SEKARANG ini, saya sedang berusaha mengumpul dana untuk ke Guangzhou, China, insya-Allah pada 9 Oktober ni kak,” ujar peguam muda di syarikat guaman Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Muhammad Suhail Ahmad, 26, sewaktu kami berkongsi cerita terbarunya di laman sembang Internet, baru-baru ini.
Selang dua hari kemudian, penulis berkunjung ke pejabat Sekretariat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur.
Penulis teruja bertemu graduan Diploma Lanjutan Ijazah Undang-Undang Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu kerana ingin mengetahui penglibatan aktif beliau dalam aktiviti kesukarelawanan dan pada masa sama, tidak menyisihkan bidang akademik.
(Baca selanjutnya di sini)