Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat GPTD

GOMBAK- 15 Julai 2009 / 22 Rejab 1430 H - Satu mesyuarat khas telah diadakan diantara Saudara Jufitri Joha selaku pengerusi GPTD bersama aktivis-aktivis yang lain. Turut hadir pada hari tersebut ialah Saudara Syakir mewakili senior GPTD. 3 wakil Persatuan Unicommserve Universiti Tenaga Nasional Kajang yang juga terlibat dalam mesyuarat tersebut sama-sama menyumbangkan idea untuk perkembangan GPTD. Antara agenda penting yang dirangka adalah seperti Kem SAKTI yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Ogos nanti. GPTD amat berbesar hati untuk membuka ruang kepada seluruh ahli GPTD khasnya dan seluruh belia di Malaysia amnya yang untuk sama-sama melibatkan diri dalam kem tersebut. Semoga segala usaha ini mendapat ganjaran disisiNya.

MISI RAHMATAN LIL ALAMIN