Friday, October 30, 2009

Korban dari Pulau Kokos, Australia

Assalamualaikum.

Saya telah menerima hajat dari penduduk Melayu Islam Pulau Kokos untuk mengadakan ibadah korban di sini pada tahun ini. Mereka telah setuju untuk menyediakan pembayaran bagi pembelian seekor lembu untuk dilaksanakan ibadah korban bagi pihak mereka.

Memandangkan jaringan dan persaudaraan yang telah dijalin lama antara kita dan mereka, maka mereka mempercayai kita bahkan berhajat untuk kita (ABIM/GPTD/GPM) mengendalikan ibadah korban tersebut bagi pihak mereka.

Oleh yang demikian, sekiranya penggerak-penggerak GPTD berkemampuan dari segi masa dan tenaga serta mempunyai pengalaman untuk mengendalikan ibadah korban tersebut, saya tiada apa-apa halangan untuk menyerahkan wang tersebut kepada saudara/i dan seterusnya menguruskan pembelian lembu, menguruskan penyembelihan serta mengagihkan daging-daging korban tersebut kepada mereka yang berhak.

Saya merasakan perlunya aktivis-aktivis GPTD kita mengambil kesempatan ini untuk lebih terjun ke dalam masyarakat setempat dalam menyampaikan bantuan makanan kepada insan yang memerlukan dan sebagai salah satu medium latihan sebelum ke luar negara bagi menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.

Sekian.

Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa
Ahli Majlis Tertinggi GPTD

Nota GPTD : Korban ini akan dikendalikan oleh GPTD Unisel