Friday, June 11, 2010

Ringkasan berkenaan Himpunan Relawan 2010



Himpunan ini bertujuan menghimpunkan 150 relawan baru di kalangan pelajar berusia antara 16 hingga 25 tahun. Semua mereka akan diberikan tumpuan khusus sepanjang setahun sebelum dihantar ke negara-negara projek.

Terdapat siri latihan yang disediakan dan tarikh untuk ke negara-negara terbabit adalah fleksibel mengikut kesesuaian masa setiap relawan yang terlibat.

Pada hari Himpunan, semua relawan akan dipecahkan terus kepada 9 grup tokoh yang akan dijejaki. Kesembilan grup tersebut adalah:

  • Grup Hamka
  • Grup Cheng Ho
  • Grup Wali Songo
  • Grup Ibnu Khaldun
  • Grup Ibnu Battutah
  • Grup Jil Saladin
  • Grup Tariq Ziyad
  • Grup Al-Fateh
  • Grup Jejak Melayu (Khas)

Untuk mengetahui lebih lanjut, hadirkan diri anda ke program Himpunan Relawan 2010. Jumpa anda di Masjid Asy-Syakirin KLCC pada 10 Julai 2010. Kehadiran awal amat dihargai.

Sebarang persoalan sila emelkan kepada gptdhq@gmail.com.

Jangan lepaskan peluang yang datang hanya sekali setahun. Pilihan di tangan anda!