Pada 20 hingga 22 Jun yang lalu, 6 orang wakil daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan ABIM telah terlibat sebagai fasilitator dalam program Simposium Intelektual Muda Islam bertempat di Maahad Tahfiz Sains Islam, Jugra, Banting, Selangor.
Program ini merupakan kursus latihan untuk para naqib dan naqibah yang terdiri daripada para pelajar Kolej Mara Banting (KMB). Selain itu, kursus ini membincangkan tentang pemerkasaan usrah.
Kursus ini dikendalikan oleh mantan Presiden ABIM, Tn. Hj. Ahmad Azam selaku Ketua Jurulatih. Turut hadir bagi sesi forum dalam kursus ini ialah Prof. Shaharuddin Badaruddin (Pensyarah UiTM / mantan Timb. Presiden ABIM) dan Cikgu Muslimin (mantan YDP ABIM Klang).
Thursday, June 26, 2008
Simposium Intelek Muda Islam
2:36 PM