Walaupun Kerajaan Osmaniyah (disebut Osmanlı dalam bahasa Turki) diasaskan oleh Osman bin Ertuğrul, namun anaknya, Orhan bin Osman yang juga masyhur sebagai Orhan Gazi, yang bertanggungjawab menggagaskan pemerintahan Osmaniyah sebagai suatu devlet (dawlah - negara) yang besar dan gagah.
Gagasan pemikirannya itu dikongsi bersama saudaranya, Alaeddin selepas kemangkatan ayahanda mereka.
Orhan turut menawarkan Alaeddin agar sama-sama memerintah wilayahnya sebagai Sultan.
Namun Alaeddin lebih senang Orhan menjadi pemerintah tunggal kerana Orhan telahpun dinamakan sebagai sebagai pewaris takhta.
Alaeddin turut berpendapat dawlah yang telah diasaskan oleh ayahanda mereka tidak harus berpecah dua.
Mendengar yang demikian, Orhan Gazi pun berkata, “Memandangkan engkau tidak mahu menerima tawaranku untuk memerintah, aku berharap agar engkau sudi menjadi penjaga kepada rakyatku; jadilah Wazir ku.”
Jawatan Wazir ketika itu setaraf dengan Perdana Menteri sekarang.
Menurut Hasrizal Abdul Jamil (2004), ketika gering di perbaringan, Osman telah berwasiat kepada Orhan Gazi yang bermaksud:
[Baca selanjutnya]
Tuesday, July 28, 2009
Siri Sirah Osmaniyah: ORHAN GAZİ (Bahagian I)
8:09 PM