Gombak- 5 November 2009 / 17 Zulkaedah 1430 - Grup Tahfiz Ashabul Kahfi telah mengadakan pertemuan dengan wakil GPTD yang diwakili oleh saudari Jihan yang merupakan salah seorang Exco GPTD . Pertemuan ini diselitkan dengan sesi pengenalan yang lebih terperinci berkenaan Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia ini kepada ahli baru Ashabul Kahfi , saudara Azamuddin Al-Hafiz . Saudara Azamuddin yang kini menetap di Semenyih dan memilih profesion guru sebagai kerjaya disalah sebuah sekolah Sri Abim di Semenyih, betul-betul menunjukkan komitmen dan minat untuk menyertai Grup Ashabul Kahfi yang bernaung di bawah GPTD.
Pertemuan yang dihadiri oleh saudara Saiful sebagai Pengerusi Ashabul Kahfi dan saudara Hamzah ( sukarelawan AsKa untuk Projek Melbourne pada 2007 ) dan saudara Azamuddin diadakan secara santai dan terbuka di cafe bersebelahan Masjid UIA . Bermula dalam sekitar jam 9 malam dan berakhir sejam selepas itu , perbincangan diadakan secara dua hala dan memberikan ruang kepada saudara Azamuddin untuk bertanya secara langsung kepada wakil GPTD ( saudari Jihan yang ditemani seorang rakan ) dan reaksi serta hasil positif dari pertemuan dan perbincangan itu benar-benar memberikan maklumat yang tepat dan memuaskan berkenaan GPTD ini , hasil maklum balas dari saudara Azamuddin . Kredit buat saudari Jihan ( walaupun boleh diistilahkan sebagai bidan terjun menggantikan saudara Syazni yang kebetulan mempunyai komitmen lain pada malam itu ).
Ashabul Kahfi kini dalam usaha untuk memperkembangkan gelombang dakwah dipersada arus perdana dikala masyarakat yang amat dahagakan dakwah dan tarbiyyah .Seraya itu Grup Ashabul Kahfi yang ingin memperkukuhkan jentera penggerak wadah ini , memerlukan seramai mungkin Ahlul Al-quran untuk bersama memikul amanah dakwah terhadap ummat tika ini . Atas dasar tersebut , Pengerusi AsKa , saudara Saiful Islam mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan beberapa Ex-DQ yang kini menyambung pengajian mereka di USIM pada 6 sehingga 7 Oktober bertempat di Nilai . Mewar-warkan misi dan visi serta pentaarufan ringkas berkenaan Grup Ashabul Kahfi dan GPTD umumnya sebagai langkah pertama memberi pengenalan . Diperkenalkan juga blog khas AsKa dan beberapa program yang pernah disertai oleh ahli AsKa semenjak 2006 sehingga sekarang . Maklum balas yang positif diterima dari kawan-kawan dan harapan agar bertambah seramai mungkin golongan huffaz yang bersedia menginfaqkan diri di dalam perjuangan dan persada dakwah ini . Menggunakan potensi dan kelebihan yang Allah letakkan secara pinjaman pada diri masing-masing.
Semoga Ashabul Kahfi ini akan bangkit dari tidur mereka yang lama dan lena....dan memperjuangkan Agama demiNya .