123

Friday, July 31, 2009

Gerai Pameran GPTD @ UIA

Gombak - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - GPTD baru selesaikan membuka gerai pameran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sempena 'Humanitarian Week'. Usaha ini digerakkan oleh Exco GPTD seperti saudara Syazni, saudari Nurnajihan, saudari Ain Najwa dan GPTD Sri Lanka.Gerai GPTD mendapat sambutan hangat terutama pada pendaftaran keahli...

Pengerusi GPTD di Felda Bukit Rokan, Tampin, Negeri Sembilan

Felda Bukit Rokan - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menyampaikan tazkirah Maghrib bersempena program Homestay Belia Maghribi yang berlangsung selama dua hari satu malam. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Pengerusi JKKK, Pengurus Felda Bukit Rokan dan penduduk Felda Bukit Rokan. Turut mengiringi saudara Jufitri, ialah dua aktivis GPTD iaitu saudara Kamarul Arifin dan saudara Khuzairi. Selepas tazkirah,...

Tahniah Kepada Saudari Addawiah Salim

United Kingdom - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - GPTD ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Addawiah Salim kerana telah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK) yang baru dalam satu program Perhimpunan Keluarga Melayu UK - Summer Camp yang berlangsung di Ashworth Valley Campsite Hurst Farm Rochdale,UK. Saudari Addawiah merupakan koresponden GPTD di UK.Dikesempatan ini juga, pihak GPTD juga ingin mengucapkan...

Wednesday, July 29, 2009

GPTD Hos Belia Maghribi

Cheras - 29 Julai 2009 / 7 Syaaban 1430 H - GPTD menerima kunjungan dan menjadi hos kepada delegasi belia Maghribi yang baru tiba di Malaysia malam tadi. Selain itu Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, ABIM dan Majlis Belia Negeri Sembilan akan menjadi hos bersama. Seramai 17 orang belia Maghribi diketuai Dr. Driss akan berada di Malaysia selama dua minggu. Mereka akan menjalani pelbagai aktiviti menarik merangkumi homestay di Tampin, Bersantai...

Tuesday, July 28, 2009

Siri Sirah Osmaniyah: ORHAN GAZİ (Bahagian I)

Walaupun Kerajaan Osmaniyah (disebut Osmanlı dalam bahasa Turki) diasaskan oleh Osman bin Ertuğrul, namun anaknya, Orhan bin Osman yang juga masyhur sebagai Orhan Gazi, yang bertanggungjawab menggagaskan pemerintahan Osmaniyah sebagai suatu devlet (dawlah - negara) yang besar dan gagah.Gagasan pemikirannya itu dikongsi bersama saudaranya, Alaeddin selepas kemangkatan ayahanda mereka.Orhan turut menawarkan Alaeddin agar sama-sama memerintah wilayahnya...

Sunday, July 26, 2009

Forum Banteras Jenayah Seksual

Kelang - 22 Julai 2009 / 29 Rejab 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Aktivis GPTD telah digandingkan dalam satu Forum Banteras Jenayah Seksual anjuran Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Kelang. Forum yang dipengerusikan oleh Saudara Jeff Hazimin ini dihadiri oleh pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan empat dan turut dihadiri oleh para guru. Saudara Kamarul selaku peguam yang berpengalaman mengendalikan...

Kembara Korea 2009

Sepang, 24 Julai 2009/2 Syaaban 1430 H - Exco GPTD, Saudara Hakim telah bertolak ke Korea Selatan untuk menyertai Kembara Korea 2009 yang diadakan selama 10 hari. Turut menghantar Saudara Hakim ke KLIA Saudara Shazni, Setiausaha GPTD dan Saudara Rashdan dari ABIM. Di dalam pengembaraan ini Saudara Suhail Ahmad, Timbalan Pengerusi GPTD yang berada di China bersama-sama pelajar Malaysia di Korea.Antara objektif kembara kali ini ialah mendapatkan maklumat...

Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat GPTD

GOMBAK- 15 Julai 2009 / 22 Rejab 1430 H - Satu mesyuarat khas telah diadakan diantara Saudara Jufitri Joha selaku pengerusi GPTD bersama aktivis-aktivis yang lain. Turut hadir pada hari tersebut ialah Saudara Syakir mewakili senior GPTD. 3 wakil Persatuan Unicommserve Universiti Tenaga Nasional Kajang yang juga terlibat dalam mesyuarat tersebut sama-sama menyumbangkan idea untuk perkembangan GPTD. Antara agenda penting yang dirangka adalah seperti Kem SAKTI yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Ogos nanti. GPTD amat berbesar hati untuk...

