








30 Oktober 2011, Bukit Bintang - Seramai 30 orang daripada ahli & bukan ahli GPTD telah menyertai Kejohanan Bowling anjuran GPTD Pusat. Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan ahli & bukan ahli. Alhamdulillah program dapat dijalankan dengan lancar hasil kerjasama padu yang diberikan peserta.
Antara lainnya program ini mengajak peserta-peserta yang berminat untuk menjadi urusetia Mesyuarat Agung Tahunan GPTD yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
25 September 2011, Sepang - Timbalan Presiden, Sdr Shazni & dua orang sukarelawan, Sdr Fahkri & Sdri Arina dari GPTD China telah mewakili PKPIM & ABIM dalam Program Bas Belia 2011 anjuran Majlis Agama Brunei Indonesia Malaysia & Singapura (MABIMS) yang akan menjelajah sebahagian wilayah Indonesia termasuk Jakarta, Yogyakarta, Malang, Bali & Lombok.
17 September 2011, Batu Pahat - Seramai 31 orang belia dari serata negeri telah menjayakan program Jom Baraan II yang diadakan kali kedua di negeri Johor. Sebanyak 6 buah rumah termasuk 3 buah rumah di Batu Pahat dan 3 buah lagi di Muar.
Perjalanan yang bermula daripada Kuala Lumpur mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai rumah yang pertama. Seperti baraan yang lepas majlis dimulakan dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. Selepas itu diteruskan dengan doa. Sebelum menikmati jamuan ucapan dari wakil peserta dan pihak tuan rumah dijalankan.
Alhamdulillah baraan kali ini mendapat penyertaan luar biasa daripada pelajar luar negara termasuk daripada India, Bangladesh dan Indonesia. Mereka sangat teruja dan gembira dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Johor. Baraan ini juga mendapat sokongan wartawan daripada karangkraf.
Insyallah baraan ini akan dijadikan acara tahunan GPTD bagi memperkenalkan budaya ini kepada masyarakat luar daripada Johor khusunya tentang uniknya budaya baraan ini.
29 Julai 2011, Kuala Lumpur - 5 orang aktivis GTPD Cheng Ho akan menjalankan misi Menjejaki Sejarah Keislaman Cheng Ho di Singapura. Mereka akan berada di sana dari 29 Julai -1 Ogos 2011. Tujuan misi ini adalah untuk menjejaki sebanyak mungkin tiggalan sejarah yang terdapat di Singapura.
26 Julai 2011, Kepong - GPTD telah menerima kunjungan wakil dari Sri Lanka iaitu Pakcik Asmone yang merupakan pengiring Grup Gptd Sri Lanka sepanjang misi kesukarelaan ke Sri Lanka pada tahun 2009.
18 Jun 2011 , Kuala Lumpur - GPTD telah menganjurkan Bengkel Sukarelawan Bicara (SUARA) 2011 bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang teknik komunikasi yang baik. Bengkel tersebut telah diisi oleh Pn. Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS & Sdr. Jufitri Joha, Ketua Eksekutif Sekolah Pembangunan Kerja Belia (SPKB).
Pn. Ainon memberikan teknik-teknik komunikasi berkesan bagaimana apabila kita bercakap atau berucap setiap perkataan kita ditunggu-tunggu oleh pendengar. Sesi itu diselitkan juga dengan mendengar lagu-lagu yang mempunyai fonetik yang sedap didengar.
Sesi kedua pula dikendalikan oleh Sdr Jufitri. Beliau menyampaikan teknik-teknik persediaan dalam pengucapan awam. Perkara-perkara sebelum, semasa & selepas yang perlu dilakukan dan dilarang dalam pengucapan juga disentuh beliau.
28 Mei 2011, Putrajaya - GPTD telah menyertai Tadarus Quran sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diadakan di Masjid Sultan Mizan Putrajaya sebagai fasilitator yang menghimpun belia hampir 5000 orang peserta. Program ini yang bertujuan cara kreatif mendekati belia mencintai al-Quran. Setiap fasilitator dikehendaki membimbing sekurang-kurangnya 100 orang peserta yang telah dibahagikan mengikut barisan.
Hari ini 2 orang exco GPTD telah dijemput untuk keudara di Radio Online Durian.FM butiran seperti berikut:-
16 Mei 2011, Serdang - GPTD telah dijemput oleh Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) untuk mengdakan kerjasama bagi menjayakan projek Kelab tersebut untuk menjalankan misi khidmat sosial di luar negara.
Di dalam pertemuan tersebut GPTD diwakili oleh Presiden, Sdr Suhail telah memberikan taklimat ringkas tentang GPTD dan gerak kerja. KBM bercadang untuk menghantar dua kumpulan untuk melakukan misi tersebut. Antara negara yang dicadangkan ialah Pulau Kokos, Australia & Sri Lanka. Projek ini dijangka akan dijalankan pada bulan Julai.
8 Mei 2011, Semenyih - Alhamdulillah SAKTI V Khas telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam. Seramai 25 orang peserta termasuk urusetia telah berkampung di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam dan di Bukit Broga pada keesokkan ahrinya.
Hari pertama peserta telah diberikan beberapa pendadahan tentang kesukarelaan, khidmat sosial di luar negara dan sebagainya. Turut memberikan pengisian pada SAKTI kali ini ialah Sdr. Jufitri, Sdr AKhmal & Sdr Nadmin yang mana mereka ini adalah aktivis awal yang menggerakkan GPTD.
SAKTI kali ini dibuat berlainan sedikit dengan mendaki Bukit Broga serta melakukan beberapa aktiviti di puncak. Diharapkan kepada peserta dapat memanfaatkan segala pengisian yang diberikan sepanjang program.




