Thursday, November 17, 2005

Khabar Saudara Khairul Nizam Di Madinah



16 November 2005 / 14 Syawal 1426H - Madinah Al-Munawwarah - Salam dihulurkan buat teman-teman yang berjuang dalam wadah ini GPTD Megatrend...moga Allah terus merealisasi segala impian yang telah digarapkan...ana sentiasa mendoakan dari Haramain Assyarifain GPTD akan terus menjadi qudwah kepada ummah dan sentiasa berada dibawah sinaran Al-quran+Sunnah dan manhaj salafussoleh...

Buat tatapan ikwah ditanah air...program ana di sini sepanjang Syawal alhamdulillah masih di atas track...cuma ana tidak berkesempatan memberikan info kepada antum secara tuntas..secara umumnya rencana ana sepanjang syawal lebih tertumpu kepada membina jaringan ukuwwah dengan sahabat-sahabat sebaya yg menetap di tanah suci..ana
berkesempatan mendapat abang angkat yang begitu prihatin...Allah mustaan..1 Syawal kunjungan ana lebih tertumpu kepada kawah Rusaifah dan Khansa'...Rusaifah ialah kawasan baru yang mana sebelum ini belum pernah dihuni oleh sesiapa...mungkin Malaikat..jaraknya dari Masjid Haram lebih kurang 2km..tempat ini telah dibuka oleh orang Melayu Malaysia..encik Kamil berasal dari Penang,bekerja dengan Rabitah Alam Islami Mekah...beliau adalah orang pertama yang membina penempatan dikawasan
ini..di dalam kawasan ini ada 3 keluarga Melayu tetapi mereka telah pun diarabkan kerana sekali tengok Melayu tapi bila disapa didalam bahasa ibunda mereka terpinga2...thummarka'.Khansa pula terletak lebih kurang 4 atau 5 km dari Masjid Haram...di sini ana berkesempatan berkenalan dengan ramai masyarakat Melayu dan berjaya menziarahi lebih dari 15 keluarga!!!!satu pencapaian yang agak
cemerlang bagi ekspedisi solo paling berani di abad ini.

Khansa ialah nama seorang sohabiah yang telah kehilangan 4 orang anak lelaki kerana cintanya kepada Islam..dan dia pernah berkata jika Allah mengurniakannya beberapa orng lagi anak-anak lelaki...dia akan memastikan mereka semua turut mati dijalan
Allah...satu fakta yang menitiskan air mata ana...semoga menjadi renungan berguna buat teman-teman gptd...

Allah akbar usaha ana ini baru sebesar zarrah kalau nak dibandingkan dgn pengorbanan sohabiah ini...belum pun nyawa yang menjadi taruhan...baru je x dapat raya kat malaysia dan ponteng keje...he he
ok .. ana rasa ana kena berhenti dulu kot nanti ana email lagi...kawan ana
yang teman ni dan jeling2...kim salam kat semua..petang ni ana akan ke rumah
abang yang muka macam Najib Tun Razak..ingat lagi tak nasi salik???esok
rencana ana akan join program budak-budak Madinah dengan Konsul...Jumaat ana akan
pulang semula ke Mekah dan terus ke Jeddah dan ana akan menetap dirumah
konsul pendidikn Malaysia di Jeddah..konpen..ok dokan misi ini terus
mendapat bantuan Allah..sahabat2 madinah kim salam kat semua..

Ok muwaffaq ..min Madinah al-Munawwarah
Khairul Nizam