123

Sunday, June 29, 2008

Himpunan Fasilitator ABIM

29 Jun, Gombak - Ketua Penyelaras, Sdr. Najmuddin telah menyampaikan pembentangan di Himpunan Fasilitator ABIM. Beliau telah membentangkan berkenaan matlamat dan aktiviti yang dilaksanakan oleh GPTD. Program ini dihadiri oleh lebih 40 orang fasilitator ABIM dari segenap peringkat. Turut membuat pembentangan ialah wakil dari I Consultant, PEPIAS, GPM, Sekretariat Pembangunan Sosial ABIM dan FED...

Pagi Nan Indah di Kota Granada.

Oleh : Jufitri bin Joha, Pengerusi GPTDMenjejaki kaki ke bumi Andalus untuk kali kedua mengingatkankan penulis pada pertemuan pertama kali penulis dengan Kota Granada pada tahun 2005 yang lalu. Sudah tentu perkara yang tidak luput dari ingatan saya adalah Istana Alhambra dan Masjid dan Pusat Islam Granada.Walau misi GPTD kali ini berbeza saya tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Masjid Granada yang menjadi kebanggaan umat Islam Sepanyol. Sudah...

Thursday, June 26, 2008

Simposium Intelek Muda Islam

Pada 20 hingga 22 Jun yang lalu, 6 orang wakil daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan ABIM telah terlibat sebagai fasilitator dalam program Simposium Intelektual Muda Islam bertempat di Maahad Tahfiz Sains Islam, Jugra, Banting, Selangor.Program ini merupakan kursus latihan untuk para naqib dan naqibah yang terdiri daripada para pelajar Kolej Mara Banting (KMB). Selain itu, kursus ini membincangkan tentang pemerkasaan usrah.Kursus ini dikendalikan...

Projek Dakwah di Kepulauan Kokos

Pada 19 Jun 2008, ABIM dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah mengiringi 2 orang wakil penduduk Muslim Kepualauan Kokos, Australia mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).Sdr. Mohd Kamarul Ariffin dan Sdr. Najmuddin Mohd Nawi yang mewakili ABIM dan GPTD, mengiringi Tn. Hj. Adam, Imam yang juga Majistret Pulau Kokos dan Tn. Hj. Ahmad dalam kunjungan tersebut.Kunjungan tersebut bertujuan untuk mewujudkan...

Tuesday, June 24, 2008

Salam dari Guangzhou

Alhamdulillah saya selamat tiba di Baiyun International Airport semalam (22.6.2008) pada jam 9.55 pagi. Di Guangzhou, saya dijemput oleh salah seorang teman dari Indonesia untuk membantu saya mengembara di sini.Saya menginap di sebuah hotel bajet setentang Masjid Huai Sheng. Masjid ini dibina pada era pemerintahan Dinasti Tang. Ini adalah masjid tertua di Guangzhou dan dipercayai dibuka oleh Saad bin Abi Waqqas, sahabat Rasulullah.Saya berkesempatan...

Saturday, June 21, 2008

Futsal di Sports Planet Ampang

AMPANG, 18 Jun - Satu permainan futsal telah diadakan sesama beberapa ahli GPTD baru-baru ini bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan dan sebagai aktiviti riadah. Permainan berlangsung selama sejam di Sports Planet Ampang sebelum masing-masing beredar dan menjamu selera di gerai makan berhampiran. Aktiviti seumpama ini akan diteruskan lagi bagi tujuan tersebut dan GPTD akan cuba maklumkan terlebih dahulu untuk partisipasi ram...

Friday, June 20, 2008

Misi Pulau Krismas

Baru-baru ini, pihak GPTD telah menghantar dua aktivis muda GPTD ke Pulau Krismas, Australia bagi meneruskan kegiatan khidmat sosial di sana. Mereka adalah saudara Saiful dan Aizat yang merupakan lulusan Darul Quran, JAKIM. Mereka bakal meneruskan misi GPTD di sana. Mereka dijangka berada di sana selama 3 bulan. - Jufitri, Pengerusi G...

Wednesday, June 18, 2008

Kajian Tamadun Iran dan Bahasa Parsi

Pada 17 Jun 2008, Bahagian Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia yang diketuai Hujjat-ul-Islam wa-al Muslimin Mohamed Hasan Vahedi telah membuat satu kunjungan ke pejabat ABIM. Timbalan Presiden ABIM iaitu Dr. Farid Shahran dan Ketua Biro Undang-Undang merangkap Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha serta kumpulan Zamalah telah meluangkan masa bersama - sama tetamu kehormat ini. Kunjungan kedutaan ini adalah bertujuan untuk mengenali...