10 Mac 2011-Lembah Pantai- Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)terus mendapat perhatian pihak-pihak yang berminat mengembangkan lagi pengaruh Islam di dunia. Kali ini GPTD telah membuat lawatan susulan daripada jemputan ceramah oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD bulan lalu.
Institut Pendidikan Guru (IPG) di Lembah Pantai menjadi saksi pertemuan antara aktivis-aktivis GPTD bersama pihak IPG tersebut.Saudara Mohd Shazni, Abdul Hakim dan Saudara Huzaifah meluangkan masa hampir satu jam bersama Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Tuan Haji Ismail Bin Zaini, bagi membincangkan kerjasama antara GPTD dan IPG. Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah dua orang pelajar IPG sendiri yang sangat berminat untuk bekerjasama bersama GPTD. Mereka ialah saudara Iqbal dan juga saudara Aizat, pelajar TESL yang baru pulang dari luar negara untuk program bekembar IPG.
Beberapa persetujuan disimpulkan pada petang itu termasuklah pengenalan khas GPTD, seminar tokoh dan beberapa isu generasi pelajar masa kini.
Pihak GPTD sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak IPG dan berharap hubungan dua hala ini terus berkekalan dalam mengembangkan lagi misi Rahmatan lil Alamin.
GPTD dengan kerjasama Grup Baca@LRT & PKPIM sempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) akan mengajurkan program Baca@LRT pada 20 Mac 2011. Program yang akan bermula di Masjid Salahudin Al-Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur seawal jam 9.30 pagi.
Insyallah. Sabtu depan 19hb Mac 2011 akan diadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 1 dengan tajuk Keislaman Laksaana Cheng Ho bersempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) yang akan melibatkan peserta dari pelajar sekolah menengah dan awam. Slot perkongsian kembara akan diadakan untuk peserta (terutama pelajar sekolah) yang berminat utk mengembara bersama GPTD. Penceramah jemputan ialah Ann Wan Seng yang akan mengupas cerita disebalik keislaman Laksamana Cheng Ho.




17hb Februari, Gombak - Satu perkongsian pengalaman telah diadakan yang bertajuk Realiti Revolusi Mesir dari Perspektif Pelajar telah diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang.
Sebelum ini mungkin di kalangan kita banyak mendengar versi-versi cerita tentang keadaan yang berlaku di Mesir. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tetapi dengan adanya perkongsian seperti ini sedikit sebanyak ia memeberikan gambaran sebenar apa yang berlaku di sana.