Wednesday, June 18, 2008

Kajian Tamadun Iran dan Bahasa Parsi



Pada 17 Jun 2008, Bahagian Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia yang diketuai Hujjat-ul-Islam wa-al Muslimin Mohamed Hasan Vahedi telah membuat satu kunjungan ke pejabat ABIM. Timbalan Presiden ABIM iaitu Dr. Farid Shahran dan Ketua Biro Undang-Undang merangkap Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha serta kumpulan Zamalah telah meluangkan masa bersama - sama tetamu kehormat ini. Kunjungan kedutaan ini adalah bertujuan untuk mengenali gerak kerja ABIM secara lebih dekat lagi dan sebagai usaha untuk mengadakan program dan seminar secara kerjasama.

Perbincangan banyak tertumpu kepada mengenali kebudayaan Islam antara dua buah negara ini yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan bersama dan seterusnya untuk kepentingan Islam secara amnya.

Di kesempatan ini, saudara Jufitri Joha mengutarakan program pertukaran belia iaitu ruang dan peluang menghantar aktivis GPTD ke Iran untuk mempelajari bahasa Parsi, budaya Parsi dan tamadun Parsi. Pihak Kaunselor iaitu Sheikh Vahedi bersetuju membincangkan idea ini pada pertemuan susulan selepas ini. Iran terkenal melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan besar seperti Ibnu Sina, Ali Shariati dan lain-lain.