Friday, July 10, 2009

Pertemuan Mahabbah Bersama Imam Pulau Krismas

Seremban - 10 Julai 2009 / 17 Rejab 1430 H - Satu pertemuan mahabbah antara GPTD dengan al-Fadhil Ustaz Ghafar, Imam Masjid Pulau Krismas, Australia telah berlangsung di sini. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah saudara Jufitri Joha dan saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa.

Ini merupakan tradisi ukhuwwah berterusan apabila Ustaz Ghafar berkunjung ke Malaysia, pastinya beliau tidak melepaskan peluang bertemu dengan aktivis GPTD dan ABIM. Ini berikutan hubungan pertama telah dibina sejak Delegasi Khidmat Sosial GPTD berkunjung ke Pulau Krismas pada akhir 2003 yang diketuai oleh saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa.

Dalam perbincangan tersebut, Ustaz Ghafar memohon pihak GPTD menghantar Imam Muda selama tiga bulan selepas bulan Syawal tahun ini untuk menyambung usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pihak GPTD telah bersetuju dengan permohonan ini dan bakal menghantar seorang sukarelawan GPTD ke sana selepas Hari Raya Eidulfitri kelak.