Wednesday, July 29, 2009

GPTD Hos Belia Maghribi

Cheras - 29 Julai 2009 / 7 Syaaban 1430 H - GPTD menerima kunjungan dan menjadi hos kepada delegasi belia Maghribi yang baru tiba di Malaysia malam tadi. Selain itu Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, ABIM dan Majlis Belia Negeri Sembilan akan menjadi hos bersama. Seramai 17 orang belia Maghribi diketuai Dr. Driss akan berada di Malaysia selama dua minggu. Mereka akan menjalani pelbagai aktiviti menarik merangkumi homestay di Tampin, Bersantai di Seremban dan Port Dickson bersama Tourism Malaysia, Dialog dan Makan Malam bersama GPTD, ABIM dan IYC serta lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Lembah Kelang. Selain itu, mereka akan turut menyertai Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ABIM di Shah Alam pada 1 Ogos ini bersamaan 2 Syaaban.

Sebentar tadi mereka melakukan kunjungan hormat ke Majlis Belia Malaysia (MBM) sebelum berlepas ke Tampin untuk homestay. Ini merupakan antara aktiviti utama GPTD bagi menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan belia pelbagai negara di samping memperkenalkan budaya Melayu di mata dunia.