Saturday, September 19, 2009

Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kuala Lumpur- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dan beramah mesra dengan seorang sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia iaitu saudara Azlan Mohd Sharif di Hotel Corus, Ampang. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah al-Fadhil Ustaz Shamsul Azhar Yahya;Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, saudara Jufitri Joha;Pengerusi GPTD, saudara Noryzal Zainal Abidin;Timbalan Pengerusi, saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa;Ahli Majlis Tertinggi GPTD dan saudara Muhd Nor Azym;Ketua GPTD Kolej Lagenda.

Saudara Azlan berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau ditahan oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini atas alasan kerap membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Beliau ditahan di dalam penjara dan kemudian dihantar balik terus ke Malaysia tanpa sempat menghantar bantuan ke Gaza.

GPTD amat bersimpati dengan beliau dan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dari segenap sudut. 21 Ogos lepas kita baru sahaja menyambut hari memperingati al-Quds. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita aktivis GPTD dan seluruh masyarakat Islam prihatin dengan isu Palestin. Marilah kita doakan nasib rakyat Palestin.



Sementara itu, GPM menyerahkan memorandum membantah penahanan seorang penggerak utama GPM, Sdr Azlan Mohamad Sharif oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini. Beliau ditahan ketika ingin menghulurkan bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disamping membantah penahanan Sdr Azlan Mohamad Sharif, memorandum ini juga tutut menggesa pihak berkuasa Mesir, membentuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk GAZA menerusi sempadan MESIR-GAZA.

Penyerahan Memorandum ini di Kedutaan Mesir, turut menyaksikan 3 wakil GPM, Tn Hj Ahmad Azam yang juga merupakan Pengasas GPTD, Tuan Hj Nur Anwar Hashim dan Sdr Azlan sendiri pergi menemui pegawai kedutaan Mesir untuk menyuarakan bantahan secara langsung berhubung isu penahanan Mejar (B) Azlan dan halangan yang di hadapi para petugas kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan ke GAZA menerusi sempadan Mesir-GAZA.Turut hadir bersama saudara Raimi Ab Rahim;Setiausaha Agung ABIM, saudara Khairul Anuar Musa;Setiausaha Agung PKPIM, saudara Shazni Abdullah; Timbalan Presiden GPTD dan saudara Abdul Hakim Shahbuddin; Penolong Setiausaha Agung GPTD.

Bagi mengingati perjuangan rakyat Palestin sila kemaskini informasi di http://palestinkini.info/. Laman web ini adalah laman web rasmi Muassasah al-Quds Malaysia di mana ABIM dan GPTD adalah badan gabungannya.