Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Bengkel Penulisan Rencana


Dalam usaha memugar budaya ilmu di kampus Unisel Bestari Jaya. Gptd Unisel mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana seperti berikut : 

Tarikh : 16 Jun 2012, Sabtu 
Tempat : BS3, Fsktm Unisel 
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg 
Terbuka kepada semua. 
Yuran hanya rm15.00. Jika ahli GPTD perlu membayar rm10 sahaja. 

Jamuan dan sijil disertakan. Jika berminat sila DAFTAR segera. SMS dan hantar ke 019.205.3197 atau 013.391.7122. Terhad kepada 20 peserta.

Friday, March 30, 2012

Promo Video Kem SAKTI 6

Keterangan lanjut dan RSVP boleh dilihat di sini

Kembara sukarelawan antarabangsa bermula di sini!!!

Kini anda juga berpeluang untuk diserapkan ke dalam aktiviti kesukarelaan di pentas antarabangsa, khususnya di Asia dan Eropah!

Anda juga bakal menikmati keindahan flora dan fauna yang memukau di sepanjang kem ini. Ayuh rebutlah peluang yang bakal merubah hidup anda!

Temui mereka dan ramai lagi di KEM SAKTI 6, antaranya:

- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Motivator, Pengarah Urusan STC, penulis buku 'best-seller' termasuk 'Aku Terima Nikahnya')

- Saudara Jufitri Joha
(Pemenang Anugerah Belia Negara -Kepimpinan- Negeri Sembilan 2007, Eksekutif SPKB, Aktivis Belia Antarabangsa)

- Nor Helmee Zainal Abidin
(Pengarah Urusan Bil Hikmah Sdn. Bhd, Penerbit ar-Risalah TV9, Pengarah/Penerbit Jemputan Umrah Astro Oasis)

- Ustazah Nur Aqidah
(Peserta Program Ustazah Pilihan Astro Oasis)
___________________________________________

Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri (SAKTI 6) 2012
Tarikh: 20-22 April 2012
Tempat: Syamille Agro Farm & Resort, Kati, Kuala Kangsar, Perak.
Sasaran Peserta: Pelajar IPT & belia berumur antara 16-29 tahun.

Objektif:
1. Mendedahkan peserta kepada aktiviti kesukarelaan di dalam dan di luar negara.
2. Membina keyakinan diri dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk peribadi belia yang mampu menjadi agen perubahan positif di dalam masyarakat.

Aktiviti:
- Pembentangan Tetamu Jemputan
- Aktiviti Berkumpulan
- Kembara Air Terjun
- Diskusi Grup
- Riadah Bermodul
- Solat Berjemaah & Qiamullail

Yuran: RM250 RM200 seorang (termasuk kit peserta, t-shirt, penginapan, makanan & aktiviti sepanjang program).

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat GPTD di talian 012-6980568 / 013-2225608 / 03-41084500

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012

Tuesday, January 10, 2012

Program Pertukaran Belia ke Luar Negara




Monday, January 02, 2012

Ayuh ikuti pendedahan eksklusif

Saturday, August 13, 2011

'Jom Baraan' Datang Lagi


GPTD mengalu-alukan penyertaan ramai untuk merasai pengalaman kemeriahan meraikan Aidilfitri mengikut budaya Baraan Johor. Sila klik di sini untuk informasi selanjutnya.

Thursday, February 03, 2011

Kem SAKTI V Kembali!!!

Anda berminat dengan GPTD? Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kami? Anda baru mendaftarkan diri sebagai ahli? Anda ingin terlibat dengan gerak kerja di luar negara?

Sertai kami dalam Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri ke-5 (SAKTI V) pada 04-06 Mac 2011 bertempat di Nur Laman Bestari, Jalan Ulu Yam Baru, Selangor!

Tempat adalah terhad. Sila daftarkan nama penuh, no. kad pengenalan, no. telefon, no. & tarikh transaksi bank (ada pada slip) dan e-melkan ke gptdhq@gmail.com atau hantarkan ke 017 - 666 5958 (Sdr Hakim).

[Kem ini diwajibkan kepada semua ahli Grup Jejak Melayu, Grup Wali Songo, Grup Al-Fatih, Grup Ibnu Khaldun, Grup Ibnu Battutah, Grup Jil Salahuddin, Grup Tariq, dan Grup Cheng Ho.]

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Friday, January 07, 2011

Hari Keluarga kembali lagi

Ayuh beramai-ramai kita ke Hari Keluarga GPTD. Permainan menarik untuk merapatkan hubungan sesama kita. Hadiah juga menanti anda. Apa tunggu lagi, kita jumpa di sana.

