Wednesday, March 29, 2006

"Majlis Perhimpunan Sempena GPTD 5 Tahun"

29 Mac, Kuala Lumpur - GPTD telah melancarkan dan menggerakkan program besar 2006 iaitu "Majlis Perhimpunan Sempena GPTD 5 Tahun" . Majlis ini dijadualkan diadakan pada 10-11 Jun 2006 bersamaan 13-14 Jamadilawal 1427H (Sabtu-Ahad) bagi mengumpulkan penggerak-penggerak GPTD dan para belia yang berminat menyertai GPTD. Antara pengisian yang dirancang dalam program ini adalah seminar pengembara Islam dan ketamadunan, sidang penggerak-penggerak GPTD dan hari keluarga GPTD.

Diharap para penggerak GPTD dapat mengosongkan tarikh tersebut untuk menghadiri majlis perhimpunan ini. Ahli-ahli GPTD yang balik bercuti dari luar negara turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.