Jempol - Saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi GPTD terus mempergiatkan usaha dakwah dan motivasinya. Kali ini beliau berpeluang untuk menembusi program bersama pelajar GIAT MARA Jempol. Ternyata pelajar-pelajar di GIAT MARA ini terlalu hauskan ilmu-ilmu agama dan semasa yang disampaikan sendiri oleh orang muda dalam bentuk santai dan menarik.
Inilah sebenarnya natijah dan harapan apabila seseorang menyertai GPTD atau pulang daripada melaksanakan sesuatu misi di luar negara iaitu mereka terus bersemangat untuk menyambung semangat dakwah dan ilmu yang diperolehi di luar negara tersebut dikongsi dengan para belia dan remaja di Malaysia.
Sepanjang Ramadhan, saudara Jufitri berjaya menjelajah ke beberapa GIAT MARA seperti di Linggi, Rembau dan Jempol. Di samping itu, beliau terlibat dalam Bengkel Penghayatan Ramadhan Kebangsaan di Port Dikcson bersama pelajar Kolej Jururawat Port Dickson, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah.
Selain itu, usaha membantu penduduk miskin diteruskan melalui program 'Sekampit Beras'. Saudara Jufitri telah mengedarkan beras dan bahan makanan sumbangan orang ramai melalui ABIM kepada penduduk miskin dan terabai sekitar Negeri Sembilan
InsyaAllah usaha jelajah kampus ini akan diteruskan dan selepas Hari Raya ini, GPTD dijangka akan berada di UTM Skudai, Johor pada 22-23 Oktober 2008.
Di kesempatan ini, pihak GPTD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan teruskan perjuangan terutama rakan-rakan GPTD seperti saudara Mas Darwin di Turki.