sana selama 2 minggu akan menggunakan sepenuh masa untuk gerak kerja mengkaji Wali Songo serta melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang diperlukan di sana.



Seramai 5 aktivis GPTD UNISEL menyertai XPDC kali ini. Turut serta mengiringi mereka ialah Naib Presiden GPTD, Saudara Izwan Suhadak dan Exco Pusat GPTD Saudari Siti Nur Dalila. Untuk mengikuti jejak XPDC ini boleh layari blog GPTD UNISEL.

Semoga misi ini berjaya dan mendapat keberkatan dariNYA.

Wednesday, October 27, 2010

Rintihan Pakistan



Saat rakyat Malaysia berpusu-pusu ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka lain pula kisahnya saudara Islam kita di Pakistan. Bencana banjir yang melanda negara tersebut pada awal bulan Ogos lalu memberi seribu satu kesan kepada kita.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana satu bencana yang menenggelamkan satu per lima daripada negara tersebut yang dihuni hampir 170 juta penduduk.

Alhamdulillah, kesempatan umur muda yang Allah berikan memberi peluang kepada saya untuk membantu dan berkongsi kesenangan bersama saudara-saudara Islam di Pakistan.

Saya terpanggil untuk memenuhi keperluan sukarelawan Global Peace Malaysia (GPM) untuk misi pertama ke Karachi, Pakistan.

Untuk bacaan seterusnya, sila klik di sini.

Sunday, October 24, 2010

Pertemuan PSU bersama GPTD Mesir


Kaherah, 22hb Oktober 2010
- Satu pertemuan telah diadakan antara Penolong Setiausaha, Saudara Hakim bersama GPTD Mesir di kediaman pelajar di Kaherah. Pertemuan diadakan ketika PSU masih berada di Kaherah sebelum bergerak ke Gaza.


Tujuan pertemuan adalah membincangkan gerak kerja yang boleh dilakukan oleh GPTD Mesir. Antara program awal yang mereka akan jalankan ialah menghadiri seminar di Kanada pada bulan Disember ini. Ini adalah salah satu jaringan hubungan sesama masyarakat di sana terutamanya GPTD Kanada dan tokoh-tokoh besar yang akan hadir di sana.

Thursday, October 21, 2010

Akhbar I Luv Islam (22-28 Oktober 2010 / 14-20 Zulkaedah1431 H) memaparkan personaliti saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Naib Presiden Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau juga merupakan ahli GPTD yang pernah menyertai Kem Bahasa Melayu GPTD di Sri Lanka pada tahun 2008.

Friday, October 15, 2010

Misi ke Gaza sudah berlepas




SEPANG, 13 Oktober / 11 Dzul Qa'idah- Saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Penolong Setiausaha Agung GPTD telah terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza anjuran ABIM dan Global Peace Mission (GPM) dalam rangka meneruskan projek membangunkan kilang roti di sana.

Hakim bersama Setiausaha Agung ABIM dan Pengarah Operasi Kemanusiaan GPM telah berlepas ke Kaherah hari ini pada pukul 9.20 malam dengan diiringi oleh pemimpin ABIM dan GPM serta rakan-rakan GPTD yang turut menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

GPM menjangkakan Hakim akan berada di sana selama dua bulan dan akan diganti dengan dua sukarelawan lain untuk tempoh empat bulan selepas itu. Pengarah Operasi Kemanusiaan GPM juga dijangka berada di sana dalam tempoh enam bulan untuk memantau perjalanan operasi kilang roti tersebut.

Peluang yang sama akan ditawarkan kepada mana-mana relawan GPTD yang telah menunjukkan komitmen padu dalam aktiviti-aktiviti GPTD setelah mendapat persetujuan pihak tertinggi. Oleh yang demikian, GPTD menyeru para relawan khususnya mereka yang menyertai Himpunan Relawan 2010 untuk tidak melepaskan peluang ini.