Monday, July 20, 2009

PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANIYAH (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Siri 1

Kerajaan Osmaniyah diasaskan oleh Osman Gazi atau nama sebenarnya Osman bin Ertuğrul bin Gündüz Alp, pada tahun 1299 Masihi (sesetengah pendapat mengatakan pada tahun 1289).Kerajaan Osmaniyah mewarisi takhta kerajaan Seljuk Turki yang sebelum itu memerintah Anatolia, dan bukannya merampas kekuasaannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.Selama lebih 600 tahun pemerintahan Osmaniyah, ia ditadbir oleh 36 orang sultan, yang mana dua sultan...

Thursday, July 16, 2009

GPTD@USIM

Nilai- 16 Julai 2009 / 23 Rejab 1430 H - GPTD meneruskan usaha melebarkan sayap ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengerusi GPTD saudara Jufitri Joha telah berkesempatan membuat pertemuan dengan kelompok kecil pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM seramai 10 orang. Pertemuan yang telah diusahakan oleh Dr. Rumaizuddin Ghazali, Pensyarah USIM ini bertujuan untuk memperkenalkan gerak kerja GPTD serta mengajak para mahasiswa menyertai kerja-kerja. Setakat perbincangan tersebut, satu grup sudah bercadang untuk meneruskan usaha GPTD...

Wednesday, July 15, 2009

British Chevening Fellowship : 2010 Malaysia Programme

Ampang - 15 Julai 2009 / 22 Rejab 1430 H - An invitation to you (ABIM and GPTD Members) to help British High Commission Kuala Lumpur indentify candidates to participate in the Chevening Fellowships 2010 Programme, which is funded and run by the British Government. There are various courses on offer which run from January to April 2010. The closing date applications for each course is different.A Chevening Fellowship is a challenging three-month programme...

Ziarah Tokoh

Kubang Kerian - 15 Julai 2009 / 22 Rejab 1430 H - GPTD meneruskan tradisi Ziarah Tokoh sebagai salah satu aktiviti utamanya dengan menziarahi Maulana Mohd Asri Yusof dan Darul Kautsar di sini. Ziarah Tokoh adalah penting bagi mengenali tokoh-tokoh Ilmuwan yang berjasa kepada agama dan pembangunan tamadun manusia. Di samping itu peluang untuk mendapat nasihat dan idea-idea baru dari tokoh tersebut amat penting untuk dijadikan pedoman dalam perjuangan.Dalam...

Monday, July 13, 2009

Perasmian GPTD UNISEL Bestari Jaya

Bestari Jaya, 10hb Julai 2009 - Pengerusi GPTD Saudara Jufitri telah merasmikan Mesyuarat Agung Pertama serta penubuhan cawangan GPTD UNISEL Bestari Jaya. Ini adalah cawangan yang kedua selepas GPTD Cosmopoint Kelantan. Alhamdulillah GPTD UNISEL telah membuat pengambilan ahli baru lebih kurang 50 orang pada promosi yang diadakan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.GPTD mensasarkan membuat kajian sejarah ke Maninjau di mana tempat lahirnya Buya...

Friday, July 10, 2009

Pengerusi GPTD Mengisi Slot Pelancaran Generasi AL-Fatih di Muktamar Sanawi ABIM Kelantan ke 36

From fatihgptdPada 11 Julai 2009, Pengerusi GPTD, Saudara Jufitri Joha akan menyampaikan Ceramah dalam pengisian sempena Muktamar Sanawi ABIM Kelantan kali ke 36 di Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah Kota Bharu. Beliau akan menyampaikan slot ceramah bertajuk "Relevensi Meneladani Qudwah al-Fatih Ke Arah Pembinaan Generasi" sebagai mengisi pelancaran sebuah lagi Grup pengkajian di bawah GPTD iaitu Grup Generasi Al-Fatih yang akan di rintis di Kelantan....

Pertemuan Mahabbah Bersama Imam Pulau Krismas

Seremban - 10 Julai 2009 / 17 Rejab 1430 H - Satu pertemuan mahabbah antara GPTD dengan al-Fadhil Ustaz Ghafar, Imam Masjid Pulau Krismas, Australia telah berlangsung di sini. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah saudara Jufitri Joha dan saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa.Ini merupakan tradisi ukhuwwah berterusan apabila Ustaz Ghafar berkunjung ke Malaysia, pastinya beliau tidak melepaskan peluang bertemu dengan aktivis GPTD dan ABIM. Ini berikutan...

Thursday, July 02, 2009

Eksekutif Diperlukan

Gombak - 2 Julai 2009 / 9 Rejab 1430 H - Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK) adalah suatu majlis kerjasama yang dibentuk oleh beberapa NGO Islam Malaysia yang bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Kemboja dan Yayasan Pembangunan Islam Kemboja. Tujuan pembentukan MMDMK adalah untuk menyelaras dan mempertingkatkan lagi program dakwah Islam di sana. Buat masa ini beberapa program utama sedang ditaja dan diselaraskan oleh MMDMK.GPTD juga...