Sejarah Penubuhan



GPTD telah diasaskan dengan nama Grup Pengkaji Tamadun Dunia oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman pada 2001 sekembalinya beliau dari Misi Eksplorasi Sepanyol. Idea penubuhan GPTD bertujuan menjadi alternatif kepada generasi muda untuk meneroka dunia berdasarkan semangat pengembaraan yang ditonjolkan para sahabat Nabi.

Terdapat 5 projek awal yang diusahakan GPTD iaitu Amerika Latin- Sepanyol, Perancis- Afrika, China, Pulau Kokos dan Asia Tengah- Turki.

Pada 2008, nama GPTD telah ditukar kepada Grup Penjejak Tamadun Dunia bagi menekankan aspek menjejaki sejarah sesebuah tamadun.

GPTD seterusnya telah didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada 2010 yang mencadangkan penukaran nama baharu sebagai Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (No. Pendaftaran: PPBM 6353/10).

Akronim GPTD tetap dikekalkan dan pendekatan baharu diperkenalkan dengan mewujudkan grup-grup bersaskan tokoh untuk diketengahkan sebagai ikon belia. Antara tokoh-tokoh yang dipilih ialah Cheng Ho, Wali Songo, Ibnu Battutah, Al- Fateh, Ibnu Khaldun, HAMKA dan Grup Khas Jejak Melayu.


Kesemua grup ini akan menjejaki tokoh-tokoh mereka di tempat kelahiran dan tempat-tempat lain yang pernah disinggahi mereka.