Makanan: Potluck
Aktiviti: Running GPTD (program menarik, nak tahu jom sertai kami)
Bayaran: FOC
Penyertaan: Ahli GPTD dan bukan ahli (Digalakkan membawa ahli keluarga bersama)

Tuesday, August 31, 2010

Jom Baraan @ Johor


Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, GPTD berbesar hati ingin mengajak semua untuk bersama kami mengenali dan mengikuti tradisi BARAAN yang masih diamalkan di negeri Johor.

BARAAN ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sejak mereka mula mendarat di Malaysia dulu-dulu. [Untuk bacaan dan gambar BARAAN, sila baca laman ini]

Oleh itu, sesiapa yang berminat, sila hubungi HAKIM (017-6665958)atau BALQIS (013-9665135) untuk tempahan tempat duduk. Terhad kepada 40 orang saja.

Friday, August 27, 2010

Jom Belajar Bahasa


Semua ahli GPTD hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT bahasa yang dikuasainya. Begitulah antara kualiti yang diinginkan untuk ahli-ahli.

Sudah tentu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Arab adalah TIGA bahasa utama. Jadi, anda perlu menguasai satu lagi bahasa asing bagi melengkapkan hasrat pengasas melahirkan pemimpin yang multilingual.

Oleh itu, kami sedang membuat tinjauan bagi membuka kelas bahasa Turki, Mandarin dan Perancis selepas Syawal ini. Masa dan hari masih belum ditetapkan. Tempat yang dapat disediakan ialah di bilik diskusi Global Peace Mission Malaysia, Gombak.

Thursday, June 17, 2010

Pendaftaran Himpunan Relawan ditutup

Penyertaan HIMPUNAN RELAWAN 2010 telah ditutup!

Adalah dimaklumkan bahawa penyertaan program ini telah mencapai had peserta. Bagi mereka yang masih berminat, teruskan hantar SMS NAMA & NO KP ke 0176665970 untuk rekod kami.

Selepas program ini berakhir, bermula bulan Ogos, GPTD akan mengadakan Jelajah Semenanjung bagi menziarahi setiap koordinator yang dilantik dalam Himpunan Relawan 2010 sekaligus mengadakan pengambilan baru ahli grup tokoh yang berkenaan.

Jadi, teruskan menghantar SMS NAMA & NO KP ke 0176665970 untuk kami memberitahu anda lokasi dan masa kedatangan ke tempat anda! Nantikan kami di sana!

Persidangan Global Model United Nations 2010 (GMUN)

Tawaran kepada ahli GPTD dibuka untuk SEORANG sahaja bagi mewakili GPTD ke program berikut:

Program : Persidangan Global Model United Nations 2010 (GMUN)
Tarikh : 14 - 18 Ogos 2010
Tempat : PWTC
Peserta : 20 orang

Syarat-syarat penyertaan
  • Berumur antara 18 hingga 24 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Fasih berbahasa Inggeris dan berkebolehan bahasa asing (kelebihan)
Jika berminat, sila emelkan kepada gptdhq@gmail.com perkara berikut:
- CV / Resume
- Gambar Pasport (Jika ada salinan softcopy)

Friday, June 11, 2010

Ringkasan berkenaan Himpunan Relawan 2010



Himpunan ini bertujuan menghimpunkan 150 relawan baru di kalangan pelajar berusia antara 16 hingga 25 tahun. Semua mereka akan diberikan tumpuan khusus sepanjang setahun sebelum dihantar ke negara-negara projek.

Terdapat siri latihan yang disediakan dan tarikh untuk ke negara-negara terbabit adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa setiap relawan yang terlibat.

Pada hari Himpunan, semua relawan akan dipecahkan terus kepada 9 grup tokoh yang akan dijejaki. Kesembilan grup tersebut adalah:

  • Grup Hamka
  • Grup Cheng Ho
  • Grup Wali Songo
  • Grup Ibnu Khaldun
  • Grup Ibnu Battutah
  • Grup Jil Saladin
  • Grup Tariq Ziyad
  • Grup Al-Fateh
  • Grup Jejak Melayu (Khas)

Untuk mengetahui lebih lanjut, hadirkan diri anda ke program Himpunan Relawan 2010. Jumpa anda di Masjid Asy-Syakirin KLCC pada 10 Julai 2010. Kehadiran awal amat dihargai.

Sebarang persoalan sila emelkan kepada gptdhq@gmail.com.

Jangan lepaskan peluang yang datang hanya sekali setahun. Pilihan di tangan anda!

Bertuturlah dengan gaya bahasa yang difahami pendengar



Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan JUN 2010 sudah dilancarkan. Sila klik pada gambar untuk informasi lanjut.

