Friday, March 30, 2012
Promo Video Kem SAKTI 6
Sunday, February 12, 2012
Tuesday, December 06, 2011
Jemputan ke Bengkel Memahami Isu Antarabangsa

Tuesday, May 03, 2011
Kem SAKTI V KHAS

KURSUS ASAS SUKARELAWAN DAN JATIDIRI (KEM SAKTI KHAS)
HARI PERTAMA : 07 Mei 2011, Sabtu
8.00 pagi
09.30 pagi
10.30 pagi
12.00 tgh
: Solat Zuhur
2.00 ptg
4.00 ptg
5.00 ptg
6.30 ptg
7.30 mlm
: Solat Isya’
9.30 mlm
11.30 mlm
HARI KEDUA : 08 Mei 2011, Ahad
04.00 pg
06.00 pg
09.00 pg
10.35 pg
12.00 pg
12:45 tgh
02.00 ptg
TEMPAT ADALAH TERHAD..
Wednesday, March 17, 2010
Panggilan untuk peserta Bengkel Asas Fotografi

Kepada semua peserta Bengkel Asas Fotografi, jom sertai peraduan ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
GPTD dengan kerjasama Serambi Maya sedang mengaturkan satu sesi bersama semua peserta untuk menyertai peraduan ini. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kelak memandangkan kebanyakan peserta bakal menjalani peperiksaan akhir semester tak lama lagi.
Kita akan berkumpul di satu stesyen Komuter dan menaiki komuter sambil snap gambar-gambar menarik untuk dihantar dalam peraduan ini. Seperti biasa, ada di antara kita akan menjadi model bagi menghidupkan suasana.
Sila semak emel anda dalam tempoh seminggu ini.
Friday, June 06, 2008
Peluang terbaik untuk ahli GPTD

Ini adalah peluang terbaik kepada semua rakan-rakan terutama kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tugas duta biasanya mempromosikan negaranya kepada orang luar. Segala informasi berkaitan negara dimaklumkan kepada pengunjung. Informasi diberikan bertujuan memberi kefahaman kepada mereka selain mengelak sebarang konflik akibat salah tanggapan mengenai negara tersebut.
Begitu jugalah dengan Kedutaan Islam. Kami memerlukan ramai duta untuk menerangkan Islam kepada pengunjung. Para pelancong seluruh dunia sering mengunjungi kedutaan kita di Malaysia. Mereka biasanya disaji dengan informasi berkenaan struktur bangunan dan sejarah.
Sayang sekali apabila mereka ke masjid (Kedutaan Islam) tetapi tidak diterangkan tentang indahnya Islam. Salah faham yang dimainkan media massa menyebabkan Islam sering dipandang serong seperti pengganas.
Mengapa tidak kita menjadi duta untuk merapatkan jurang persaudaraan sesama manusia?
Dengan ini saya menyeru kepada semua untuk menjadi duta kepada Kedutaan Islam di Malaysia. Tiada had umur dan pencapaian akademik. Latihan disediakan. Jadual waktu anjal.
Sila sebarkan maklumat ini.
p/s: Sesiapa yang ingin menyalin entry ini untuk dimuatkan di mana-mana laman adalah dialu-alukan
Friday, May 16, 2008
Hari Nakba - GPTD Palestin
Wisma PBB, Damansara – GPTD menyertai penghantaran petisyen membantah pendudukan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin sempena Hari Nakba (15 Mei) iaitu ulangtahun ke 60 Israel menduduki Palestin. Petisyen diserahkan kepada wakil PBB di Wisma PBB di Jalan Dungun, Damansara. Turut hadir wakil-wakil Ngo seperti ABIM, CI, JIM, PACE, ISMA, PKPIM, TERAS dan lain-lain.
Nakba bermakna penderitaan di mana pada 15 Mei, Israel telah menubuhkan negara mereka secara haram dengan menafikan hak dan kedaulatan Palestin.
Sebelum ini juga, peristiwa Deir Yassin, kampung pertama Palestin yang telah dicerobohi pada 9 April 1948 dan secara sistematik, tentera Israel telah membunuh sebahagian penduduk Palestin yang berada di dalamnya. Mereka ingin merampas Kampung Deir Yassin yang terletak di tanah tinggi iaitu di koridor laluan Tel Aviv ke Jerusalem untuk dijadikan sebahagian tanah jajahan Israel.
ABIM melalui GPTD telah mengetuai Rabithah Syabab, Muassasah AlQuds bagi merancang pelbagai aktiviti berkaitan dengan isu Palestin termasuk menghantar grup khidmat sosial untuk membantu belia Palestin di Kem Pelarian di Lubnan.
Justeru pihak GPTD berharap ada pihak di kalangan penggerak atau bukan penggerak untuk membantu grup GPTD Palestin merangka program-program dalam memperjuangkan isu Palestin. Sesiapa yang berminat untuk sertai GPTD Palestin sila emailkan ke jufitri1979@yahoo.com untuk menyertai grup ini.