Bertempat di Anjung Rahmat, satu sesi Iftar Mahabbah telah diadakan bersama pengasas GPTD, Tn. Hj. Ahmad Azam. Sesi tersebut turut diisi dengan kupasan beliau berkenaan perlunya para pendakwah membersihkan hati serta membuang ilah selain daripada Allah S.W.T. dalam menjayakan misi rahmatan lil-'alamiin.