Sunday, September 28, 2014

GPTD buka pameran di Shah Alam



28 September 2014, Shah Alam - GPTD telah membuka pameran dalam Seminar Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Masih berkesempatan bagi yang ingin hadir ke sini.


GPTD juga diberi peluang untuk berkongsi pengalaman & aktiviti kepada peserta yang hadir sebelum program bermula.




Tuesday, September 23, 2014

Ziarah Tokoh (ZiTo) bersama Dr Mohamad Alinoor



23 September 2014, Kajang - GPTD telah mengadakan Ziarah Tokoh(ZiTo) bersama Dr Mohamad Alinoor Bin Abdul Kadir di Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Darul Hikmah,Kajang.

Antara tujuan utama ziarah adalah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan tentang Melayu di Madagascar bagi projek yang akan GPTD laksanakan. Beliau turut berkongsi maklumat berkaitan Melayu Nusantara.

Selain itu, beliau juga memberi kaedah bagaimana menghasilkan kajian yang baik dan berkesan.



Sunday, September 21, 2014

Program Cuti Sekolah meriah

20 September 2014, Gombak - Telah berjalan program Cuti sekolah GPTD 2014 selama seminggu yang dibahagikan kepada dua prgram iaitu Cuti Sekolah @ Lantai Tiga dan Keluar Pagi Balik Petang.  


Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai memberikan kerjasama yang baik sekali.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan aktiviti bersama anak-anak.

Terima kasih kepada semua relawan yang memberikan komitmen sepanjang program. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Harapan kami program ini tidak berakhir di sini. Antara objektif kami menjadikan Lantai Tiga satu pusat hentian kepada adik-adik untuk dijadikan tempat belajar, berehat, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Kami juga menjemput semua yang berkelapangan ada masa jangan malu jangan segan datang ke sini.

Moga segala usaha dilakukan semua pihak sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Sunday, September 07, 2014

Selamat Hari Lahir Presiden GPTD

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail Ahmad.

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan tuan presiden sekeluarga. Moga sentiasa terus sakti dalam meneruskan misi rahmatan lil alamin.

Saturday, September 06, 2014

Relawan GPTD ke Pulau Krismas


5 September 2014, Sepang - Telah berangkat seorang lagi relawan GPTD ke Pulau Krismas, Australia bagi melaksanakan misi rahmatan lil alamin.


Ustaz Azhar (tengah) akan bertugas menjadi relawan selama sebulan menggantikan sementara ketua Imam Pulau Krismas yg sedang mengerjakan ibadah haji.




Pulau Krismas juga seperti Pulau Kokos mempunyai komuniti Melayu yang ramai.

Friday, September 05, 2014

Tamat Pelajar Praktikal di GPTD



5 September 2014, Gombak - Hari ini merupakan hari terakhir bagi Saudari Yasmin; pelajar latihan industri jurusan Sosiologi & Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 3 bulan di GPTD.


Kami di GPTD memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang berada di sini. Berbekalkan pengalaman yang ditimba di sini, kami mendoakan agar Yasmin berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Ameen.

Wacana Katalog Baharu Manuskrip Dunia Melayu di UKM


4 September 2014, Bangi - Wakil GPTD telah menghadiri Wacana Katalog Baharu Manuskrip Dunia Melayu dalam Koleksi British yang disampaikan Ybhg. Dato' Dr. Annabel Teh Gallop di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Beliau berkongsi beberapa manuskrip asal tulisan Jawi dan Arab yang berada dalam simpanan Perpustakaan British termasuk surat-surat perjanjian, surat kenyataan, dan manuskrip Hikayat Raja Babi yang menjadi tumpuan para pengkaji manuskrip Malaysia dan Indonesia. 

Menariknya, manuskrip Melayu tersebut boleh diakses secara percuma di laman web British library: Endangered Archives (http://eap.bl.uk/)

Perjumpaan bersama Wakil Relawan Pulau Kokos


4 September 2014, Gombak - Satu perjumpaan ringkas telah diadakan di Lantai Tiga bersama wakil relawan Pulau Kokos, saudara Hanif membincangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selepas pulangnya mereka dari misi khidmat bakti selama sebulan di sana.


Antara yang dibincangkan ialah penyediaan laporan lengkap sepanjang aktiviti mereka di sana di samping penambahbaikkan yang perlu dilakukan. Selain itu juga satu sesi perkongsian pengalaman sedang diatur dijangka hujung bulan September. Segala kemaskini akan dimaklumkan di sini.

Tuesday, September 02, 2014

Relawan Pulau Kokos Selamat Pulang


1 September 2014, Sepang - Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah air relawan Pulau Kokos, Australia yang menabur bakti di sana selama sebulan.

Hanya 4 orang yang kembali untuk meneruskan pengajian mereka di universiti manakala seorang lagi relawan masih berada di sana meneruskan misi rahmatan lil alamin.


Tahniah dan syabas atas usaha yang dijalankan. Insyallah satu sesi perkongsian pengalaman akan diaturkan bersama relawan dalam masa terdekat.