Kuala Lumpur - 27 Februari - 3 Mac 2006 - Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang minggu ini. Pada hari Isnin, saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menyampaikan ceramah bertajuk "Palestine Issue From The Perspective of Legal Laws" di Matriks UIA Petaling Jaya. Beliau turut menyentuh mengenai penubuhan Institut Al-Quds cawangan Malaysia yang berpengkalan di Lubnan.
Pada hari Selasa, GPTD telah mengunjungi Ustaz Hasrizal Abd Jamil yang merupakan Pakar Sejarah Turki di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Laporan lanjut sila buka http://gptd-turki.blogspot.com.
Pada hari Rabu, saudara Jufitri Joha telah menghadiri pertemuan dengan para peserta "RISEAP Imam Course" di Islamic Outreach ABIM (IOA) Ampang. Para peserta berasal dari pelbagai negara seperti Vanuatu, Sri Lanka, China, Filipina dan lain-lain. Saudara Jufitri sempat berbual dengan saudara Dawud dari Papua New Guinea yang menyatakan di ibu negara mereka iaitu Port Moresby, bilangan penduduk Islam sudah semakin bertambah terutamanya selepas lawatan Dr. Mahathir Mohamed ke sana ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and the Pacific atau RISEAP boleh dikenali di www.riseap.org.my.
Pada sebelah petangnya GPTD telah menyerahkan Watikah Perlantikan saudara Khairul Anuar Kamaruddin (Gambar di atas) sebagai Wakil GPTD Di Australia. Beliau dijangka berlepas ke Sydney, Sabtu ini untuk menyambung pelajaran beliau dalam bidang Geologi. Seterusnya GPTD telah mengadakan diskusi isu antarabangsa bersama saudara Azril Mohd Amin, Naib Presiden Antarabangsa ABIM. Antara yang dibincangkan adalah Persidangan "International Islamic Federation Of Student Organisation" (IIFSO) di Algeria. Pada sebelah malamnya pula, saudara Jufitri Joha telah menghadiri mesyuarat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan terus menyertai rombongan GPTD berkunjung ke Kolej Dar al- Hikmah untuk bertemu dengan ahli GPTD Kemboja yang akan ke Kemboja untuk melaksanakan Pogram Khidmat Sosial di Kemboja pada bulan ini. Berita lanjut mengenai Kemboja boleh dilawati di www.everydaykh.com
Pada hari Khamis pula GPTD menerima kepulangan saudara Noryzal Zainal Abidin, aktivis GPTD di Tasmania, Australia yang telah menamatkan khidmatnya di sana sebagai Imam kedua di Masjid Hobart. Belia telah bertemu dengan Encik Ahmad Azam Abdul Rahman, Penasihat GPTD di Wangsa Melawati dan dijangka diberikan "assignment" baru bagi meneruskam misi Rahmatalila'lamin. Pada sebelah semalamnya pula GPTD telah mengadakan pameran dan ceramah mengenai GPTD dan Eksplorasi Sepanyol di Matriks UIA Petaling Jaya.