Wednesday, October 13, 2010

Selami budaya Melayu Cham


KEMBOJA adalah negara yang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Rata-rata kita mengenali masyarakatnya melalui perniagaan kain di Malaysia.

Namun, kita jarang didedahkan tentang masyarakat Melayu Cham di Kemboja. Apatah lagi untuk mengenali negara Champa yang sudah lenyap dari peta dunia.

Kesempatan mengenali masyarakat Melayu Cham telah saya manfaatkan sebaiknya dalam misi bantuan pakaian sempena Aidilfitri anjuran Global Peace Mission (GPM), baru-baru ini.

Monday, October 11, 2010

Wacana Cheng Ho dan Wali Songo

Bestari Jaya , 25 September / 16 Syawal - GPTD UNISEL dengan jayanya telah menganjurkan Wacana Cheng Ho dan Wali Songo dengan pengisian disampaikan oleh Saudara Muhammad Suhail Ahmad, Presiden GPTD dan Saudara Mohd Akmal Md Noor, mentor Grup Wali Songo.


Saudara Lee Shi Wei, Pengarah program tersebut berpuas hati dengan kesungguhan peserta yang hadir pada waktu itu kerana partispasi aktif peserta dalam sesi perbincangan dan persembahan sajak dan multimedia yang diselang seli dengan pembentangan tokoh berjalan lancar.

Program wacana ini tidaklah bertujuan mengupas sejarah kedua-dua tokoh terbabit tetapi mencetuskan semangat kembara bagi meneliti kejayaan mereka. Cetusan dibuat secara percambahan idea yang terbit daripada coretan sejarah lalu dikaitkan dengan situasi hari ini.

Rata-rata peserta kelihatan cukup bersemangat untuk meneladani tokoh-tokoh terbabit yang terbukti kejayaan mereka. Pendekatan GPTD yang mengajak para peserta menjejaki tokoh-tokoh ini untuk diteladani bagi melahirkan kepimpinan berwibawa dilihat mendapat sambutan baik. Adalah diharapkan kesungguhan peserta yang hadir akan berterusan selamanya.

Friday, October 08, 2010

Kunjungan ke Muslim Council of Britain

London - 23 September / 14 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengambil kesempatan mengunjungi Sekretariat Muslim Council of Britain (MCB) di Timur London sebelum berangkat pulang ke Malaysia. MCB merupakan sebuah pertubuhan besar yang menaungi lebih daripada 400 pertubuhan Islam di seluruh United Kingdom. Saudara Jufitri disambut oleh saudara Nawaf Ibrahim, Pengurus Eksekutif MCB. Banyak perkara yang telah dibincang bersama meliputi kerjasama di masa hadapan dan pertukaran jaringan strategik bersama.

Wednesday, October 06, 2010

Seminar Pemikiran Wali Songo di Surabaya


Surabaya, 3 Oktober 2010 - Naib Presiden GPTD, Sdr Izwan Suhadak telah mengikuti Seminar Pemikiran : Membedah Visi Da'wah Wali Songo anjuran IMAN selangor & Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia, Jawa Timur. Kehadiran seramai 200 orang peserta daripada seluruh Indonesia serta 16 orang delagasi ulama dari Malaysia telah mendengar dengan tekun dan turut terlibat dalam sesi soal jawab. Pembentang daripada Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaki Pensyarah CITU, UiTM dan Ust. Nik Yusof YDP IMAN Selangor. Manakala dari Indonesia Prof Dr Aminudin dan Prof Dr Ali Musfrodi masing-masing dari Universitas Negeri Surabaya dan IAIN Sunan Ampel.

