Sepang, 24 Julai 2009/2 Syaaban 1430 H - Exco GPTD, Saudara Hakim telah bertolak ke Korea Selatan untuk menyertai Kembara Korea 2009 yang diadakan selama 10 hari. Turut menghantar Saudara Hakim ke KLIA Saudara Shazni, Setiausaha GPTD dan Saudara Rashdan dari ABIM. Di dalam pengembaraan ini Saudara Suhail Ahmad, Timbalan Pengerusi GPTD yang berada di China bersama-sama pelajar Malaysia di Korea.
Antara objektif kembara kali ini ialah mendapatkan maklumat komuniti muslim yang berada di sekitar Korea. Pengembaraan kali ini lebih menarik kerana mereka bukan sekadar berada di Seoul bahkan mereka akan menjelajah lebih kurang lima negeri di sekitar Korea. Sekarang mereka berada di Joenju selama dua hari sebelum bertolak Daejon.