Showing posts with label SAKTI. Show all posts
Showing posts with label SAKTI. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Promo Video Kem SAKTI 6

Keterangan lanjut dan RSVP boleh dilihat di sini

Kembara sukarelawan antarabangsa bermula di sini!!!

Kini anda juga berpeluang untuk diserapkan ke dalam aktiviti kesukarelaan di pentas antarabangsa, khususnya di Asia dan Eropah!

Anda juga bakal menikmati keindahan flora dan fauna yang memukau di sepanjang kem ini. Ayuh rebutlah peluang yang bakal merubah hidup anda!

Temui mereka dan ramai lagi di KEM SAKTI 6, antaranya:

- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
(Motivator, Pengarah Urusan STC, penulis buku 'best-seller' termasuk 'Aku Terima Nikahnya')

- Saudara Jufitri Joha
(Pemenang Anugerah Belia Negara -Kepimpinan- Negeri Sembilan 2007, Eksekutif SPKB, Aktivis Belia Antarabangsa)

- Nor Helmee Zainal Abidin
(Pengarah Urusan Bil Hikmah Sdn. Bhd, Penerbit ar-Risalah TV9, Pengarah/Penerbit Jemputan Umrah Astro Oasis)

- Ustazah Nur Aqidah
(Peserta Program Ustazah Pilihan Astro Oasis)
___________________________________________

Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri (SAKTI 6) 2012
Tarikh: 20-22 April 2012
Tempat: Syamille Agro Farm & Resort, Kati, Kuala Kangsar, Perak.
Sasaran Peserta: Pelajar IPT & belia berumur antara 16-29 tahun.

Objektif:
1. Mendedahkan peserta kepada aktiviti kesukarelaan di dalam dan di luar negara.
2. Membina keyakinan diri dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk peribadi belia yang mampu menjadi agen perubahan positif di dalam masyarakat.

Aktiviti:
- Pembentangan Tetamu Jemputan
- Aktiviti Berkumpulan
- Kembara Air Terjun
- Diskusi Grup
- Riadah Bermodul
- Solat Berjemaah & Qiamullail

Yuran: RM250 RM200 seorang (termasuk kit peserta, t-shirt, penginapan, makanan & aktiviti sepanjang program).

Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat GPTD di talian 012-6980568 / 013-2225608 / 03-41084500

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012

Tuesday, May 03, 2011

Kem SAKTI V KHAS


Oleh kerana ramai ahli yang tidak dapat mengikuti SAKTI V baru-baru ini maka pihak GPTD sekali lagi akan mengadakan SAKTI V KHAS.. Sesiapa yang berminat boleh hantarkan ke nombor 019-3653019 (Dalila).


PROGRAM TENTATIF
KURSUS ASAS SUKARELAWAN DAN JATIDIRI (KEM SAKTI KHAS)


HARI PERTAMA : 07 Mei 2011, Sabtu

8.00 pagi
: Pendaftaran
: Sarapan pagi

09.30 pagi
: Taklimat

10.30 pagi
: Sesi 1: Perasmian Pembukaan Kem SAKTI V KHAS oleh Pengerusi GPTD (Sdr. Jufitri Joha)

12.00 tgh
: Makan tengahari
: Solat Zuhur

2.00 ptg
: Sesi 2: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Sumber Tamadun"

4.00 ptg
: Minum petang
: Solat Asar

5.00 ptg
: Riadhah

6.30 ptg
: Persiapan diri
: Makan Malam

7.30 mlm
: Solat Marghrib
: Kuliyah Maghrib: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Pilihanku"
: Solat Isya’

9.30 mlm
: Sesi 3 :LDK

11.30 mlm
: Rehat


HARI KEDUA : 08 Mei 2011, Ahad

04.00 pg
: Bertolak ke Bukit Broga

06.00 pg
: Solat Subuh
: Sesi 3: "Rahmat Sekelian Alam: GPTD – Kembara Mencari Diri"

09.00 pg
: Resolusi

10.35 pg
: Bertolak pulang

12.00 pg
: Majlis Perasmian Penutupan Kem SAKTI V KHAS

12:45 tgh
: Makan tengah hari
: Solat Zuhur

02.00 ptg
: Bersurai





TEMPAT ADALAH TERHAD..

Thursday, February 03, 2011

Kem SAKTI V Kembali!!!

Anda berminat dengan GPTD? Anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kami? Anda baru mendaftarkan diri sebagai ahli? Anda ingin terlibat dengan gerak kerja di luar negara?

Sertai kami dalam Kem Asas Sukarelawan & Jatidiri ke-5 (SAKTI V) pada 04-06 Mac 2011 bertempat di Nur Laman Bestari, Jalan Ulu Yam Baru, Selangor!

Tempat adalah terhad. Sila daftarkan nama penuh, no. kad pengenalan, no. telefon, no. & tarikh transaksi bank (ada pada slip) dan e-melkan ke gptdhq@gmail.com atau hantarkan ke 017 - 666 5958 (Sdr Hakim).

[Kem ini diwajibkan kepada semua ahli Grup Jejak Melayu, Grup Wali Songo, Grup Al-Fatih, Grup Ibnu Khaldun, Grup Ibnu Battutah, Grup Jil Salahuddin, Grup Tariq, dan Grup Cheng Ho.]

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.