Sebelum itu, Sdr Izwan bersama rombongan dari Malaysia sempat ziarah ke Masjid Ampel, Makam Sunan Ampel, Makam Syeikh Malik Ibrahim, Makam Syeikh Maulana Ishak (Bapa Sunan Giri), Makam Sunan Giri di sekitar wilayah Jawa Timur. Kesempatan ini adalah tinjauan awal dan persediaan untuk XPDC Wali Songo yang akan berlangsung pada 1-14 November 2010. Di setiap destinasi makam pasti kehadiran tetamu untuk berziarah akan penuh dengan bacaan tahlil untuk disampaikan kepada wali Allah. Semangat dan hikmah dakwah mereka patut diteladani dan diadaptasi dalam waqi' setempat.

Monday, October 04, 2010

Pengerusi GPTD Hadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization

Sarajevo - 19 September / 10 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Ibu Kota Bosnia Herzegovina yang terkenal dengan jolokan Jerusalem Eropah. Lawatan selama 5 hari di bumi Balkan tersebut adalah dalam kerangka menghadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan Association of Muslim Social Scientists (AMSS) United Kingdom. Saudara Jufitri juga sempat menjejaki kesan-kesan perang Bosnia tahun 1991 serta projek kemanusiaan ABIM. Selain itu, beliau turut meninjau ruang-ruang untuk GPTD menghantar sukarelawan sepenuh masa bagi menyambung semula projek kemanusiaan yang telah diusahakan oleh ABIM semasa Perang Bosnia.

Kunjungan selama 5 hari tersebut banyak mempertemukan saudara Jufitri dengan pelbagai tokoh - tokoh umat, Ngo, Alumni UIA Bosnia dan misi perdagangan.

Tuesday, September 21, 2010

Jom Baraan @Johor Meriah

Batu Pahat, 18 September 2010 - Alhamdulillah, Jom Baraan @Johor telah diadakan pada 18/9/2010 dengan meriah sekali. Objektif untuk mengnali budaya marhaban di Johor tercapai. Pelbagai lagu marhaban dilaungkan juga bacaan rawi berzanji diperdengarkan kepada peserta yang mengikuti program ini. Seramai 17 orang peserta yang hadir dan sebanyak 5 buah rumah telah di kunjungi bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri dan menghidupkan kembali tradisi masyarakat melayu jawa di sekitar negeri Johor( Batu Pahat dan Muar) termasuk juga Melaka.

Segalanya berjalan lancar. Dikesempatan ini, kami merakamkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program Baraan@Johor secara lansung atau tidak. Mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meneruskan budaya dan tradisi masyarakat melayu supaya generasi mendatang dapat merasai dan mengekalkan warisan nenek moyang kita. Salam lebaran 1431 Hijrah!

Koleksi gambar sila klik di sini.

Monday, September 20, 2010

Penangguhan Kem SAKTI

Perhatian!!!

Kem Asas Kesukarelaan & Jati Diri (SAKTI) yang dijangka berlangsung pada 24-26 September 2010 terpaksa
DITANGGUHKAN

atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapt dielakkan. Kepada peserta yang telah mendaftarkan diri terima kasih atas kesabaran menunggu. Kepada yang belum daftarkan diri penyertaan masih dibuka.


Insyallah tarikh dan lokasi SAKTI yang muktamad akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima Kasih.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Kami dari Jawatankuasa penggerak GPTD mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli, para aktivis dan sukarelwan. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, salah perilaku ketika menjalankan program sepanjang pertemuan ini.

Sempena Aidilfitri ini marilah kita sama-sama bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan juga selamat hari raya kepada Pengerusi GPTD yang berada di UK, Timbalan Pengerusi yang berada di Pakistan sekarang menjayakan Misi Kemanusiaan GPM, semua ahli yang berada di luar negara, koresponden-koresponden GPTD di luar negara dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan misi-misi GPTD.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sunday, September 05, 2010

Misi Bantuan Kemanusiaan-Pakistan

GOMBAK : 9 SEPTEMBER 2010 / 30 RAMADHAN 1431 - Timbalan Presiden GPTD ,Mohd Shazni Abdullah akan berangkat ke Pakistan untuk misi kemanusiaan-banjir di sana anjuran untuk memberikan bantuan dari ABIM-PKPIM-WADAH di bawah kelolaan Global Peace Mission (GPM). Turut serta dalam misi ini ialah Doktor Syed dan Mejar (B) Syeikh dari GPM. Mereka yang akan menyambut hari lebaran di sana adalah bertujuan untuk memberikan sumbangan makanan sekaligus menaikan lagi semangat saudara-saudara Islam kita agar tabah menghadapi ujian ini.

