123

Monday, September 28, 2009

Al-fatihah buat bapa aktivis GPTD

Batu Pahat - 28 September 2009 - Presiden GPTD telah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang aktivis GPTD, Mohd Akhmal Mohd Noor pada jam 1.29 pagi yang memaklumkan pemergian bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Johor.Sebelum itu, Sdr Akhmal dan isterinya serta anak sulungnya sempat bersama-sama Presiden dan Penolong SUA, Abdul Hakim Shahbuddin menziarahi En Jambri (pegawai Imigresen yang pernah bertugas di Guangzhou,...

Sunday, September 27, 2009

Kuala Lumpur- 27 September 2009 / 8 Syawal 1430 - GPTD menyokong surat di bawah:19 September 2009His Excellency Peter J.E. Anegbeh High Commissioner for Nigeria in MalaysiaKuala Lumpur. Your Excellency, Sub: Violent suppression of Al Quds Day Demonstration,the killing of five people, and the threat to the life of Mu’allim Ibrahim Al-Zakzaky by Nigerian police. We, the undersigned civil society organsations, write to register our strongest protest against the forceful suppression...

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran Daripada Presiden GPTD

Kuala Lumpur - 20 September 2009 / 1 Syawal Ramadhan 1430 - Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail Ahmad dan Pimpinan Utama GPTD Mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin. Teruskan Perjuangan, Allahuakbar!Pesanan AidilfitriSempena ketibaan Syawal pada hari ini, saya selaku Presiden GPTD mewakili semua saf kepimpinan GPTD ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua penggerak GPTD di seluruh tanahair dan di luar negara.Marilah sama-sama...

Saturday, September 19, 2009

Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kuala Lumpur- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dan beramah mesra dengan seorang sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia iaitu saudara Azlan Mohd Sharif di Hotel Corus, Ampang. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah al-Fadhil Ustaz Shamsul Azhar Yahya;Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, saudara Jufitri Joha;Pengerusi GPTD, saudara Noryzal Zainal Abidin;Timbalan Pengerusi, saudara...

GPTD @ Uniten

Kajang- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha telah berkunjung ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk bertemu dengan proksi GPTD di sana iaitu Kelab Unicomserve di bawah naungan Masjid Uniten. Pertemuan tersebut telah berlangsung dengan baik dalam kerangka memperkenalkan gerak kerja GPTD dengan lebih dekat selain berbincang mengenai program GPTD yang turut boleh digerakkan oleh sahabat-sahabat...

Thursday, September 17, 2009

Mesyuarat Strategik Bersama Pengasas GPTD

Gombak- 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Suhail Ahmad, Presiden GPTD telah mengadakan mesyuarat strategik bersama Encik Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengasas GPTD merangkap Pesuruhjaya Union of NGOs of the Islamic World (UNIW)theunity.orgDalam pertemuan tersebut Encik Azam telah menyatakan bahawa GPTD sudah memasuki fasa baru iaitu fasa kedua terutamanya selepas...

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan dan Khidmat Bakti

Johol- 16 September 2009 / 26 Ramadhan 1430 - Ahli GPTD digalakkan berterusan melakukan kerja-kerja khidmat sosial memandangkan teras objektif ketiga GPTD adalah untuk menggalakkan kerja-kerja kesukarelaan. Saudara Jufitri,Pengerusi GPTD dan saudara Kamarul Arifin, Ahli Majlis Tertinggi GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dengan belia orang Asli Kampung Air Rengas Johol, Negeri Sembilan. Saudara Kamarul telah mencadangkan agar salah satu program...

Sunday, September 13, 2009

Pendaftaran GPTD

PUTRAJAYA, 11 Sept. - GPTD telah menyerahkan borang pendaftaran ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di sini hari ini.Pendaftaran dibuat mengikut keputusan mesyuarat AJK GPTD yang telah memutuskan untuk mendaftarkan GPTD di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.Rombongan ke Putrajaya turut disertai oleh Sdr. Mohd Shazni (Timbalan Presiden), Sdr. Najmuddin (Setiausaha Agung), dan Sdr. Hakim (Penolong Setiausaha Agung). Selaras dengan...

Semarak Ramadhan 1430H

Alhamdulillah, program Semarak Ramadhan 1430H, yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di samping memperkukuh pemahaman terhadap gerak kerja GPTD, telah berjaya diadakan di 3 buah kampus.Program ini telah dijayakan di 3 kampus iaitu UIAM Gombak, Kumpulan Pendidikan Legenda Mantin, dan UNISEL Bestari Jaya.Selain sesi ramah mesra, Sdr. Suhail (Presiden GPTD) turut berkongsi pengalaman beliau ketika berada di China.Insya Allah, program ini dijangka...

