Thursday, July 02, 2009

Eksekutif Diperlukan

Gombak - 2 Julai 2009 / 9 Rejab 1430 H - Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK) adalah suatu majlis kerjasama yang dibentuk oleh beberapa NGO Islam Malaysia yang bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Kemboja dan Yayasan Pembangunan Islam Kemboja. Tujuan pembentukan MMDMK adalah untuk menyelaras dan mempertingkatkan lagi program dakwah Islam di sana. Buat masa ini beberapa program utama sedang ditaja dan diselaraskan oleh MMDMK.

GPTD juga terlibat secara langsung dengan MMDMK. Justeru pihak MMDMK memerlukan 2 orang eksekutif kerja kesukarelaan berkelayakan minuman diploma. Gaji asas yang ditawarkan adalah RM 1000.00. Sesiapa ahli GPTD yang berminat untuk mengisi kekosongan ini sila emailkan butiran diri kepada Saudara Jufitri Joha di jufitri1979@yahoo.com.