Saturday, March 18, 2006

Iqra Circle Pimpinan Baru GPTD


17 Mac, 2006 - Gombak - Pimpinan baru GPTD telah mengadakan "Iqra Circle" mereka yang pertama di kediaman baru Penasihat GPTD iaitu Encik Ahmad Azam Abdul Rahman di Taman Permai Jaya. Turut hadir ialah saudara Noryzal Zainal Aidin; bekas aktivis GPTD di Tasmania, saudara Zaidi Dailamy; aktivis GPTD di Aceh dan saudara Mujahedd Mohd Nasir; Ketua GPTD Uzbekistan.

Saudara Ahmad Azam menyentuh tentang soal "Al-Jahdu" yang mengandungi 3 elemen utama iaitu 1.Mujahadah (mengawal hawa nafsu) , 2. Jihad (menginfaqkan harta ke jalan Allah) dan 3. Ijtihad (aspek aqal dan keilmuan). Ketiga-tiga elemen ini perlu ada pada setiap aktivis-aktivis GPTD bagi memastikan kejayaan dan kelancaran program-program GPTD di pentas antarabangsa.