Tuesday, September 01, 2009

Pengerusi GPTD Di Sana Sini

Bangi- 29 Ogos 2009 / 8 Ramadhan 1430 - Pengerusi GPTD,saudara Jufitri bin Joha telah berpeluang menyampaikan Taklimat Pengenalan Mengenai ABIM dan GPTD di depan para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam pelabagai bidang meliputi perubatan, farmasi, pergigian dan Syariah. Mereka telah berkampung selama seminggu untuk program orientasi anjuran Akademi Al-Quran-Medic Malaysia (http://www.quranmedic.my/). Mereka akan berangkat ke Mesir sebelum Hari Raya Puasa.



Terdahulu Pengerusi GPTD juga telah membuat kunjungan hormat kepada Puan Martinelli Hashim, Timbalan Pengarah Student Development Division (S-Dev) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membincangkan kerjasama program antara GPTD dengan Censerve memandangkan GPTD telah mempunyai keahlian lebih seratus orang di UIA. Pihak S-Dev bersetuju bekerjasama dengan GPTD bagi membolehkan GPTD bergerak secara sah dalam kampus UIA tanpa menubuhkan kelab khusus GPTD. Ahli GPTD di UIA yang menyertai misi luar negara GPTD akan diberikan pointer yang akan dikira sebagai sebahagian kegiatan ko-kurikulum apabila tamat belajar kelak. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Encik Khairulzain;Penyelaras Censerve,saudara Abdul Hakim;Penolong Setiausaha Agung GPTD, saudari Ain Najwa;Bendahari GPTD, saudari Nornajihan;Exco GPTD dan wakil Intellectual Youth Club (IYC)