Friday, April 07, 2006

Diskusi Keamanan - UNISEL




5 April 2006 - Batang Berjuntai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah mengadakan ‘Diskusi Keamanan’ yang telah diadakan di Universiti Industri Selangor (UNISEL) Batang Berjuntai. Program itu telah disampaikan oleh saudara Mohd Hilmi Ramli wakil PKPIM dan saudara Noryzal Zainal Abidin wakil GPTD. Program ini bertujuan memperkenalkan PKPIM dan GPTD kepada mahasiswa UNISEL serta menarik minat mereka unuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Turut hadir saudara Izwan Suhadak Ishak (Timbalan Pengerusi GPTD), Mohd Akmal Mohd Noor (Penolong Penyelaras 2) dan Abdul Hakim Shahbuddin (Biro Bahasa dan Linguistik GPTD).