Misi selama seminggu ini bakal menyaksikan sendiri bagaimana jerit perih kehidupan saudara Islam di Pakistan yang ditimpa bencana banjir yang digambarkan seolah-olah ‘Tsunami’ dalam bulan Ramadhan dan Syawal. Apa yang kita harapkan agar mereka selamat pergi dan pulang dalam misi yang mulia ini.

Semoga perjuangan dan pengorbanan mereka dinilai sebagai amal soleh di sisi-Nya.
Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan :


Semoga Misi Rahmatan lil Alamin terus berkembang ke seluruh Alam.
Ayuh doakan mereka..!!!

Saturday, September 04, 2010

Ramadan di Stockholm


Stockholm - 2 September / 22 Ramadan - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Sweden dalam lawatan kerja dua hari bagi memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa. Antara yang ditemui ialah Mr. Mehmet Kaplan, Ahli Parlimen Muslim dari Green Party. Di Sweden hanya terdapat 5 orang Muslim MP daripada 349 Ahli Parlimen. Beliau bertanding semula Pilihanraya 2010 pada 19 September ini dan berpeluang cerah untuk menang dan membentuk kerajaan.

Turut ditemui Clara Olander, Setiausaha Green Party; Samuel Sunesson, Parti Kristian Demokrat; Yasri Khan, Presiden Swedish Muslims for Peace and Justice; Omar Mustafa, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Sweden (SUM); dan Idah Klint, Pegawai di Swedish National for Youth Affairs.

Sweden mempunyai hampir 500 000 umat Islam daripada keseluruhan 9 Juta penduduknya.

Tuesday, August 31, 2010

Jom Baraan @ Johor


Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, GPTD berbesar hati ingin mengajak semua untuk bersama kami mengenali dan mengikuti tradisi BARAAN yang masih diamalkan di negeri Johor.

BARAAN ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sejak mereka mula mendarat di Malaysia dulu-dulu. [Untuk bacaan dan gambar BARAAN, sila baca laman ini]

Oleh itu, sesiapa yang berminat, sila hubungi HAKIM (017-6665958)atau BALQIS (013-9665135) untuk tempahan tempat duduk. Terhad kepada 40 orang saja.

Pengerusi GPTD Di Rancangan Di Luar Lingkungan

Friday, August 27, 2010

Jom Belajar Bahasa


Semua ahli GPTD hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT bahasa yang dikuasainya. Begitulah antara kualiti yang diinginkan untuk ahli-ahli.

Sudah tentu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Arab adalah TIGA bahasa utama. Jadi, anda perlu menguasai satu lagi bahasa asing bagi melengkapkan hasrat pengasas melahirkan pemimpin yang multilingual.

Oleh itu, kami sedang membuat tinjauan bagi membuka kelas bahasa Turki, Mandarin dan Perancis selepas Syawal ini. Masa dan hari masih belum ditetapkan. Tempat yang dapat disediakan ialah di bilik diskusi Global Peace Mission Malaysia, Gombak.

Thursday, August 26, 2010

Apa khabar umat Islam Itali?



KETIBAAN di Lapangan Terbang Torino, Itali disambut dengan penuh mesra oleh Irfan Azri Riccardo Perlo dan isterinya, Azreen Perlo.

Irfan baru beberapa bulan memeluk Islam, sekali gus menikahi gadis pilihan hatinya yang merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan sahabat baik saya ketika sama-sama menyertai program pertukaran belia satu ketika dahulu.

Bacaan lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive