Saturday, July 30, 2011

GPTD Cheng Ho ke Singapura

29 Julai 2011, Kuala Lumpur - 5 orang aktivis GTPD Cheng Ho akan menjalankan misi Menjejaki Sejarah Keislaman Cheng Ho di Singapura. Mereka akan berada di sana dari 29 Julai -1 Ogos 2011. Tujuan misi ini adalah untuk menjejaki sebanyak mungkin tiggalan sejarah yang terdapat di Singapura.

Antara tempat yang akan dikunjungi ialah Persatuan Cheng Ho Singapura, pemegang kamus Cheng Ho dan lain-lain lagi. Mereka semua juga akan merasai untuk menikmati suasana terawih dan puasa masyarakat di sana.

Wednesday, July 27, 2011

Wakil Sri Lanka GPTD ke Malaysia

26 Julai 2011, Kepong - GPTD telah menerima kunjungan wakil dari Sri Lanka iaitu Pakcik Asmone yang merupakan pengiring Grup Gptd Sri Lanka sepanjang misi kesukarelaan ke Sri Lanka pada tahun 2009.

Sesi perjumpaan telah diadakan di rumah Puan Ain Najwa dan seramai 6 orang exco dan ahli gptd yang turut serta. Sepanjang berada di Malaysia, Pakcik Asmone dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.