Wednesday, April 21, 2010

Pidato Lorong Tengah : Isu Kalimah Allah Satu Penjelasan








Sunday, April 18, 2010

E-zine KEMBARA dihentikan sementara

Dukacita dimaklumkan bahawa e-zine KEMBARA terpaksa dihentikan penerbitannya buat sementara waktu memandangkan ketiadaan editor. Kami memohon maaf atas kekurangan ini walaupun e-zine mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Kami akan berusaha mencari pengganti bagi meneruskan penerbitannya. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak.

Thursday, April 01, 2010

PILOT : Membina & Memimpin Masyarakat Madani



Ayuh kita memeriahkan majlis ilmu!

Monday, March 22, 2010

Pidato Lorong Tengah [PILOT] : Idealisme Anak Muda Merentas Sempadan


GPTD UNISEL akan menganjurkan Siri PILOT Grup Pengkaji Tamadun Dunia iaitu Pidato Lorong Tengah dengan bertemakan Idealisme Anak Muda Merentas Sempadan bersama Sdr Mohd Idris (Presiden Gamis) yang akan membicarakan tentang tajuk "Meneladani Ketokohan sultan Muhammad Al-Fatih II" manakala Sdr Faiz Ali, aktivis GPTD Turki akan menyampaikan perkongsian pengalaman di Istanbul, Turki. Semua dijemput hadir. Masuk percuma. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Nor Hafiz Razali di talian : 0136287903/0173508073

Nota : Sdr Faiz Ali adalah pelajar di Universiti Turki sedang bercuti di Malaysia sehingga 30 Mac 2010. Jika berminat untuk menjemput beliau memberi ceramah berkaitan ketokohan Badiuzaman Said Nursi atau Sultan Muhammad al-Fatih serta pengalaman beliau di Turki boleh menghubungi Sdr Suhadak di talian : 0176560102

Saturday, December 12, 2009

RAYUAN DANA: XPDC HAMKA




RAYUAN DANA: MISI XPDC HAMKA KE MANINJAU, PADANG INDONESIA

Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL) akan menjalankan Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Padang Indonesia pada 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Seramai 8 orang aktivis GPTD UNISEL yang melibatkan diri dalam ekspedisi ini. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pengajaran bahasa Inggeris, matematik, komputer, dan juga khidmat kaunseling bagi membantu meningkatkan motivasi kepada mangsa gempa berikutan kejadian gempa bumi tempoh hari. Pemilihan kesemua aktivis ini berdasarkan beberapa fasa yang mengambil kira dari sudut kemantapan fizikal, emosi dan rohani. Persediaan untuk ke Maninjau, Padang Indonesia telah dilakukan dengan rapi yang mana semua aktivis diajar beberapa kemahiran dari segi bahasa, menjalankan kajian dan lawatan tokoh sebagai persediaan di Indonesia. Kesemua perbelanjaan XPDC HAMKA memerlukan jumlah sebanyak RM 5000.00 termasuk menyalurkan bantuan makanan, membuat kerja-kerja kajian dan menjalankan aktiviti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau material bolehlah menyalurkan sumbangan anda kepada :


1) Sumbangan wang tunai/cek:

GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL

Akaun Bank Ambank : 124-202-200155-5


2) Sumbangan material:

Alat tulis (pen, pensil, kertas, buku nota dll)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


En. Izwan Suhadak Bin Ishak

Penasihat GPTD UNISEL

017-656 0102


Wan Ritini Bt Wan Ismail

Setiausaha

017-985 0942


Junaidah Bte Ismail

Pengarah Projek XPDC HAMKA

019-372 1338


GPTD UNISEL
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
UNISEL Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

· http://gptdunisel.blogspot.com/

· gptdunisel@gmail.com

· 010-246 0435

Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Penulisan Berita Harian

Kursus BH


Bengkel tertutup ini terbuka kepada ahli GPTD sahaja. Isi borang online jika anda masih belum menjadi ahli.

Tempat terhad!
Sila hubungi segera!
017-6144026 / 012-2841505

Friday, November 13, 2009

Promosi khas beg laptop


GPTD sedar akan kepentingan laptop dalam kehidupan seharian para pelajar masa kini. Kadangkala kita rasa leceh dan rimas dengan beg laptop yang besar dan tak selesa sedangkan kita perlukannya untuk ke mana-mana.

Jadi, GPTD dengan ini menawarkan harga promosi khas untuk ahli GPTD seperti dalam iklan di atas.

Gambar Hiasan
  • Jika berminat, emelkan ke gptdhq@gmail.com atau sms ke 017-6144026 / 017-6665958
  • Tawaran terbuka kepada ahli dan bukan ahli dengan harga yang tertera
  • Harga termasuk kos penghantaran ke rumah anda
  • Selagi stok masih ada (jumlah stok tersedia akan dikemaskini)

STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT


STOK : 3 UNIT

STOK : 1 UNIT

STOK : 5 UNIT
(4 booked)