Sunday, June 15, 2008

Rombongan Pulau Kokos

GOMBAK, 10 Jun - Seramai 3 orang wakil penduduk Pulau Kokos, Australia telah mengunjungi GPTD untuk membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan terkini masyarakat Melayu di sana.Rombongan yang diketuai oleh Hj. Adam, Imam merangkap Majistret Pulau Kokos ini sempat menemui pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman yang pernah mereka temui sebelum ini untuk projek pertama Pulau Kokos pada tahun 2005.Dalam pertemuan itu, pengasas turut menyatakan...

Wednesday, June 11, 2008

Kembara Berakhir

Cordova, Sepanyol - 8 Jun 2008 / 3 Jamadilawal 1428 H. Misi di Andalus berakhir di Kota Ilmu Cordova. Kota Cordova menyaksikan lahirnya ribuan ilmuan Islam mahupun yang bukan Islam seperti pemuka Ilmu Yahudi iaitu Maimun (Lihat Penulis Bergambar di Patung Maimun). Namun sayang sehingga kini Kota Cordova sunyi dari aktiviti keilmuan dan masih tinggal tersergam megah ialah Masjid Cordova yang telah bertukar menjadi gereja! InsyaAllah berkesempatan,...

Saturday, June 07, 2008

Hembusan Kota Granada, Sepanyol

Granada, Sepanyol - 7 Jun 2008 / 2 Jamadilawal 1428 H. Saya telah pun berada di Kota Granada selepas melintasi Selat Gibraltar (Jabal Tariq Ziad (Lihat Gambar di bawah)) dari Maghribi.Saya dan rakan-rakan berjaya menemui beberapa barang-barang bersejarah berkaitan dengan Tamadun Islam Andalus. Granada merupakan Kota Islam terakhir di Sepanyol jatuh ke tangan Kristian. Di kota ini juga bersemadi dua tokoh Kristian yang bertanggungjawab merampas Granada...

Friday, June 06, 2008

Peluang terbaik untuk ahli GPTD

Ini adalah peluang terbaik kepada semua rakan-rakan terutama kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tugas duta biasanya mempromosikan negaranya kepada orang luar. Segala informasi berkaitan negara dimaklumkan kepada pengunjung. Informasi diberikan bertujuan memberi kefahaman kepada mereka selain mengelak sebarang konflik akibat salah tanggapan mengenai negara tersebut. Begitu jugalah dengan Kedutaan Islam. Kami memerlukan...

Wednesday, June 04, 2008

Motivasi di Kuching, Sarawak

Kuching, Sarawak – Baru – baru ini saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah memenuhi undangan Biro Perkhidmatan Pendidikan (BPP), Majlis Agama Islam Sarawak untuk mengisi Slot Motivasi : Hala Tuju dan Matlamat Pelajar Islam. Peserta terdiri daripada wakil 5 buah sekolah yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di masa hadapan. Program Pewaris 2008 ini telah diadakan di Pusat Latihan Islam JAKIM di Telaga Air, Kuching Sarawak. Penggerak fasilitator...

Khabar dari Casablanca, Maghribi

Alhamdulillah saya telah sampai ke Casablanca, Maghribi atau Morocco dalam misi untuk masuk ke Sepanyol bagi mencari bahan-bahan bersejarah tamadun Islam Andalus. Ini adalah misi GPTD dalam membantu sebuah syarikat mencari bahan-bahan bersejarah tersebut.Sebentar lagi saya dan rakan-rakan akan mengembara ke utara menaiki keretapi sebelum memasuki Sepanyol melintasi Selat Gibraltar. Untuk melintasi Selat Gibraltar (Gunung Tariq ibn Ziad) kami akan...

Monday, June 02, 2008

Terkini Dari GPTD

Separuh kedua bagi tahun 2008, GPTD diteruskan lagi dengan beberapa projek luar negara.Grup Sri Lanka baru-baru ini telah bertemu dengan Y.Bhg. Datuk Iskandar Sarudin, bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka. Beliau yang juga kini Timbalan Ketua Setiausaha III, Kementerian Luar Negeri, telah banyak membantu dalam projek pertama GPTD ke Sri Lanka. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Sdr. Najmuddin Mohd Nawi, Ketua Penyelaras GPTD dan...