Pengenalan
Jom Baraan II merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H yang lepas. Baraan merujuk kepada budaya masyarakat Melayu Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil memperdendangkan alunan marhaban dan berzanji.
Justeru, GPTD sekali lagi ingin mengambil inisiatif untuk mengajak lebih ramai anak muda mengenali dan menghayati budaya baraan yang masih diamalkan secara aktif di negeri Johor. Program ini adalah terbuka kepada belia dari Lembah Klang khususnya para mahasiswa IPT supaya pendedahan budaya Melayu ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk mengekalkan budaya dan warisan bangsa.
Objektif
- Mendekati jiwa anak muda dengan penerapan nilai-nilai murni dan adat bangsa Melayu di negeri Johor.
- Meraikan hari kemenangan dengan ziarah-menziarahi selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam
- Memperkenalkan budaya baraan kepada para peserta dalam usaha mengekalkan adat dan amalan budaya Melayu
Setiap rumah yang dikunjungi akan dimulakan dengan bacaan Marhaban dan Barzanji diikuti dengan ucapan wakil GPTD, ucapan Tuan Rumah dan penyerahan cenderahati. Masa yang diperuntukan bagi setiap rumah adalah sekitar satu jam sahaja. Ziarah akan direkodkan secar video dan gambar digital untuk koleksi dan siaran media.
Video Jom Baraan I boleh di akses di laman Youtube dengan tajuk “Baraan GPTD 2010 @Johor”.
Tentatif Program
7.30 -10.00 pg. - Bertolak dari Kuala Lumpur ke B.Pahat
10.00 – 11.00 pg. - Rumah pertama
11.00 – 12.00 pg. - Rumah kedua
12.00 – 2.00 ptg. - Berehat di Masjid dan solat Jamak Qasar ( Zohor & Asar)
2.00 - 3.30 ptg. - Bertolak ke Muar
3.30 – 4.30 ptg. - Rumah ketiga
4.30 – 05.45 ptg. - Rumah keempat
5.45 – 06.45 ptg. - Rumah kelima
6.45 – 07.30 ptg. - Solat Maghrib
7.30 – 10.30 mlm. - Bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Perhubungan
Sila dapatkan tiket penyertaan anda segera. Program ini terbuka kepada UMUM dan terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Sila hubungi:
Zikri (013-311 7560)
Diana (019-5929546)
