Wednesday, October 15, 2008

Al-Fatihah Dan Belasungkawa

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Sdr. Azril Mohd Amin (Naib Presiden Antarabangsa ABIM yang juga merupakan Penasihat GPTD) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10:45 pagi, 15 Oktober 2008 di Serdang, Selangor.

Jenazah disolatkan di Masjid Asy-Syakirin selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota.

Seluruh warga GPTD mengucapkan takziah kepada beliau dan seisi keluarga. Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Al-Fatihah.