Friday, October 23, 2009

GPTD China membantu muallaf




Kuala Lumpur, 30 September 2009 - Muallaf yang mendapat bimbingan Muhammad Suhail Ahmad, sukarelawan GPTD di Guangzhou, China telah bercuti ke Malaysia untuk beberapa urusan penting.

Dia telah direkodkan pengislamannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan nama Islamnya Ainul Mardhiyyah Mein Thien. Pujian dan penghargaan tinggi layak diberikan kepada JAWI yang memudahkan segala urusan.



Kad akuan memeluk Islam disiapkan JAWI tak sampai sejam selepas urusan dokumentasi disiapkan. Layanan dan kemesraan yang ditunjukkan para pegawai membuatkan Ainul terasa cukup gembira. Ainul juga telah dihadiahkan telekung, buku agama dan sejadah oleh JAWI.



Dalam kesempatan ini, Ainul juga dibawa berjumpa dengan Cik Normah, sukarelawan Islamic Outreach ABIM, yang mempelopori projek Mosque Tour di Masjid Negara. Pesanan dan semangat diberikan sebagai penjana semangat buat Ainul terus mengharungi cabaran dan dugaan menjadi seorang muslimah.

Selain itu, Ainul juga berkesempatan menerima rawatan pakar di Hospital Al-Islam Kg Baru dan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dan Melaka.