Tuesday, November 01, 2005

Hospital Visit - Kuala Lumpur General Hospital



Hospital Kuala Lumpur, Sabtu 29 Oktober 2005 – ABIM dengan kerjasama pasukan sukarelawan ziarah hospital Islamic Outreach ABIM (IOA) telah mengadakan program penyerahan bungkusan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri kepada para pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Sebanyak 300 bungkusan kuih telah diedarkan kepada para pesakit di wad-wad Ortopedik, Neurologi, Onkologi dan Nefrologi.

Barisan EXCO ABIM yang turut hadir di program ini diketuai oleh Dr. Mastura Badzis, Naib Presiden dan Ketua Helwa ABIM dan turut diikuti oleh Sdr Naib Presiden Antarabangsa, Sdr. SUA, Penolong SUA, Ketua Biro Penataran (Jufitri Joha) dan juga Ketua Biro Prihatin. Sementara Pasukan Sukarelwan Ziarah Hospital IOA pula diketuai oleh Sdr. Shahran Kasim selaku Pengerusi IOA bersama dengan 10 orang sukarelawan yang lain.

Sdr. Shahran dalam kenyataan beliau kepada media menjelaskan bahawa program ini adalah merupakan program tahunan Pasukan Sukarelawan Ziarah Hospital IOA. Tugas utama sukarelawan menurut beliau ialah menziarah pesakit pada hari-hari biasa untuk menghiburkan hati para pesakit dan memberi semangat kepada mereka untuk sentiasa sabar dan cekal. Disamping menziarah, pasukan ini juga berusaha membantu para pesakit dari berbagai segi termasuklah mendapatkan kerusi roda dan peralatan-peralatan yang lain. Beliau seterusnya berharap lebih ramai sukarelwan dapat tampil kehadapan untuk membantu usaha-usaha yang murni ini.

Program yang bermula pada pukul 10:00 pagi ini tamat pada pukul 1:00 petang. Kesemua para pesakit melahirkan rasa terharu dengan sumbangan dan ingatan yang diberikan. Barisan EXCO ABIM yang hadir juga telah memberikan komitmen untuk terus membantu dan menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh para sukarelawan ziarah hospital IOA.

* "All GPTD members will be trained in this kind of local social service". - Jufitri Joha, Chairman of GPTD and Head of IOA Bureau. More info on IOA please open http://www.ioa.blogspot.com/