Thursday, September 17, 2009

Mesyuarat Strategik Bersama Pengasas GPTD

Gombak- 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Suhail Ahmad, Presiden GPTD telah mengadakan mesyuarat strategik bersama Encik Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengasas GPTD merangkap Pesuruhjaya Union of NGOs of the Islamic World (UNIW)theunity.org

Dalam pertemuan tersebut Encik Azam telah menyatakan bahawa GPTD sudah memasuki fasa baru iaitu fasa kedua terutamanya selepas GPTD didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Beliau juga menekankan perlunya diwujudkan pusat-pusat kesukarelaan GPTD di negara Arab, China dan Amerika Latin bagi memudahkan kerja-kerja pengkajian dan kesukarelaan GPTD berjalan dengan baik.

Selain itu dalam memasuki fasa baru GPTD ini, beliau turut menekankan agar para aktivis GPTD menguasai bahas-bahasa utama dunia seperti Mandarin, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Bahasa Arab sebagai satu alat dan skil berguna pada masa hadapan.

Beliau turut memberikan khabar gembira apabila GPTD akan mempunyai pejabatnya tersendiri yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana untuk melatih para aktivis GPTD. Turut menyertai mesyuarat ini ialah saudara Shazni;Timbalan Presiden, saudara Najmuddin;Setiausaha Agung dan saudara Hakim;Penolong Setiausaha Agung.