Sunday, June 29, 2008

Himpunan Fasilitator ABIM

29 Jun, Gombak - Ketua Penyelaras, Sdr. Najmuddin telah menyampaikan pembentangan di Himpunan Fasilitator ABIM. Beliau telah membentangkan berkenaan matlamat dan aktiviti yang dilaksanakan oleh GPTD.

Program ini dihadiri oleh lebih 40 orang fasilitator ABIM dari segenap peringkat. Turut membuat pembentangan ialah wakil dari I Consultant, PEPIAS, GPM, Sekretariat Pembangunan Sosial ABIM dan FEDEC.