Friday, July 10, 2009

Pengerusi GPTD Mengisi Slot Pelancaran Generasi AL-Fatih di Muktamar Sanawi ABIM Kelantan ke 36

From fatihgptd



Pada 11 Julai 2009, Pengerusi GPTD, Saudara Jufitri Joha akan menyampaikan Ceramah dalam pengisian sempena Muktamar Sanawi ABIM Kelantan kali ke 36 di Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah Kota Bharu. Beliau akan menyampaikan slot ceramah bertajuk "Relevensi Meneladani Qudwah al-Fatih Ke Arah Pembinaan Generasi" sebagai mengisi pelancaran sebuah lagi Grup pengkajian di bawah GPTD iaitu Grup Generasi Al-Fatih yang akan di rintis di Kelantan. Dalam Muktamar tersebut , Presiden ABIM , Tuan Haji Yusri Muhammad, dijangka akan merasmikan pelancaran Grup tersebut. Muktamar Sanawi ABIM Kelantan ke 36, mengambil tema "Meneladani Qudwah, Membina Generasi" dan tajuk pengisian yang akan disampaikan oleh saudara Jufitri Joha tentang Relevensi Ketokohan Sultan Muhammad Al-Fatih amat bertepatan dengan tema tersebut.

Dalam pengisian tersebut akan di adakan lintas langsung ucapan koresponden GPTD di Turki saudara Faiz melalui video konferens Yahoo Messengger semasa pengisian slot tersebut.

From fatihgptd