Semarak Ramadhan : Jadual Pergerakan Pengerusi GPTD

Jelebu- 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430 - Berikut Jadual Program Semarak Ramadhan Pengerusi GPTD pada suku terakhir Ramadhan:1.) 11 September / 21 Ramadhan (Jumaat):Menyampaikan Tazkirah, Berbuka Puasa, Mengimamkan Tarawih di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kelana Jaya bersama Pelajar Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan.2.) 12 September / 22 Ramadhan (Sabtu):Menyampaikan Tazkirah dan Berbuka Puasa di Masjid Bagan Pinang, Port...

Kepulangan Pelajar Tahfiz ke Pulau Kokos, Australia.

Sepang- 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430 - Pelajar tahfiz dari Pulau Kokos Australia dibawah tajaan sepenuhnya ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (GPTD) telah pulang bercuti selama sebulan semalam bermula dari 11 September sehingga 8 Oktober 2009. kepulangan beliau ke Pulau Kokos Australia tersebut bertujuan untuk menguruskan urusan memperbaharui pasport dan juga mengambil kesempatan untuk bercuti sempena Aidil...

Friday, September 11, 2009

GPTD @ USIM & Koresponden GPTD di Republik Czech

Nilai- 9 September 2009 / 19 Ramadhan 1430 - Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Penyelaras GPTD USIM telah membuat pertemuan dengan dua grup GPTD USIM. Pertemuan diadakan bagi menyelaraskan gerak kerja grup agar berjalan lancar. Dua grup tersebut akan ke Syria untuk mengkaji ketokohan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umayyah manakala satu grup lagi akan ke Mahgribi untuk mengkaji ketokohan Ibn Khaldun, Bapa Sosiologi Dunia. Kedua-dua grup ini...

Thursday, September 10, 2009

Semarak Ramadhan di UIAM

GOMBAK, 09 Sept.- Alhamdulillah, program Semarak Ramadhan telah dilangsungkan di UIAM Gombak anjuran bersama GPTD dan Unit Khidmat Komuniti (CENSERVE) UIAM Gombak.Selain aktiviti berbuka puasa dan solat tarawih, program turut diisi dengan sesi pengenalan GPTD yang disampaikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri Joha.Program diteruskan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman bersama Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad.Sekalung penghargaan diucapkan...

Tuesday, September 08, 2009

Semarak Ramadhan 1430H

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuhSaudara dan Saudari dijemput untuk menghadiri program Semarak Ramadhan 1430H anjuran GPTD dengan kerjasama CENSERVE UIAM.Program ini bertujuan memperkenal dan memperkukuh pemahaman terhadap gerak kerja GPTD di samping memperkukuh ukhuwah para hadirin.Adalah diharapkan anda dapat mengesahkan kehadiran lebih awal di sini.Berikut merupakan maklumat ringkas program:Tarikh : Rabu, 19 Ramadhan 1430 bersamaan 09...

Wednesday, September 02, 2009

Portal Interaktif Komanwel

Cheras- 2 Julai 2009 / 12 Ramadhan 1430 - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri menyertai perbincangan meja bulat mewujudkan portal interaktif negara Komanwel di pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM). Saudara Jufitri telah mencadangkan kepada wakil Komanwel yang hadir dalam perbincangan tersebut agar di dalam portal interaktif yang bakal diwujudkan kelak dimasukkan juga peluang-peluang bersukarela di negara-negara Komanwel. Dengan adanya portal ini, pihak...

Tuesday, September 01, 2009

Pengerusi GPTD Di Sana Sini

Bangi- 29 Ogos 2009 / 8 Ramadhan 1430 - Pengerusi GPTD,saudara Jufitri bin Joha telah berpeluang menyampaikan Taklimat Pengenalan Mengenai ABIM dan GPTD di depan para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam pelabagai bidang meliputi perubatan, farmasi, pergigian dan Syariah. Mereka telah berkampung selama seminggu untuk program orientasi anjuran Akademi Al-Quran-Medic Malaysia (http://www.quranmedic.my/). Mereka akan berangkat ke...

Pertemuan bersama Naib Presiden Antarabangsa ABIM

Segambut, 31 Ogos 2009 - Majlis Antarabangsa, Kemanusiaan dan Alam Sekitar ABIM telah mengadakan perjumpaan kali pertama pada 31 Ogos lalu di rumah Saudara Khairul Faiz Morat, Naib Presiden Antarabangsa. Secara umumnya, pertemuan ini adalah bagi membincangkan halatuju biro-biro yang berada dibawah Majlis tersebut.GPTD telah diwakili oleh Saudara Hakim (Pen. Setiausaha) ke perjumpaan tersebut. GPTD juga telah diberi peluang untuk memberi penerangan...